Saturday 20 September 2008

Fatih - Futur

Kadangku merasa bimbang
Berada di dunia yang lapang ini
Sampai kapan aku berjuang
Di jalan dakwah panjang

Takutku akan semua
Semua yang takkan berlanjut lagi
Hanya karna memikirkan
Nafsu dunia yang fana

Rasa futurku menghalangiku
Menempuh semua perjalanan imanku
Akupun ingat semua teman-temanku
Yang masih coba membimbingku


highlight : nice song! ;D

10 malam terakhir

..Ramadhan..
..tinggal sepuluh hari lagi aku bersamamu..
..apakah yang boleh ku lakukan agar kau tidak pergi..
..masihkah ada Ramadhan buatku tahun hadapan..
..adakah kau akan datang menjengukku lagi..
..Ramadhan..
..aku sudah mula merinduimu..
..harapanku agar kau lebih lama bersamaku takkan tercapai kan..
..tak mengapa aku akan setia menantimu..
..semoga setahun perpisahan ini akan menjadikan aku insan yang lebih baik..
..akanku cuba memperbaiki diri untuk bertemumu tahun hadapan..
..insyaAllah dengan izinNya..
..semoga kita bertemu lagi..

.semakin dekat.

656,913,760

Seconds

10,948,563

Minutes

182,476.0

Hours

7,603.17

Days

1,086.17

Weeks

249.82

Months

20.82

Years



this was calculated at 3 p.m 19 Sept 2008. I've lived for 20.82 years! Subhanallah! Semakin dekat aku dengan kematian. Apakah yang telah aku lakukan sepanjang usia ini?! *berfikir*


highlight : terima kasih Allah atas segala nikmat yang Engkau kurniakan. =) Jauhkanlah aku daripada menjadi hambaMu yang lalai.

Friday 12 September 2008

Alhamdulillah

syukurku tak terkata
hanya mampu di luah dek air mata
Terima Kasih Ya Allah
Subhanallah Walhamdulillah Walaailahaillallah Wallahuakbar


p/s: data-data yang kusayangi sempat diselamatkan. hilang sudah resah yang membelenggu sejak semalam. terima kasih juga kepada En Harun kerana pertolongan yang tidak terhingga.

Wednesday 3 September 2008

ahlan wasahlan ya Ramadhan

bulan Ramadhan seringkali menerbitkan rasa rinduku kepada zaman persekolahanku di Taiping.
suasana Ramadhan yang penuh syahdu yang tak mungkin aku dapat di mana-mana.
Rindu pada suara lunak para muazzin, imam dan bilal.
Rindu pada zikir-zikir yang mendayu-dayu dan doa-doa yang penuh keinsafan.
Rindu juga pada teman-teman seperjuangan.
Teringat akan kemeriahan sewaktu meraikan iftar biarpun dalam keadaan sederhana.
Terbayang wajah-wajah sahabat yang liat untuk dikejutkan semasa bersahur.
Rindu akan berjemaah!
Rindu akan halaqah!
Rindu akan tadarus!
Rindu akan qiamullail!
Masing-masing berebut untuk berada di saf paling hadapan.
Subhanallah..kalaulah budaya di kelompok kecil ini dikembangkan dan dipraktikkan hingga ke hari ini. *malu dengan diri sendiri*
tidak istiqamah!
semakin lalai!
sibuk tidak boleh dijadikan alasan.
persekitaran juga tidak harus dipersalahkan.
jadi salah siapa sebenarnya?
halakan lima jari ke arah diri sendiri.
dan lihatlah ke dalam cermin.
moga bertemu jawapan.

teringat-ingat : "Ya Allah, jangan Engkau tarik nyawa kami, sebelum sempat Engkau memberi hidayah kepada kami. Jangan Engkau matikan kami sebelum sempat kami bertaubat kepadaMu"