Wednesday 21 January 2009

syukur alhamdulillah~

Dengan nama Allah, yang sering ku panjatkan kesyukuran ke atas-Nya..
kali ini sekali lagi ku lafazkan syukur..

dalam beberapa minggu ini..fikiran ini selalu dibelenggu dengan projek tahun akhir..
matlab dan SOM toolbox yang tak dapat di run sangat menekankan..
tambah-tambah lagi apabila supervisor semakin mendesak..
memaksa diri ini melarikan diri darinya lantaran tiada apa untuk dipersembahkan..
saban malam mengadap coding-coding yang mengelirukan..
tanpa sedikit pun pendedahan asas terhadapnya..
kadang-kadang mengundang putus asa..
lebih-lebih lagi mengenangkan sudah hampir masuk bulan kedua semester akhir..
tinggal lagi tiga bulan untuk menamatkan pengajian..
bermakna tinggal dua bulan lebih sahaja masa yang tinggal untuk menyiapkan projek ini..
manakan analisisnya..dokumentasi..presentation..dll..
namun alhamdulillah..sebentar tadi penyelesaian berjaya dicapai..
coding-coding yang dicari berjaya diungkai..
walau hanya tujuh baris..cukup mendatangkan keresahan jiwa..
puas juga mengubah data..membetulkan error di sana sini..
meneliti setiap manual yang ada..
dan akhirnya...warna-warna yang ku inginkan muncul jua..
walaupun kurang pasti betul silapnya..
tapi aku akhirnya punya sesuatu untuk dipersembahkan..
dan motivasiku meningkat semula..


the result : warna-warna ku

p/s: selamat bercuti sahabat-sahabat (^_^)

Sunday 18 January 2009

tagging

juz a quick tag..get it from cik Mai..
so here it goes

1. Apabila telah terpilih dengan malangnya, silalah menulis 16 perkara paling rawak sama ada tentang fakta, perangai tak senonoh ataupun hala tuju hidup anda.
2. Silalah hasut 16 orang lain untuk melakukan perkara ini.
3. Sila tanda manusia yang telah menanda anda di peringkat awal.
4. Ketahuilah, jika anda terpilih ia adalah kerana anda juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya ketika bayi.

_____________________________________________________________________

1. I love cats. I have two pet cats and two newly born kittens.
2. I have 3 stitches at my forehead
3. I'm suppose to get my assignment done by today coz its due date is tomorrow, but it seems answering to this tag is a more fun thing to do. Sorry Prof K~
4. minat saya dalam piano mungkin akan terkubur begitu sahaja kerana organ saya rosak dan tak tau lah ada harapan untuk dibaiki atau tak. and i know with current economic situation its insane to ask for a new organ.
5. begitu juga dengan minat saya terhadap tenis. takde geng nak diajak bermain plus kenapa takde court yg free kat shah alam ni? huhu.
6. i need to loose some weight. how about 5 kilos?
7. kalau my BFF adalah pemalu, saya adalah super duper pemalu. ;D
8. i'm a homely type person. i prefer to stay at home rather than bersembang2 kat kedai mamak.
9. walaupun saya suka Suzuki Swift saya lebih suka Suzuki Vitara, coz its 4WD.
10. waktu cuti saya banyak dihabiskan dengan mencuba resipi2 dari internet. i love to cook! mission saya setiap kali cuti adalah untuk menggemukkan my papa n my lil bro..hehe..
11. i'm very bad at anger management during my PMS.
12. its hard for me to start a conversation with someone i just knew.
13. i'm not a good decision maker. coz everytime i tend to think about how other feels towards the decision i make. tapi kita takleh puaskan hati semua orang kan?
14. saya tertanya-tanya kenapa restoran2 tak serve ala carte for lunch? saya tak berapa suka makan nasi campur kat kedai. tak bermakna saya tak bersyukur atas rezeki yang Allah kurniakan okeh~
15. one of my dreams is to be able to write using both of my hands. i've done exercises a lot of time but i failed everytime. not gonna give up on this.
16. 16 is my favorite number.

and I'm too lazy to tag another 16 people. i'll juz name a few here.

angah
adeen
sarah
hisham
hanum


p/s: ok la tu kan 5 org?

Saturday 17 January 2009

Kiut Miut of my life

juz sedikit gmbr utk bercerita. selain my family, si Kiut Miut ini lah alasan saya nak balik rumah setiap minggu. tak tahan rindu sangat ngan si comel dua ekor ni. skg Miut da jadi mummy! lagi la rindu ngan anak-anak dia.takde nama lagi anak dia 2 ekor tu. mungkin Labu Labi kot? haha! sebab sekor tu putih kelabu2 sikit.so sesuai la kan labu? he he. sorry gambar anak-anak dia tak dapat di upload sbb dorg kecik sgt2.baru 2 minggu.takut ambil gmbr tu membahayakan dorg pulak. nanti dah besar sket saya upload la yer. skg enjoy gmbr ni dlu! bleh release tension study diorg ni.


miut di atas, kiut di bawah, he he, cumil2


meh kite zoom in muka miut


baru bukak mata, miut baru sedar gambar nye sdg di capture


miut pelik, ape mende la ni berkelip2? he he


"peliknya manusia ni", ngeh3!


kuasa tendangan kaki kiriku! ;P


kiut kene grounded takleh kuar cage sbb nakal sangat..hihi..



