Wednesday, 9 December 2009

a new blog

was thinking of creating new blog
a serious one
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
thinking
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
deep thinking
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
a little deeper
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
nahh..later~



p/s: ini namanye entry takde motif ;D

Sunday, 22 November 2009

asal saja aku mahu

ubat paling mujarab untuk seorang anak ada pada seorang ibu.
aku rasa kurang sihat hari ni.
sepanjang hari asek nak terbaring je.
nak makan tak lalu.
nak buat semua kerja pun tak larat.
badan pun dah naik sengal2.
aku nak suruh mama urut.
tapi sebab aku tau mama pun tak larat, menyusahkan mama je.
pastu aku pun amek inisiatif sendiri, guna ada alat urut kat umah tu.
alat ni tak syok sangat, sebab kena pegang. blkg bdn mmg susah la nak dicapai.
setakat sakit sikit2 tu boleh la.
org tak sihat, biasa la bad mood sikit.
nak bercakap pun malas. aku senyum pun aku tau semuanya fake semata2.
aku rasa macam jasad aku terpisah dengan roh aku sekejap.
aku rasa jiwa macam kosong je.
semacam depression yg menggila buat aku rasa diri macam org tak berguna.
dan aku sengaja cari pasal dengan orang lain, sebab aku rasa puas dapat sakitkan hati orang.
jadi semalam, mangsa nya adalah adik aku.
dalam aku marah2 tu, aku sedar yg aku sebenarnya terlalu mengikut perasaan.
aku byk mendengar hasutan2..aku sedar aku sedang dikuasai nafsu marah.
ada 2 jiwa yang meronta2 dari dalam diri aku.
setelah aku sedikit waras
aku memilih untuk mencari penawarnya.
sebelum pulang tadi, aku pujuk hati sendiri.
berbaik-baik dengan adik aku.
walaupun sekadar buat lawak bodoh.
agar aku bisa menutup resah hatiku. menutup rasa bersalah.
mungkin juga menutup luka di hatinya, dan dihatiku sendiri.
[tapi dia pun bersalah jugak ek, kami sama2 keras kepala, aku admit itu]
tatkala mama menghantar aku ke pintu rumah sewa
aku peluk mama erat.
aku dapat rasa semacam ada satu tenaga yang meresap ke dalam diri aku.
macam ada elektrik yang mengalir. sedikit sebanyak hati aku jadi tenteram. tenang.dan aku tidak lagi buat-buat senyum.
walau aku telah sia-siakan hujung minggu aku dengan 'buat perangai',
aku tahu, sebenarnya keadaan yang buat aku jadi begitu.
kerana tetap ada sisa-sisa dari sisi baikku yang menyedari konflik yang terjadi dalam diri aku.
aku tahu, aku bisa melawan kuasa jahat itu, asal saja aku mahu.
apa2 pun, thanx Ma! ;) takde ubat lain lagi yang pernah aku jumpa semujarab ini.
hanya ada pada sentuhan seorang ibu.


p/s: oh post-PMS barangkali!

Wednesday, 11 November 2009

teh 'o' kaw kaw

dah pukul 12.15a.m.
aku patutnya da tido time ni.
sejak dari kul 11 tadi dah terbaring.
tapi xleh gak lelap.puas golek kanan golek kiri.
masih tak boleh.
amek ubat yg mmg konfem boleh tido pn tak jalan gak. (ye..kadang2 kalu aku tensen aku amek ubat ni..'kadang2 je okeh'.. tapi,jgn tiru aksi ini yehh)
mungkin sebab banyak sangat minum teh 'o' kaw kaw punya malam tadi.
aku memang pantang sikit kalau minum teh 'o'.
atau mungkin sebab
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

malas la nak citer.nak marah pun tak guna.


p/s: tak cukup tido semalam tak sempat qada' lagi. malam ni tambah lagi. harus hujung minggu tido 2 hari takyah bangun2.

Thursday, 5 November 2009

kerja kerja kerja

hajat di hati nak buat kerja malam ni.
hajat di hati tak mau main-main.
tapi hari ni satu hari otak dah penat tengok coding.
takpelah bukak laptop bukak game youda sushi kejap.
release kan dulu keserabutan kat otak ni.
pastu, ok nak buat kerja la.
eh baru teringat nak check email.
bukak email banyak pulak orang comment and tag gambar kat facebook.
ok layan facebook jap.
pastu, eh nak tengok blog angah la.kot2 ada gambar baru faheem.
pastu layan dari satu blog ke satu blog.
pastu ada orang reply mesej kat facebook.erm.malas la nak reply.esok je.
aku kan nak buat kerja.
pastu, eh sambung main youda sushi sikit lagi la.tadi sangkut kat level 6.
main punya main.sampai tension tak lepas level 6.
hm.nak tulis blog pulak lah.
nak tulis pasal apa ye.nih la aku tengah tulis ni.
badan pun da naik panas. sebab jam da pukul 10 mlm,belum bersiram lagi.
haiyohhh nak pi berendam sat. baru best buat kerja nanti.

p/s: cuba teka, aku sambung kerja tak kejap lagi? atau aku terus ke alam yang lebih nikmat? aku tunggu jawapan kamu ya!

Monday, 12 October 2009

ada syaratnya..

salam..lama dah tak update blog..sebenarnya dah kurang idea nak menulis..
kadang2 ada rasa macam nak terminate je blog ni..(tapi sayang!)

tunggu lah sikit masa lagi..mungkin saya akan ada idea yg lebih baik dan bermanfaat utk semua..well..nothing much to say..juz nak wish goodluck kat my lil bro yg tgh amek PMR skg..tomorrow his last paper which is KH..tgk dia cam tak study KH..bak kata dia "KH senang cam petik jari kaki"it better be that easy..kalau tak......hurm~

tadi dia paper maths and sejarah..
citer pasal sejarah..tu la subjek yg saya paling lemah masa PMR dulu..sampaikan masa trial PMR saya hanya cukup2 makan..sikit lagi nak fail (mind u..trial MRSM mmg susah gile)

and talking about maths...i love maths! igt cikgu Din yg baru masuk mengajar kami dak form 3 dengan ke'blur'an yg amat jelas..mungkin kami teruja sbb time tu tak byk cikgu lelaki yg bujang mengajar kat skolah..haha! ops tu bukan apa yg saya nak citer..

tp nak citer..smthg yg paling saya takkan lupa..masa paper maths PMR...saya 'diganggu'! not many people know it..or probably no one know about it..sbb saya tak cerita..cumanya saya berperang dengan perasaan sendiri semasa exam berlangsung..saya 'diganggu' hingga menyebabkan saya was2 dengan setiap jawapan yang saya tulis..dan saya terfikir "matilah aku mesti fail maths ni". kawan2 tak perasan yg lepas exam saya refuse utk bincang semula jawapan sbb saya rasa byk jawapan saya salah..tapi kena selalu ingat, usaha tak habis di dewan peperiksaan..jadi, dengan izin Allah..saya berjaya score paper maths tu..dan saya mendapat pelajaran baru ketika itu, iaitu jangan over confident...

hurm..itu je la saya nak share for this time being..i know, quite lame and wordings tah hape2..takpelah..mungkin dah berkarat sikit..sdg cuba2 untuk menggilap semula penggunaan bahasa(maklumlah sekarang bercakap bahasa komputer..haha!) hingga ketemu lagi.. ;D

p/s: saya sudi kembali belajar di sekolah menengah dengan satu syarat....tiada peperiksaan!