Wednesday 18 February 2009

Murah rezeki

Entri kali ini pendek sahaja.

Semua orang menginginkan kemurahan rezeki. Dalam kata lain, kita selalu mahu nikmat Allah datang dengan mudah saat diri dihimpit kesusahan ataupun ketika bersenang lenang. 

Ramai orang berusaha untuk murah rezeki. Mengamalkan doa-doa tertentu. Membaca ayat-ayat yang tertentu dari kitab Allah. Mengikut beberapa petua dan sunnah-sunnah Rasullullah. Bangun awal pagi. Tidak tidur selepas subuh. Buka tingkap rumah pagi-pagi. Mencari rumah yang menghadap terbitnya matahari. Tidak makan dari pinggan yang retak. Dan pelbagai lagi cara.

Saya tidak menafikan cara-cara itu memang bagus dan patut diamalkan. Tapi adakah kerana mahukan murah rezeki maka rezeki yang kadang-kadang datang bergolek-golek kepada kita tanpa kita sedari boleh dipandang ‘murah’ nilainya?

Rezeki kita memang murah kerana dapat makan sekurang-kurangnya dua kali sehari. Adakah kerana murahnya rezeki kita menjadikan kita orang yang berhak untuk menjadi cerewet sehingga makanan yang dianggap tidak boleh diterima oleh tekak kita sendiri ringan pula tangan kita mencampaknya ke tong sampah? Janganlah beli kalau kita sudah tahu tekak kita tidak menyenanginya.

Hadis Nabi yang menyeru kita untuk berhenti makan sebelum kenyang juga bukanlah alasan untuk kita mensia-siakan pemberian Allah. Sambunglah makan pada waktu lain jika sudah kenyang.

Teringat kisah yang pernah diceritakan di blog Saifulislam mengenai orang Turki. Orang-orang Turki jika makan biskut, mereka akan menadah habuk-habuk biskut ke dalam piring . Setelah itu habuk-habuk itu pula akan dimakan. Kenapa? Alasannya kerana kita tidak tahu dari bahagian mana makanan itu datangnya keberkatan. Mungkin dari sekecil habuk itu. Mungkin dari makanan yang tidak boleh diterima oleh tekak itu. Hanya Allah yang tahu.

Kita sibuk memboikot produk-produk Israel. Kita sibuk mengasihani dugaan yang terpaksa dihadapi penduduk-penduduk bumi Gaza. Tapi kita lupa yang kita bermewah-mewah dengan makanan di sini merupakan satu kezaliman bagi mereka yang susah. Kita boleh melihat kesengsaraan mereka melalui televisyen. Bayangkan jika mereka juga boleh melihat kita, apakah agaknya perasaan mereka melihat saudara mereka ini? Adakah kita tidak malu? Tidakkah kita takut apabila ‘kezaliman’ kita dipersoalkan kelak? Sahabat-sahabat, jangan lupa pada Zat yang memandang.


p/s: Entri yang sepatutnya pendek dah jadi panjang. 

Thursday 12 February 2009

misteri gula-gula

Mengimbau ke minggu lepas..hari apa tak pasti pula..tapi yang pasti sementara tunggu makanan yang di order siap, aku dan Sarah berjalan-jalan di kedai runcit kolej. Tengah usya-usya barang, tertelan jugak air liur tengok air soya cincau dalam peti ais tu. Maklumla balik jalan kaki dari fakulti penat tambah panas pulak tu. So kitorang pun beli la air tu. Air tu harga dia RM1.60. Untuk menyenangkan pengiraan aku pun ambik la gula-gula empat posen nak jadikan cukup dua ringgit. Lepas siap membeli belah tu, kitorang turun la sembang-sembang kat bawah pulak. Bila makanan dah siap, bayar then balik bilik. Kisah tu tamat di situ saja.

Point sebenar cerita ni adalah seminggu kemudian. Balik dari kuliah tah macam mana teringatkan gula-gula yang aku beli tu. Pastu dengan yakinnya bukak beg nak ambik la konon. Eh takde? Pastu cari lagi kat meja study kot-kot aku dah keluarkan. Abes bawah meja sume aku cari, laci dikorek dan tong sampah juge (tong sampah buang brg2 kering shj ok). Aku pun jadi pelik la. Pastu cuba mengimbau kembali. Beg apa yang aku bawak hari tu? Ingat punya ingat, aku bawak beg laptop rasanya time tu. Pastu semangat balik korek dalam beg laptop. Eh tak de jugak? Sampai sekarang aku rasa dah takde tempat lain lagi dalam bilik aku untuk aku cari. Yelah, bilik ni bukan besar mana pun. Haih gula-gula mane lah ko pegi. Mungkin bukan rezeki aku kot.

Dalam misteri yang menyelubungi diriku ini (eceh) aku percaya ada hikmahnya. Saat aku mula mengaitkannya dengan kehidupanku, aku sedar yang aku juga sedang “hilang”. Diriku dan amalan-amalanku hilang. Pelajaran-pelajaran yang diterapkan kepadaku selama 5 tahun di sekolah dulu hilang sedikit demi sedikit. Solat jemaah yang ditinggalkan. Solat hajat pun berkurangan. Al-Quran yang dulunya disentuh setiap hari kini memang bernasib baik jika aku boleh membukanya seminggu sekali. Jika bercerita tentang penampilan diri lagilah, memang aku telah jauh berubah, meski aku sering menafikannya. Diriku yang dulu hilang. Entah sejak bila aku pun tak perasan, macam gula-gula tadi. Bila diabaikan dan tidak istiqamah beginilah jadinya. Memang betul kata guruku, di luar ini tiada siapa yang akan mengingatkan, kecuali diri sendiri. Jika tidak pandai menjaga diri dan tidak kuat melawan godaan dunia, bimbang akan terpesong diri. 

