Monday, 23 March 2009

sebal

Papa called just know.
tapi pelik sebab number Along yg naik kt phone.
oh papa guna phone Along.
Papa kat rumah Along ke?
tidak2...Along balik rumah Shah Alam.
dan rupa-rupanya bukan Along saje yg ada kat rumah.
Angah pon ada sama with abg Fadzril. MC katanya arini.
ibu mengandung MC aje lah keje nye (haha! jgn marah Angah!)
Haih.
Sangat sebal memikirkan tesis.
Bertambah sebal bila mana terpaksa mengorbankan balik hujung minggu saya untuk buat kerja.
dan kebosanan sepanjang hari mingguku di UM(padahal kerja tak siap pun)
Bertambah tambah sebal lagi bila saya sorang saja yang tiada di rumah ketika ini.
Mesti mama masak sedap! 


p/s: that's not the main point. pendek kan entry ni? ;D 
      Doakan saya untuk presentation thesis Rabu ni.

Monday, 16 March 2009

tag tentang...

tagged by my BFF..saje je nk soh aku berangan2 sket..haha! okey la..i dun have much time..so here it goes..

1.How old are you?
Twenty one

2. Are you single?
yup

3. In what age do you think you’ll get married?
b4 I reach 30. tp xnak la lambat sgt.

4. Do you think you’ll be marrying the person you are with now?
I’m not with anyone, hopefully until I get married.

5. If not, who do you want to marry?
pilihan mama papa.

6. Do you want a garden/beach wedding, or the traditional wedding?
Traditional. 

7. Your ideal motif?
Just keep it simple, more to Islamic way.

8. Where do you plan to go on a honeymoon?
seriously I haven’t think about it. And I haven’t thinking about marriage either. Its toooo far far away.

9. How many guests do you think you’ll invite?
asalkan jemput semua kawan-kawan dan sedara mara, jgn ada yg kecik hati. max 1000 kot.

10. Do you want an extravagant wedding or a simple wedding?
the simpler the better, less protocol, takyah pening2. 

11. Do you want the traditional vows or something you’d make up on your own??
traditional.haha.i’m quite a conservative person. And I treasure my culture, a lot! 

12. How many layers of cake do you want to have?
I don’t want to have a cake. Pulut kuning la. Wat 2 layers cam wedding angah. Hihi.

13. Do you prefer having your reception at a hotel or at a simple place?
just at my home. its where I want to keep my memory.

14. When do you want to get married, evening or morning?
morning2. starting a new phase of life on a new day! ;D

15. You’d rather have your reception outdoors or indoors?
outdoors. Indoors are like not very welcoming.

16. Do you like a grand entrance for your groom/bride?
yeap.but I couldn’t imagine how I want it to be. Like I said, I haven’t been thinking about it. Maybe coz I don’t even find my soulmate yet.

17. Name the song/tune you’d like played at your wedding?
errrr….susah nak jawab..i have lots of favorite love song. Maybe Destiny by Jim Brickman.

18. Are you a morning person or a night person?
morning

19. Do you want a solemn ceremony or a light one?
light one.

20. What age do you want to get married?
not planned yet.

21. Describe your ideal husband/wife.
someone yg sederhana. Accept me for who I am. Love Allah more than he loves me.

22. Do you prefer fine dining or just the normal spoon & fork/knife?
fine dining.

23. Champagne or red wine?
both are not acceptable.

24. Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
days after.no rush.

25. Money or household item?
Dont mind. Asalkan ikhlas. Tak bagi pun xpe. =)

26. Who will pay for the bills?
the husband. Miahaha. No la, together la.

27. Are you ready for married life?
nope. Still have that childishness in me. Maturity development is on the way~

28. Do you think you will still be a virgin until u get married?
yes, insyaAllah. That’s how I want it to be.

29. Will you always be true to your wife/husband?
insyaAllah,will try my very best.

30. How many kids do you like?
the more the merrier…haha! Rezeki Allah jgn ditolak…

31. A new house for a newly wed or an old one?
don’t mind. Living with parents is still okay with me. Life is just beginning, not everybody could afford a house right away, right? 

32. Will you celebrate silver wedding, gold wedding, or diamond wedding?
gold. Just gold.

33. What kind of cuisine would you like for your wedding?
just a typical malay cuisine. 

p/s: rasa cam tah hape2..baca balik, gelak sorang2! how can i actually think about this? ngeh3...

