Air mogok lagi hari ini. Ingatkan masalah semalam sudah diselesaikan. Namun masih hampa. Balik dari kuliah masih terlihat rakan-rakan mengendong baldi ke blok sebelah memandangkan hanya di situ saja air masih meriah berbunyi. Haih. Itu juga keadaan diriku sebentar lagi. Tetapi tidak mahu pantas kabut dek keadaan, aku bertindak hanya mengangkat hadas kecil, solat maghrib dan menjaga wudhuk itu sehingga selesai menunaikan solat isya’. Hidup ini perlu sentiasa bertenang~ *ahem*
Selesai menunaikan tanggungjawab barulah diri ini terkedek-kedek menuruni anak tangga ke tingkat 4. Air di tingkat 6 hanya tinggal nyawa-nyawa ikan. Syukur masih ada harapan di tingkat 4 setelah membuat survey serba sedikit dengan sahabat-sahabat.
Sesampainya di tingkat 4, hati gembira bukan main mendengar bunyi air. Lantas aku bergegas menyelesaikan segala urusan. Dalam gesaan air yang nazak tersekat-sekat,diri ini masih cuba untuk bertenang. *ahem* Selesai urusan, keluar saja pintu, terkesima kejap. Ramai pulak yang berbaris ambil giliran. Ingatkan aku je yang mengamalkan hidup bertenang ni. *ahem lagi* Hmm. Nasib baik aku tak leka bermain air tadi.
Maklumlah benda-benda yang selalu ada, bila dah tiada baru terasa kehilangan nikmatnya. Barulah rasa nak menghargai. *ahem sebab terasa malu dengan diri sendiri*
Highlight : *ahem* itu bukanlah kerana sifat narsisisku. Haih. Mane nak cari H2O esok?
2 comments:
alhamdulillah... yup dh besar panjang dh dia. skrg tgh part time kt kedai bakeri...hehehe...cari wang ma.. Air buat hal? Terigt kat asrama dulu2...
masalah air?
mcm kat skola je dlu, huhu.
pandai air sekarang, tau mogok plak da...
Post a Comment