Thursday 24 February 2011

rebutlah [update]

assalamualaikum..

alhamdulillah ditambah hari lagi untuk bernafas.
moga segala kesempatan ini kita gunakan sebaiknya.


Sabda Rasulullah SAW : “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama, masa sihat sebelum sakit. Kedua, masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga, masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat, masa muda sebelum datang masa tua, dan kelima, masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)


sudah hampir dua minggu, aku diuji Tuhan.
nikmat kesihatanku ditarik.
dan masa tu lah aku terfikir banyak lagi benda yang nak buat, tapi tak terbuat.

tanggungjawab2 duniawi tu mmg byk lah aku tak buat.
assignment, preparation untuk exam dll.
bila dah sakit, semua kerja tak jalan.
asek duk melepek tidur saja.
banyak masa aku terbuang,
tapi tu lah manusia kan, terutamanya aku,
dah sakit baru dikenang masa sihatnya,
baru aku faham mesej lagu Raihan,
ingat 5 perkara sebelum 5 perkara,
antaranya sihat sebelum sakit.

aku sepatutnya sibuk dengan persediaan aku ke SANA,
memang tak patut kalau aku cakap aku takde masa,
sebab Allah tahu bahawa 24 jam sehari tu cukup untuk hamba-hambaNya,
dan aku masih punya masa untuk update blog ni,
jadi alasan takde masa memang tak boleh pakai.
bila aku sakit, baru aku sedar,
banyaknya masa sihat yang telah aku sia-siakan.

jadi, untuk tidak mensia-siakan kesempatan yg aku ada ni,
aku harap kita semua rebutlah 5 perkara,
sebelum 5 perkara yang tidak kita ingini terjadi.
perkara no 5 tu, kalau terjadi, there's NO TURNING BACK!
Jangan sampai terlewat ya.




p/s: aku sedang beransur pulih, FYI. alhamdulillah, aku diperingatkan lagi, semakin terasa kasih sayang-Nya. :)

__________________________________________________________________________________

updated version:

aku selalu rasa macam tak dapat perhatian mama papa,
rasa macam mama selalu lebihkan adik aku,
tapi bila aku sakit, aku mula nampak sisi lain pula,
sebab selain "nasihat" tentang kesihatan yg aku dapat,
aku juga dapat layanan macam budak kecil.
semua kehendak aku dipenuhi,
walaupun masa sakit kehendak aku bukan ada sangat pun,
masa makan ubat aku sangat dipantau,
dah masuk kerja pun pagi2 papa telefon tanya dah makan ubat belum,
nak papa datang bawak pergi klinik ke tak,
kadang2 memang rasa nak suruh datang,
tapi bertahan je lah, banyak sangat dah aku susahkan diorang,
aku suka bila aku boleh letak kepala di ribaan meraka,
minta picitkan, sampai aku terlena dan lupa kejap pasal sakit tu,
dan satu yang aku paling suka,
bila mana mama masuk bilik aku di tengah malam,
rasa suhu badan aku dengan tangan sejuknya,
ada sekelumit bahagia aku rasa,
mama masih lagi berjaga malam kalau aku sakit!
oh...aku masih anak kecil mama rupanya. :)

Thank you Ma! Thank you Pa!

Thursday 17 February 2011

4th year


Oh aku baru sedar blog ni dah 4 tahun dah rupanya.
my first entry was written in 14th February 2007.
jangan tanya kenapa aku buat blog ni on 14th Feb,
sebab aku pun taktau kenapa.
yang penting, aku tak sambut V-day oke. ;)

HappY 4th BirthdaY SkiesOfWisdom!
moga terus memberi manfaat kepada manusia2.


p/s : moga blog ini tak terus terkubur dek kesibukan owner nya. hihi.


yours truly,
ladygirl



dengar ni cikgu nak ajar

Assalamualaikum.

sila abaikan tajuk entry tu, saja je ngada2 perasan nak jadi cikgu jap.

okeh2. hari ni aku nak share satu ilmu baru yg aku dapat dalam class master aku. dah lama dah lecturer aku bgtau ni, tadi masa aku surf2 net baru aku teringat semula.

ha! korang rajin guna CD tak? korang mesti tau CD ni dia sangat sensitif kan.korang kena jaga dia betul2, taknak kasi calar, sebab takmau kasi hilang data dalam tu kan.

selalu korang tak kasi calar mesti bahagian bawah CD tu kan..? i mean bahagian yang berkilat tu kan? teeeetttttttttttt. itu adalah salah ye kawan2.

menurut lecturer aku, bahagian atas, yang selalunya ada print nama ke apa tu, bahagian tu adalah lebih sensitif. bahagian yang berkilat tu, kalau dia bercalar, still ada solution nak hilangkan scratch tu. korang boleh guna sejenis liquid, ada jual kat banyak tempat untuk hilangkan scratch tu.

tapi kalau yang bahagian atas, bercalar skali je, korang kena bersedia mental n physical untuk kemungkinan data tu hilang. sebab data korang tu akan disimpan berhampiran dengan on top of the CD. oke aku tak reti sangat nak explain benda ni, so tadi aku google info ni untuk pengetahuan korang.