Sunday, 1 March 2009

terasing

conversation Papa n me (2 weeks earlier)
 
"Papa ingat nak bawak Amir gi umrah bulan 8 nanti"
"bawak Amir je?"
"yelah dia tak pernah pergi lagi"
"mana aci..abby pergi dulu time kecik-kecik tak paham pape pun time tu..Kaabah pun tengah renovation"
"nanti Along dengan Angah cakap apa pulak"
"ala diorang dah kawen..Papa..abby tak kawen lagi pun Papa dah nak tinggal abby sorang-sorang?"
"seminggu je"
"bulan 8 eh?"
"ha'ah"
"papa taknak datang convocation abby la?"
"eh? hm..nantilah bincang balik dengan Mama"

conversation Mama n me (last 2 days)

"Mama dengan Papa nak bawak adik Amir pergi umrah"
"Bila?"
"Tengoklah cuti sekolah nanti"
"Nak ikut!"
"Mama ingat nak bawak dia sebab dia tak pernah pergi lagi.Lagipun nak pergi before dia exam PMR.kamu tengah practical time tu"
=(
"Abby taknak tinggal sorang-sorang..abby taknak duduk dengan Along n Angah time tu"
"Kan seminggu je.Lagipun kamu kan nak practical"
"tapi...takpelah nanti abby dah kerja abby cari duit pergi sendiri..takpun nanti abby kan nak further study kat oversea..pergi dengan kawan-kawan la from there..orang cakap pergi Mekah dari sana murah sikit" (sedikit "ugutan"...mama mmg tak suka bila saya cakap nak pergi oversea)
"nanti la Mama tengok macam mana"

so agak-agaknya apa keputusan diorang?

sesungguhnya saat ni rasa air mata nak menitis..terasa diri tidak dijemput Tuhan ke rumahNya yang mulia. Terasa jauh sangat lambaian Kaabah tu..Makkah al-Mukaramah..aku rindu padamu..

kadang-kadang terasa terasing dan seperti tidak diperlukan..aku rasa keseorangan..ya Allah, mengapa aku lupa bahawa Engkau sentiasa berada disisiku? wahai hati, tabahlah!

p/s: hm..sensitif sangat sejak akhir-akhir ni..senang kecik hati..mungkin kerana kerja-kerja yang banyak..dan ketegangan sem akhir semakin terasa..berfikir tentang masa depan..its sooooo depressing...i need a shoulder to cry on...

Wednesday, 18 February 2009

Murah rezeki

Entri kali ini pendek sahaja.

Semua orang menginginkan kemurahan rezeki. Dalam kata lain, kita selalu mahu nikmat Allah datang dengan mudah saat diri dihimpit kesusahan ataupun ketika bersenang lenang. 

Ramai orang berusaha untuk murah rezeki. Mengamalkan doa-doa tertentu. Membaca ayat-ayat yang tertentu dari kitab Allah. Mengikut beberapa petua dan sunnah-sunnah Rasullullah. Bangun awal pagi. Tidak tidur selepas subuh. Buka tingkap rumah pagi-pagi. Mencari rumah yang menghadap terbitnya matahari. Tidak makan dari pinggan yang retak. Dan pelbagai lagi cara.

Saya tidak menafikan cara-cara itu memang bagus dan patut diamalkan. Tapi adakah kerana mahukan murah rezeki maka rezeki yang kadang-kadang datang bergolek-golek kepada kita tanpa kita sedari boleh dipandang ‘murah’ nilainya?

Rezeki kita memang murah kerana dapat makan sekurang-kurangnya dua kali sehari. Adakah kerana murahnya rezeki kita menjadikan kita orang yang berhak untuk menjadi cerewet sehingga makanan yang dianggap tidak boleh diterima oleh tekak kita sendiri ringan pula tangan kita mencampaknya ke tong sampah? Janganlah beli kalau kita sudah tahu tekak kita tidak menyenanginya.

Hadis Nabi yang menyeru kita untuk berhenti makan sebelum kenyang juga bukanlah alasan untuk kita mensia-siakan pemberian Allah. Sambunglah makan pada waktu lain jika sudah kenyang.

Teringat kisah yang pernah diceritakan di blog Saifulislam mengenai orang Turki. Orang-orang Turki jika makan biskut, mereka akan menadah habuk-habuk biskut ke dalam piring . Setelah itu habuk-habuk itu pula akan dimakan. Kenapa? Alasannya kerana kita tidak tahu dari bahagian mana makanan itu datangnya keberkatan. Mungkin dari sekecil habuk itu. Mungkin dari makanan yang tidak boleh diterima oleh tekak itu. Hanya Allah yang tahu.

