Thursday 14 June 2007

aku akan menelan kepahitan ini

aku akan menelannya lagi..
bukan aku tak biasa menelan kepahitan
bukan aku tak biasa memaksa diriku melakukan sesuatu yang tidak ingin aku lakukan
aku cuma ingin bahagia
dan nasibku ditentukan disini
dan aku menerimanya
aku akan cuba sedaya upaya
aku akan buat selagi ada tenaga
aku akan berjuang berhabis-habisan
supaya mereka tidak pandang rendah terhadapku
aku akan menelan segala kepahitan ini
dan menjadikannya madu
penawar buatku
ubat untuk aku mengubati kelukaan ini.

Wednesday 13 June 2007

permulaan

baiklah.
hari ini aku mula berasa penat dengan cara hidupku.
kadangkala ingat dan kadangkala lalai.
hari ini aku meletakkan tarikh untuk aku betul-betul berubah.
hari ini adalah permulaannya.
aku tidak mahu membuang waktuku lagi.
usiaku semakin meningkat.
entah bila akan dijemput menghadap Ilahi.
macam mana ye?
saya kena kuatkan hati.
mulai hari ni blog inilah akan menjadi tempat saya menguatkan diri saya.
saya mencari cinta Tuhan saya.
buat masa ini saya tak mahu mencari cinta manusia.
saya hanya ingin hidup untuk Tuhan saya.
untuk Nabi saya. untuk ibu bapa saya.
untuk keluarga saya. untuk umat Islam seluruh dunia.
mungkin sekali sekala saya akan dambakan cinta manusia.
tapi aku mesti kuat. wahai wanita. kuatkan dirimu.
kuatkan hatimu. buangkan nafsu. buangkan maksiat.
kuatkan hatimu wahai muslimah.