Tuesday 17 January 2012

trifle

Assalamualaikum.

Hari ni masih bekerja late shift dari rumah. tapi esok boss dah panggil balik ofis! yeehaa. I can't believe I will say this.. I miss being in the office! hua3. ada ke orang macam aku ni. the thing is, bila buat kerja kat rumah, I don't have my comfy workstation. bekerja di sofa + coffee table adalah sangat menyakitkan tulang belakang. I will end up baring2 dan akhirnya terlelap barang seminit dua. hakhak.

oke. since semalam dah janji nak post hasil godekkan ku yang kedua.. jeng jeng jeng...




yeahh ini namanya puding trifle.. resipinya sungguh kacang goreng! hehe. memang senang.. sebab aku buat dalam masa tak sampai sejam.. buat time keje pulak tu.. sambil alert email masuk, sambil tu dok menggodek mende alah ni.. hehe..

gambar di atas adalah percubaan aku lama dulu.. yang buat last week lupa nak ambil gambar sebab excited nak kasi orang makan..tehee

seperti biasa resipi dari sini yer --> Resipi Puding Trifle

aku memang tak handal memasak, maka kalau tekak terasa nak makan apa2, surf aje di internet, semuanya di hujung jari! ^_^

apa yang aku suke pasal puding trifle ni adalah sebab custard dia, bila taste custard tu blend dengan taste swiss roll yang moist2 tu.. ia adalah sangat heaven! nak2 pulak kalau dah disejukkan. mesti korang rasa aku macam over exaggerate sikit, tapi please try this at home, you'll know what i mean.

ok nak share tips sikit, time nak buat custard tu jangan leka sangat, kena cepat2, sebab dia cepat hangit.. api slow2 je k.. kalau macam panik sebab custard dah memekat dengan hebat, tambah air cepat2.. haha sebenarnya aritu aku ada la panik kejap.. dah ada bau hangit.. nasib custard tu takde rasa hangit.. :D

swiss roll tu boleh pilih perisa apa yang korang suka.. aritu aku cari kat tesco semua dah habis.. aku pun dah kecewa.. pastu petang tu adik aku nak keluar, aku suruh la dia cari kat mana2.. bila dia balik dia pun bawak la kat aku swiss roll perisa coffee.. aku macam.. huh coffee?? aku macam nak marah sebab dalam kepala aku swiss roll tu kena perisa stawberry or raspberi or pandan pun jadik la. tapi aku sabar dulu, sebab orang dah tolong beli kan takkan nak complain. salah aku jugak tak bagi arahan dengan betul. in the end it turns out to be great! sedap sungguh rasa coffee mix dengan custard. nyum3. nasib baik ai tak jadi marah. kui3.

oke lah panjang sangat aku cerita kan. so, selamat mencuba yehh kawan2! :)

p/s: boss da tarik balik arahan. cakap takyah datang ofis. haish terperuk lagi la aku kat rumah. ada idea tak camne nak hilangkan bosan selain tengok astro-yg-ulang-tayang-cerita-sama-mintak-di-terminate tu... huhu..

p/s lagi: terima kasih atas comment yang menggalakkan utk post aku pasal Rainbow Cake itu. jangan comment saje2 tau.. cuba jugak oke! ^^


Monday 16 January 2012

Rainbow


Assalamualaikum

Hari ni dah masuk minggu ke-3 aku bekerja dari rumah. Fuh boleh tahan bosan dia. Sebab keje nya hanya tunggu request/email dari team kat UK.

Aku 'masuk keje' pukul 4.30 tapi boleh je kalau nak lambat sikit pun. Sebabnya diorang ni macam kita jugaklah.. masuk keje kul 9, lepak2 breakfast, surf2 sana sini.. kul 10 baru la start keje.. warm up orang kata! hehe.

Oleh kerana aku dah kebosanan duduk rumah, yelah kan, siang2 nak buat apa pun, bukan boleh ajak orang lain keluar ke apa, working odd hours ni, part ni la aku paling tak gemar. sebab aku akan terperuk je kat rumah. astro pun duk ulang tayang cerita yang sama sampai berkali2 aku switch channel tu. ada harapan nak kena terminate astro ni! huhu.

ops..oke sambung ayat tadi.. oleh kerana aku dah kebosanan duduk rumah ni, maka aku pun telah kembali giat dalam 'hobi' yang dah lama aku tinggalkan.. kenapa ada apostrophe kat situ? sebab aku tak pasti la benda ni hobi aku ke tak, sebab nak kata aku selalu buat tak jugak, tapi ia antara aktiviti aku untuk hilangkan stress. nak tau aktiviti apa? hehehe.. taraaaaaaaaaaa...






yeahh baking!! ini adalah hasil aku menggodek minggu lepas. Rainbow Cake! mula2 tu tanya Mama, nak pavlova ke nak Rainbow Cake? Oleh kerana Mama tak berapa suka makan manis2 ni, tapi butter cake oke-oke je la.. so Mama pun cakap buatla Rainbow Cake.

alhamdulillah, first time buat terus jadi, walaupun ada la kek tu pecah sket tapi aku cover baek punya! rasa dia? rasa macam butter cake la.. tapi aku 'ter'alter sikit part buat buttercream icing tu, lalu rasanya terlalu manis. so bila aku bagi orang makan aku warn siap2, jangan makan icing itu!! icing tu hiasan je. heheh.

nak tau camne aku buat kek ni? senang je, refer kat sini yehh.. --> Resipi Rainbow Cake

Ok, selamat mencuba! ada satu lagi hasil godekkan aku, tapi takpe satu satu dulu haa.

p/s: baking makes me happy! and it makes other peoples fat! hua3.. sebab keje aku bake, tapi makan nya sikit je, paksa orang makan je lebeyy. :P