Thursday, 12 February 2009

misteri gula-gula

Mengimbau ke minggu lepas..hari apa tak pasti pula..tapi yang pasti sementara tunggu makanan yang di order siap, aku dan Sarah berjalan-jalan di kedai runcit kolej. Tengah usya-usya barang, tertelan jugak air liur tengok air soya cincau dalam peti ais tu. Maklumla balik jalan kaki dari fakulti penat tambah panas pulak tu. So kitorang pun beli la air tu. Air tu harga dia RM1.60. Untuk menyenangkan pengiraan aku pun ambik la gula-gula empat posen nak jadikan cukup dua ringgit. Lepas siap membeli belah tu, kitorang turun la sembang-sembang kat bawah pulak. Bila makanan dah siap, bayar then balik bilik. Kisah tu tamat di situ saja.

Point sebenar cerita ni adalah seminggu kemudian. Balik dari kuliah tah macam mana teringatkan gula-gula yang aku beli tu. Pastu dengan yakinnya bukak beg nak ambik la konon. Eh takde? Pastu cari lagi kat meja study kot-kot aku dah keluarkan. Abes bawah meja sume aku cari, laci dikorek dan tong sampah juge (tong sampah buang brg2 kering shj ok). Aku pun jadi pelik la. Pastu cuba mengimbau kembali. Beg apa yang aku bawak hari tu? Ingat punya ingat, aku bawak beg laptop rasanya time tu. Pastu semangat balik korek dalam beg laptop. Eh tak de jugak? Sampai sekarang aku rasa dah takde tempat lain lagi dalam bilik aku untuk aku cari. Yelah, bilik ni bukan besar mana pun. Haih gula-gula mane lah ko pegi. Mungkin bukan rezeki aku kot.

Dalam misteri yang menyelubungi diriku ini (eceh) aku percaya ada hikmahnya. Saat aku mula mengaitkannya dengan kehidupanku, aku sedar yang aku juga sedang “hilang”. Diriku dan amalan-amalanku hilang. Pelajaran-pelajaran yang diterapkan kepadaku selama 5 tahun di sekolah dulu hilang sedikit demi sedikit. Solat jemaah yang ditinggalkan. Solat hajat pun berkurangan. Al-Quran yang dulunya disentuh setiap hari kini memang bernasib baik jika aku boleh membukanya seminggu sekali. Jika bercerita tentang penampilan diri lagilah, memang aku telah jauh berubah, meski aku sering menafikannya. Diriku yang dulu hilang. Entah sejak bila aku pun tak perasan, macam gula-gula tadi. Bila diabaikan dan tidak istiqamah beginilah jadinya. Memang betul kata guruku, di luar ini tiada siapa yang akan mengingatkan, kecuali diri sendiri. Jika tidak pandai menjaga diri dan tidak kuat melawan godaan dunia, bimbang akan terpesong diri. 

Dan hari ini aku ingin memulakan pencarianku ke jalan yang pernah aku lalui dulu. Moga masih tidak terlambat untukku, dan moga niatku ini dipermudahkan. 

Teringat doa seorang teman di zaman sekolah dulu “Ya Allah, jangan Kau palingkan hati kami setelah Kau memberi hidayah kepada kami. Jangan Ya Allah, jangan Kau matikan kami dalam keadaan kami tidak beriman”. InsyaAllah.


Highlight : Subhanallah! Hikmah Allah itu datang dalam pelbagai cara kan?  Hatta dari sekecil gula-gula pun. 

5 comments:

anumz sarah said...

Good entry!! Boleh aku war2kan di blog??

Merentas Horizon said...

wow!bagusla awanis,
sekiranya saya seorg sahabat anda..
serasa anda tidak menjalankan tanggungjawab sebagai sahabat..mohon diingatkan.hehe~
terasa hati sbb bleh dikira rkn terhampirla kan..

Anonymous said...

yeah,entry yg agk meaningful,gula gula yang hilang pn ko bole pk hikmah di sebalik kehilangan nye,bagus ni ;D

Charm Han Kyul said...

wow.u're lucky able to realize how small things can give such a big meaning in ur life.got to learn that, huhu...

The lady ♥ said...

salam. bgsnye entri ni. dr gula2 msk pulak ke kehidupan kite.=)