Do Not Scratch the Top of a CD!

That's right! Scratching the top of a CD (the screen printed side) can be damaging to the integrity of the CD. Most people try to avoid scratches and blemishes from occurring on the bottom side of the CD. But in reality, the top is the more vulnerable side.


Here's how it works: When a CD is manufactured plastic is formed through a injection molding process that creates tiny pits and lands which make up the data on the media.


Once the plastic CD has been molded a layer of metallic and lacquer is applied to the top side in order to protect the data which is imbedded close to the top of the CD. Scratches and blemishes can penetrate the thin metallic and lacquer coatings and potentially damage the media.


sumber : http://www.supermediastore.com/article/u/do-not-scratch-the-top-of-a-cd




ok, ada paham sekarang? hehe. don't worry aku pun baru tau benda ni. never too late to learn right? aku rasa boss aku yang memang pure blaja IT pun taktau benda ni. hehe.


so, sekian saja pelajaran kita hari ini. lain kali kalau ada benda2 best lagi, aku share lagi kat sini ek.


p/s: walaupun aku tau korang banyak dah guna pendrive, hard disk etc., aku rasa untuk work purpose, untuk simpan data permanently, baik guna CD, murah pun murah. ;D

Monday 14 February 2011

rhotacism

aku ada anak sedara yg tersangat kiut.
nama dia Adzryl Faheem.
tapi aku selalu panggil dia Faheem.

masa ni dia kecik lagi

budak notty neh. hehe. nih gambar masa dia ikut antar aku pegi KLIA aritu.



there's one question that always come across my mind, which is,

"kenapa aku tak panggil budak kiut ni Adzryl, tapi aku panggil dia Faheem?"

so, hari ni aku rasa aku dah tau kenapa.
jawapan ni mungkin akan mendedahkan kelemahan aku sendiri.
sebab ada orang perasan benda ni, ada yang tak perasan. hehe.

nak tau sebab nya? sebab nya............
aku ada penyakit Rhotachism. sejenis speech disorder.
aku tak boleh pronounce R dengan betul.
waktu kecik orang cakap aku ada slang orang putih.
bila besar mungkin dah lebih ketara pekat R tu.
and some people still make fun of me.

well, mungkin korang tak tau betapa sakitnya kalau orang2 macam aku cuba cakap secara normal. i mean, pronounce huruf tu betul2 la. ada orang yang pelat S, T, etc.

dulu aku tak suka orang 'make fun of me'. so kecik2 dulu aku rajin jugak practice sebut R.
aku boleh sebut kalau perlahan2. kalau macam nak bercakap hari2 tu, akan melambatkan proses aku bercakap, so aku hentam la pelat pun. in the end, bila aku practice tu, akhirnya aku sakit kepala. tergeliat lidah2 aku weh. it was real struggle man! huh. akhirnya, aku akan give up.

oh bukan dulu je aku tak suka. sekarang pun aku masih tak suka. cuma mungkin aku ni jenis tak pandai tunjuk perasaan sket, so bila orang gelak2, aku ikut je la gelak, dalam hati harap Tuhan kuatkan aku setiap kali dan semoga orang tu bosan nak gelak2 kan aku, dan biar kelemahan aku ni jadi lali di telinga dia.

so, nasihat aku kat korang? jangan mengata kelemahan orang. ada orang tak kesah, ada orang simpan dalam hati. persoalannya, korang boleh ke baca hati orang? ha! tak boleh kan? so shut your mouth up, and don't make fun of people. cause you'll never know, whose self-confidence you're playing with. without knowing, their whole life, they may put the blame on you.

enough said.

p/s: aku sebenarnya tengah belek2 gambar faheem. aku rindu dia benornya. tgk faheem, betapa jauhnya aunty boleh melalut bila rindu kan kamu. ngada nak rindu baru 2 hari lepas jumpa. ah nak rindu jugak! ;p

ni masa umur dia 6 bulan kut. boleh dukung lagi.


sekarang ni jangan harap nak dukung dia, menakal sokmo. kalau boleh dukung pun tak lama. semangat nehh. ;p 2 hari lepas dukung dia tak abes lenguh lagi. hihi.

p/s lagi: orang lain yang nama dia ada R, macam cik sarah, aku takde option lain la, kena la sebut jugak kan. hihi.






