Tuesday, 1 February 2011

baked macaroni

bos dah umumkan (kat aku je, officially masih tak sure) arini,
sistem baru tak launch arini.
jadi aku ambil kesempatan nak update blog kejap
lama kan tak menulis sendiri, duk copy+paste je.
hari ni nak share lagi satu resipi
almaklum, semua orang tgh mood nak bercuti panjang
ada yang nak balik kampung tu,
kut2 boleh korang masak untuk family nanti,
ingat, skill kena dipertingkatkan setiap hari! hehehe.
ni penangan Kak Is jemput pegi birthday anak dia, cakap nak buat baked macaroni mcm tahun lepas, sbb ku tak dapat pegi, buat sendiri pun jadi la.
seperti biasa aku akan tgk resipi kat internet kemudian modify ikut suka hati,
sebab ni bukan masak kek yang everything perlu di measure dengan tepat,
jadi kekreatifan ikut selera anak tekak boleh diaplikasi di sini. hehe.
ok, here it goes.....

RESIPI BAKED MACARONI

BAHAN-BAHAN:

ayam - 2 ketul bahagian dada (potong kecik2), nak guna daging cincang pun boleh.

button mushroom - dihiris halus

bawang merah + putih - untuk menumis
cili api - aku saje tambah ni kasi pedas sikit, kata tekak melayu kan.
kacang peas - 1pack (boleh tambah sayur lain kalau mahu)
cheese - aku lupa beli, so guna je yg kat umah tinggal sekeping (potong kecik2)

telur - 4 biji (dipukul)

oregano whole
black pepper
garam
cheese spread (ikut citarasa nak pakai cheese apa, cheesedale boleh, serbuk cheese pun boleh, janji chesse. kan aku dah kabo tadi aku lupa beli, ni je yg ada kat umah. hehe. :D)
ops macaroni jgn lupa - 250g (takde gambar pulak)

CARA-CARA:

1.pastikan semua bahan2 yg perlu dibasuh, dibasuh dengan teliti, especially mushroom, sebab dia duk terendam dgn pengawet dalam tin kan.

2.rebus macaroni, tuang satu sudu minyak masak, supaya tak melekat.

3.dah siap rebus, tos sampai kering sikit.

4. sementara macaroni masih panas tu, cepat2 gaulkan dengan cheese spread.
5.dah siap gaul, ketepikan.


6.then, tumis bawang, bila dah naik bau masukkan cili api
7.masukkan ayam, tak perlu lama sangat goreng ni, bkn nak kasi garing, half-cook je pun dah ok.
8.masukkan button mushroom, garam, black pepper dan oregano. agak dah masak sket, masukkan kacang peas. dah siap! hehe.

9.ok sabar2. belum siap lagi, lepas tu campurkan bahan yang kita goreng tadi dengan macaroni tadi.

10.gaul rata-rata. then masukkan dalam loyang padat-padat.
11.tuang telur yang dah dipukul tadi.
12.bakar lebih kurang 45 minit ke 1 jam, pada suhu 180 degree. jangan lupa oven tu panaskan dulu 10 minit before okeh.
13.hasilnya

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

sedia dihidang untuk mama, papa dan adikku yg kuat makan!! :P

alhamdulillah rezeki juga buat housemate ku, semua dapat merasa sikit2 sorang.

selamat mencuba! ^_^

p/s: suka cuba resipi baru bila budak kecik ada kat rumah, sebab ada tukang habiskan makanan! yeah! okeh dia balik CNY ni nak masak apa plak ek? sian dia jadi bahan eksperimen. nasib la kamu ada kakak macam ni. hehe. tapi kalau masak sedap takpe kan? :P







4 comments:

Unknown said...

sedapnye awanis..tabit la dekat kwn2 yg rajin n bebakat masak2 nie..smlm pon nirah masak paprik..hehe..tgk macaroni tringat cheesy makaroni @kenny..sedap..

ladygirl said...

hehe. cuba2 je syaz. ada je yg tak jadi. tp yg tak jadi tu segan nk tunjuk. heheh. pe kate syaz plak kongsi resipi, bleh kte blaha dr syaz plak. :D hehe.

SaMihaH said...

nyum3.. nak cuba lah! :)

esok husband balik, boleh buat baked macaroni..yey!

Basyirah Abd Rahman said...

basyi rasa macam dah bau makaroni laaaaa.. haha..