Wednesday 30 July 2008

.renungan.


"Duhai hati, janganlah terkorban dengan dunia, sesungguhnya hidup hati sebenarnya untuk mencari mati yang sempurna"

Friday 18 July 2008

.let go.

Saya menghadiri Corporate Seminar untuk industrial training hari ini. Tak banyak perkara yang saya dapat kerana saya mendengar acuh tak acuh sahaja. Dalam fikiran saya banyak lagi perkara yang saya perlu selesaikan hari ini.

Selesai sahaja seminar itu, saya menumpang kereta Ila untuk pulang ke rumah sewanya dan kemudian berjalan kaki ke MidValley bersama Jiha untuk melunaskan rancangan yang telah lama kami rencanakan. Arakian selesai segala urusan, saya pun pulang ke Shah Alam yang saya cintai menaiki komuter yang tak begitu saya cintai, tetapi saya tiada pilihan! Sempat saya melabuhkan mata sepanjang perjalanan memandangkan malam sebelumnya saya tidur agak lewat. Hanya bernasib baik kerana tidak terlepas stesen.

Sesampainya di rumah, fikiran saya terus diasak pelbagai masalah. Paling saya tak gemar adalah kesalahan orang lain menjadi beban kepada saya kerana hanya saya sahaja yang ada di waktu kejadian.selalunya begitulah. biarlah. bukan tak biasa.

Lewat petang, Along pula sampai untuk menuntut laptopnya yang telah menjadi hak milik saya selama sebulan. dan menjadi kerja saya lagi untuk memindahkan file2 sentral yang ada di dalamnya selain memastikan laptopnya itu bersih dari sebarang ancaman kuman (virus le tu).
tambah satu kerja lagi.

Lepas Along balik, saya tak tau nak buat apa pula. dan datanglah satu ketika saya terpandangkan bola Nike yang baru adik saya, Amir beli. Tadi dia main dalam rumah kena marah sudah! Cuba saya pulak yang main. Sure tak kena marah. He he he.

Dan itu mungkinlah kali pertama dalam hidup saya menyepak bola atas kemahuan saya sendiri. bersungguh-sungguh. makin saya sepak, makin puas. makin saya tak nak berhenti. sampai saya rasa macam hati saya berlawan dengan akal saya. akal saya nak berhenti tapi hati saya tak nak. lama jugakla bola tu kena sepak ke dinding.

baru la saya sedar kenapa budak2 lelaki suka sangat main bola. ia mendatangkan kepuasan! memang kalau tak sebab penat, memang tak nak berhentilah. macam main golf jugak. dulu saya pernah main golf, sama la macam ni. selagi tak dapat pukul bola tu jauh2 selagi tu la tak nak stop pukul.

Lama saya sepak bola tu sampai papa tegur dari atas, " siapa yang main bola dalam rumah tu?" "Abby!" "Dah2 stop! Pergi solat!" "Ok". Tapi saya habiskan 2-3 round dulu baru stop.

Lepas tu, entah kenapa saya rasa kosong. Dan tiba-tiba hati rasa sakit sangat. rasa ngilu. dan saya tersedar lagi. rupa-rupanya keinginan saya untuk tidak berhenti menyepak bola sama dengan kemarahan saya yang saya ingat sudah reda, tapi tak sangka pulak ia masih berbekas di hati.

saya tak tahu saya marahkan siapa sebenarnya. mungkin semasa saya menyepak bola tadi saya meletakkannya pada beberapa nama. tapi yang paling saya pasti, saya memarahi diri saya kerana tidak bisa melenyapkan kemarahan diri sendiri. saya masih belum 'let go' sepenuhnya.

nota kaki : bola sepak dan yoga berbeza. tapi kedua-duanya menenangkan aku. insyaAllah aku takkan berhenti meng'explore' kedua-duanya. =)