Sunday 13 February 2011

untuk dia yang aku cintai

untuk dia yang mencintaiku walau tak pernah sekali kami bersua muka.

"Rasulullah - Hijjaz"

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela



ini idea sarah untuk post lagu tentang Nabi yang kita cintai, Muhammad S.A.W.
basyi dah post lagu, sarah dah post lagu, so apa kata kawan2 bioinfo yang lain pun post sama.
eh, bukan kawan2 bioinfo je, sape2 je la yg baca entry ni.
jom semarakkan rasa cinta kita pada kekasih Allah ni.
kalau baginda boleh cinta kita tanpa mengenal siapa kita, kenapa kita tak boleh kan?
cinta, tak semestinya bertemu.
dan....jgn la post lagu je, pastikan penghayatannya sampai oke?
cinta pada kekasih bukan setakat pada hari lahirnya saja,
cinta pada kekasih adalah pada setiap helaan nafas yang ada. :)



p/s: dia cinta kamu juga :)


Tuesday 1 February 2011

baked macaroni

bos dah umumkan (kat aku je, officially masih tak sure) arini,
sistem baru tak launch arini.
jadi aku ambil kesempatan nak update blog kejap
lama kan tak menulis sendiri, duk copy+paste je.
hari ni nak share lagi satu resipi
almaklum, semua orang tgh mood nak bercuti panjang
ada yang nak balik kampung tu,
kut2 boleh korang masak untuk family nanti,
ingat, skill kena dipertingkatkan setiap hari! hehehe.
ni penangan Kak Is jemput pegi birthday anak dia, cakap nak buat baked macaroni mcm tahun lepas, sbb ku tak dapat pegi, buat sendiri pun jadi la.
seperti biasa aku akan tgk resipi kat internet kemudian modify ikut suka hati,
sebab ni bukan masak kek yang everything perlu di measure dengan tepat,
jadi kekreatifan ikut selera anak tekak boleh diaplikasi di sini. hehe.
ok, here it goes.....

RESIPI BAKED MACARONI

BAHAN-BAHAN:

ayam - 2 ketul bahagian dada (potong kecik2), nak guna daging cincang pun boleh.

button mushroom - dihiris halus

bawang merah + putih - untuk menumis
cili api - aku saje tambah ni kasi pedas sikit, kata tekak melayu kan.
kacang peas - 1pack (boleh tambah sayur lain kalau mahu)
cheese - aku lupa beli, so guna je yg kat umah tinggal sekeping (potong kecik2)

telur - 4 biji (dipukul)

oregano whole
black pepper
garam
cheese spread (ikut citarasa nak pakai cheese apa, cheesedale boleh, serbuk cheese pun boleh, janji chesse. kan aku dah kabo tadi aku lupa beli, ni je yg ada kat umah. hehe. :D)
ops macaroni jgn lupa - 250g (takde gambar pulak)

CARA-CARA:

1.pastikan semua bahan2 yg perlu dibasuh, dibasuh dengan teliti, especially mushroom, sebab dia duk terendam dgn pengawet dalam tin kan.

2.rebus macaroni, tuang satu sudu minyak masak, supaya tak melekat.

3.dah siap rebus, tos sampai kering sikit.

4. sementara macaroni masih panas tu, cepat2 gaulkan dengan cheese spread.
5.dah siap gaul, ketepikan.


6.then, tumis bawang, bila dah naik bau masukkan cili api
7.masukkan ayam, tak perlu lama sangat goreng ni, bkn nak kasi garing, half-cook je pun dah ok.
8.masukkan button mushroom, garam, black pepper dan oregano. agak dah masak sket, masukkan kacang peas. dah siap! hehe.

9.ok sabar2. belum siap lagi, lepas tu campurkan bahan yang kita goreng tadi dengan macaroni tadi.

10.gaul rata-rata. then masukkan dalam loyang padat-padat.
11.tuang telur yang dah dipukul tadi.
12.bakar lebih kurang 45 minit ke 1 jam, pada suhu 180 degree. jangan lupa oven tu panaskan dulu 10 minit before okeh.
13.hasilnya

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

sedia dihidang untuk mama, papa dan adikku yg kuat makan!! :P

alhamdulillah rezeki juga buat housemate ku, semua dapat merasa sikit2 sorang.

selamat mencuba! ^_^

p/s: suka cuba resipi baru bila budak kecik ada kat rumah, sebab ada tukang habiskan makanan! yeah! okeh dia balik CNY ni nak masak apa plak ek? sian dia jadi bahan eksperimen. nasib la kamu ada kakak macam ni. hehe. tapi kalau masak sedap takpe kan? :P