assalamualaikum..
alhamdulillah ditambah hari lagi untuk bernafas.
moga segala kesempatan ini kita gunakan sebaiknya.
Sabda Rasulullah SAW : “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama, masa sihat sebelum sakit. Kedua, masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga, masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat, masa muda sebelum datang masa tua, dan kelima, masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)
sudah hampir dua minggu, aku diuji Tuhan.
nikmat kesihatanku ditarik.
dan masa tu lah aku terfikir banyak lagi benda yang nak buat, tapi tak terbuat.
tanggungjawab2 duniawi tu mmg byk lah aku tak buat.
assignment, preparation untuk exam dll.
bila dah sakit, semua kerja tak jalan.
asek duk melepek tidur saja.
banyak masa aku terbuang,
tapi tu lah manusia kan, terutamanya aku,
dah sakit baru dikenang masa sihatnya,
baru aku faham mesej lagu Raihan,
ingat 5 perkara sebelum 5 perkara,
antaranya sihat sebelum sakit.
aku sepatutnya sibuk dengan persediaan aku ke SANA,
memang tak patut kalau aku cakap aku takde masa,
sebab Allah tahu bahawa 24 jam sehari tu cukup untuk hamba-hambaNya,
dan aku masih punya masa untuk update blog ni,
jadi alasan takde masa memang tak boleh pakai.
bila aku sakit, baru aku sedar,
banyaknya masa sihat yang telah aku sia-siakan.
jadi, untuk tidak mensia-siakan kesempatan yg aku ada ni,
aku harap kita semua rebutlah 5 perkara,
sebelum 5 perkara yang tidak kita ingini terjadi.
perkara no 5 tu, kalau terjadi, there's NO TURNING BACK!
Jangan sampai terlewat ya.
p/s: aku sedang beransur pulih, FYI. alhamdulillah, aku diperingatkan lagi, semakin terasa kasih sayang-Nya. :)
__________________________________________________________________________________
updated version:
aku selalu rasa macam tak dapat perhatian mama papa,
rasa macam mama selalu lebihkan adik aku,
tapi bila aku sakit, aku mula nampak sisi lain pula,
sebab selain "nasihat" tentang kesihatan yg aku dapat,
aku juga dapat layanan macam budak kecil.
semua kehendak aku dipenuhi,
walaupun masa sakit kehendak aku bukan ada sangat pun,
masa makan ubat aku sangat dipantau,
dah masuk kerja pun pagi2 papa telefon tanya dah makan ubat belum,
nak papa datang bawak pergi klinik ke tak,
kadang2 memang rasa nak suruh datang,
tapi bertahan je lah, banyak sangat dah aku susahkan diorang,
aku suka bila aku boleh letak kepala di ribaan meraka,
minta picitkan, sampai aku terlena dan lupa kejap pasal sakit tu,
dan satu yang aku paling suka,
bila mana mama masuk bilik aku di tengah malam,
rasa suhu badan aku dengan tangan sejuknya,
ada sekelumit bahagia aku rasa,
mama masih lagi berjaga malam kalau aku sakit!
oh...aku masih anak kecil mama rupanya. :)
Thank you Ma! Thank you Pa!
4 comments:
awanis saket ape?deman ke??huu..Alhamdulillah dah semboh..
a'ah. demam on/off. biasanya siang2 ok, pastu start ptg nk ke mlm tu, bdn mula panas blk. alhamdulillah, dah sihat sikit skg.
check denggi x??kalu demam start mlm2 mcm tu org ckp denggi..mntk jauhkn la..take care awanis..
huu~ sayu plak bace.. since nk jadi ibu ni, sensitif sikit.. :p
unconditional love, suatu hari anda juga akan fhm kan... huhu
Post a Comment