Dan hari ini aku ingin memulakan pencarianku ke jalan yang pernah aku lalui dulu. Moga masih tidak terlambat untukku, dan moga niatku ini dipermudahkan. 

Teringat doa seorang teman di zaman sekolah dulu “Ya Allah, jangan Kau palingkan hati kami setelah Kau memberi hidayah kepada kami. Jangan Ya Allah, jangan Kau matikan kami dalam keadaan kami tidak beriman”. InsyaAllah.


Highlight : Subhanallah! Hikmah Allah itu datang dalam pelbagai cara kan?  Hatta dari sekecil gula-gula pun. 

Tuesday 3 February 2009

H to O

Air mogok lagi hari ini. Ingatkan masalah semalam sudah diselesaikan. Namun masih hampa. Balik dari kuliah masih terlihat rakan-rakan mengendong baldi ke blok sebelah memandangkan hanya di situ saja air masih meriah berbunyi. Haih. Itu juga keadaan diriku sebentar lagi. Tetapi tidak mahu pantas kabut dek keadaan, aku bertindak hanya mengangkat hadas kecil, solat maghrib dan menjaga wudhuk itu sehingga selesai menunaikan solat isya’. Hidup ini perlu sentiasa bertenang~ *ahem*

Selesai menunaikan tanggungjawab barulah diri ini terkedek-kedek menuruni anak tangga ke tingkat 4. Air di tingkat 6 hanya tinggal nyawa-nyawa ikan. Syukur masih ada harapan di tingkat 4 setelah membuat survey serba sedikit dengan sahabat-sahabat. 

Sesampainya di tingkat 4, hati gembira bukan main mendengar bunyi air. Lantas aku bergegas menyelesaikan segala urusan. Dalam gesaan air yang nazak tersekat-sekat,diri ini masih cuba untuk bertenang. *ahem*  Selesai urusan, keluar saja pintu, terkesima kejap. Ramai pulak yang berbaris ambil giliran. Ingatkan aku je yang mengamalkan hidup bertenang ni. *ahem lagi* Hmm. Nasib baik aku tak leka bermain air tadi. 

Maklumlah benda-benda yang selalu ada, bila dah tiada baru terasa kehilangan nikmatnya. Barulah rasa nak menghargai. *ahem sebab terasa malu dengan diri sendiri*

Highlight : *ahem* itu bukanlah kerana sifat narsisisku. Haih. Mane nak cari H2O esok?

Monday 2 February 2009

beranjak terbang dan melayang

Aizat - Sahabat

Sahabat…mengapa kau pergi
Tinggal aku sendiri
Kau tahu ku tak sanggup

Sahabat…ingat lah kau slalu
Jadi yang terbaik
Walau kau tak disini lagi

Sahabat…aku rindu padamu
Datang walau sesaat
Ku ingin kan kau hadir

Chorus:
Aku disini dan menunggu
Diam tanpa dirimu
Kau tahu ku tak bisa
Beranjak terbang dan melayang
tanpa diri mu ku tak bisa dan kembalilah

tetiba rasa syahdu..teringat sahabat-sahabat yang dah jarang bertemu..yang dulunya jatuh bangun bersama..gelak ketawa..saling mengingatkan ketika lupa..menjadi penawar ketika duka..sekarang ni semua terasa jauh..mungkin sebab keadaan dah berubah..semua dah ikut haluan masing-masing..

hmm emotional sket..sebab tadi baru teringat nak wish birthday sorang dua sahabat yang dah terlepas beberapa hari..padahal time bday kite dia wish on time..sorry..memang salah diri ni sendiri..tau bday dia bape haribulan tapi tak wat reminder..check birthday kawan2 kat frenster pon jarang..tengok orang2 len wish baru teringat bday dia..hmm..

pastu memang sejak akhir-akhir agak menyepikan diri dari berhubung dengan sahabat-sahabat..henset letak merata-rata..pagi dapat message tengah malam kang baru reply..dapat message arini esok baru reply..adakalanya berhari-hari..orang kasi testi kat frenster pun tak reply..ym tak online..kadang-kadang online tapi invi je..entah angin perubahan apa yang melanda diri ini..

ada ketikanya lahir perasaan bosan bersosial melalui laman maya ni..ada ketika saya merasakan ada sesetengah orang yang tidak ikhlas bersahabat..saat berduka diri ini dicari..saat bergembira ditinggalkan terkulat-kulat..saya pun tak pasti saya tujukan ini untuk siapa..semuanya hadir dalam bayangan yang bercampur-campur..dari zaman kanak-kanak hinggalah sekarang..

andai ada sahabat-sahabat yang terbaca entri kali ini..mungkin perkara-perkara yang saya nyatakan sebelum ini pernah saya lakukan semasa kita sama-sama bersahabat..sama ada saya sedar atau tidak..maka tiada apa yang lebih saya inginkan selain dari kemaafan..


p/s: rindu zaman mrsm =(