Kita sibuk memboikot produk-produk Israel. Kita sibuk mengasihani dugaan yang terpaksa dihadapi penduduk-penduduk bumi Gaza. Tapi kita lupa yang kita bermewah-mewah dengan makanan di sini merupakan satu kezaliman bagi mereka yang susah. Kita boleh melihat kesengsaraan mereka melalui televisyen. Bayangkan jika mereka juga boleh melihat kita, apakah agaknya perasaan mereka melihat saudara mereka ini? Adakah kita tidak malu? Tidakkah kita takut apabila ‘kezaliman’ kita dipersoalkan kelak? Sahabat-sahabat, jangan lupa pada Zat yang memandang.


p/s: Entri yang sepatutnya pendek dah jadi panjang. 

Thursday, 12 February 2009

misteri gula-gula

Mengimbau ke minggu lepas..hari apa tak pasti pula..tapi yang pasti sementara tunggu makanan yang di order siap, aku dan Sarah berjalan-jalan di kedai runcit kolej. Tengah usya-usya barang, tertelan jugak air liur tengok air soya cincau dalam peti ais tu. Maklumla balik jalan kaki dari fakulti penat tambah panas pulak tu. So kitorang pun beli la air tu. Air tu harga dia RM1.60. Untuk menyenangkan pengiraan aku pun ambik la gula-gula empat posen nak jadikan cukup dua ringgit. Lepas siap membeli belah tu, kitorang turun la sembang-sembang kat bawah pulak. Bila makanan dah siap, bayar then balik bilik. Kisah tu tamat di situ saja.

Point sebenar cerita ni adalah seminggu kemudian. Balik dari kuliah tah macam mana teringatkan gula-gula yang aku beli tu. Pastu dengan yakinnya bukak beg nak ambik la konon. Eh takde? Pastu cari lagi kat meja study kot-kot aku dah keluarkan. Abes bawah meja sume aku cari, laci dikorek dan tong sampah juge (tong sampah buang brg2 kering shj ok). Aku pun jadi pelik la. Pastu cuba mengimbau kembali. Beg apa yang aku bawak hari tu? Ingat punya ingat, aku bawak beg laptop rasanya time tu. Pastu semangat balik korek dalam beg laptop. Eh tak de jugak? Sampai sekarang aku rasa dah takde tempat lain lagi dalam bilik aku untuk aku cari. Yelah, bilik ni bukan besar mana pun. Haih gula-gula mane lah ko pegi. Mungkin bukan rezeki aku kot.

Dalam misteri yang menyelubungi diriku ini (eceh) aku percaya ada hikmahnya. Saat aku mula mengaitkannya dengan kehidupanku, aku sedar yang aku juga sedang “hilang”. Diriku dan amalan-amalanku hilang. Pelajaran-pelajaran yang diterapkan kepadaku selama 5 tahun di sekolah dulu hilang sedikit demi sedikit. Solat jemaah yang ditinggalkan. Solat hajat pun berkurangan. Al-Quran yang dulunya disentuh setiap hari kini memang bernasib baik jika aku boleh membukanya seminggu sekali. Jika bercerita tentang penampilan diri lagilah, memang aku telah jauh berubah, meski aku sering menafikannya. Diriku yang dulu hilang. Entah sejak bila aku pun tak perasan, macam gula-gula tadi. Bila diabaikan dan tidak istiqamah beginilah jadinya. Memang betul kata guruku, di luar ini tiada siapa yang akan mengingatkan, kecuali diri sendiri. Jika tidak pandai menjaga diri dan tidak kuat melawan godaan dunia, bimbang akan terpesong diri. 

Dan hari ini aku ingin memulakan pencarianku ke jalan yang pernah aku lalui dulu. Moga masih tidak terlambat untukku, dan moga niatku ini dipermudahkan. 

Teringat doa seorang teman di zaman sekolah dulu “Ya Allah, jangan Kau palingkan hati kami setelah Kau memberi hidayah kepada kami. Jangan Ya Allah, jangan Kau matikan kami dalam keadaan kami tidak beriman”. InsyaAllah.


Highlight : Subhanallah! Hikmah Allah itu datang dalam pelbagai cara kan?  Hatta dari sekecil gula-gula pun.