kiut buat muka kerek, tak puas hati lah tu kene grounded, haha! tula lenkali jgn nakal2..(^_^)


p/s: i juz love them for being nakal, for making the noise whenever we wanted peace, for making me tired melayan their kerenah and all. i'm so right when i decided to bring them into my house 2 years ago, coz by bringing them, i bring more love into the house! cayanggggg Kiut Miut =)

Wednesday 14 January 2009

flexible

Petang tadi..lepas chat dengan cik mai..ada rasa-rasa macam tak sihat..sebenarnya sejak semalam lagi..tambah-tambah pulak muncul tanda-tanda tak sihat tu..iaitu gusi dan belakang telinga bengkak..pastu tadi rasa sejuk sangat-sangat..mula-mula slowkan kipas sampai 3..still sejuk lagi so terus tutup kipas..mentang-mentang roomateku takde..hehe..da lama-lama tu..rasa panas pulak..panas bahang yang cam nak demam tu..nak on balik kipas takut sejuk pulak..last-last lepas je azan maghrib aku pun baring terlentang tengah-tengah bilik atas lantai yang takde tikar tu..atas lantai tu rasa nyaman je..sempat la terlelap barang 10-20 minit..[ye saya tau tak baik tidur time maghrib ;D] hmm sambung balik..pastu bangun-bangun je dari tidur yang nyaman itu kepala rasa berdenyut-denyut..haih..takleh jadi ni..check laptop jap kot2 ada mesej-mesej yang penting..pastu dengan mamai-mamai tu terus capai tuala dan menyambung kehidupan yang tergendala sebentar tadi..ini semua gara-gara matlab yang tak dapat run sehari dua ni..matlab tak run..saya pun terpaksa la "run" dari SV saya sebab tak dapat tunjuk result..sadis kan? takpela saya pun ada nasihat orang..saya cakap "challenge makes life full of excitement"..so akhirnya kena telan kata-kata sendiri walaupun kadang-kadang rasa macam tak mampu nak hadapinya..hanya ayat ini yang menjadi penenang jiwa dikala resah melanda..


"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan [sahaja] mengatakan : "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta " (Al-Ankabuut : 2-3)


Moral of the story : jadila orang yang flexible..boleh tidur kat mana-mana je ;P




Tuesday 6 January 2009

perjuangan si hitam

Pada jam 12.00 tengahari tanggal 7 Muharam 1430H bersamaan 3 Januari 2009, Miut selamat melahirkan 3 ekor anak kucing yang comel. Akhirnya penantianku selama setahun berakhir. Mujur juga aku tergerak untuk tinggal dirumah menunggu adikku pulang dari sekolah sebelum kami sama-sama menuju ke tempat di mana mama dan papa menanti kami. Jika tidak habislah anak-anak kucing yang comel itu menjadi mangsa si bapa kucing iaitu Kiut. Kami yang sepatutnya bergerak keluar rumah pada jam 12.30 terpaksa menangguhkan perjalanan sementelah kerja-kerja mengasingkan si bapa dengan ibu dengan anak-anak. Maaf ye Kiut. Ku memahami gelora jiwamu yang enggan dipisahkan namun itu adalah yang terbaik buat sementara ini.


3 ekor anak kucing yang dilahirkan,seekor hitam dan dua ekor putih. Memandangkan Kiut dan Miut sama-sama berbulu putih, tergerak juga dihatiku “Kenapa hitam?” dan ada juga ahli keluargaku yang menyuarakan kemusykilan mereka. Sebagai seorang pelajar biologi teori-teori Mendel yang pernah ku pelajari menjadi jawapan kepada persoalan mereka. Namun, segala sesuatu itu adalah atas izin Allah jua. Maha Suci Allah, pada keesokan harinya ku lihat si hitam seperti tidak bermaya. Tidak bergerak namun masih tercungap-cungap bernafas.Si putih yang dua ekor itu sibuk menyusu dengan ibunya namun dia masih di situ. Si ibu juga seperti tidak menghiraukan si hitam itu. Dan petang itu sekali lagi atas urusan keluarga, kami semua terpaksa keluar lagi sehari suntuk meninggalkan mereka dirumah. Hanya doaku sahaja yang mampu ku tinggalkan semoga si hitam kuat dalam perjuangan.


Namun seperti kataku tadi, segala sesuatu itu adalah atas izin Tuhan. Kepulangan kami petang itu disambut kaku oleh si hitam.Dia ku lihat tidak lagi bernyawa dan mula di kelilingi semut-semut kecil. Sayu hatiku dan terasa dosa menyelubungi diriku. Bukan kerana meninggalkan si hitam untuk bertahan sendirian, tetapi kerana persoalan “Kenapa hitam?” yang pernah terdetik di hatiku. Maafkan aku Tuhan lantaran diri ini yang kurang bersyukur kepadaMu. Ku sedari akan kekhilafanku sebagai hambaMu. Petang itu juga si hitam ditanam di depan rumahku. Si hitam yang ku kenal tidak sampai 24 jam ini, ku tahu dia amat kuat dan aku bukanlah yang paling layak untuk menjadi tuannya. Dan dia hanyalah layak untuk Penciptanya.


Sementara si putih yang masih dipinjamkanNya kepadaku, insyaAllah akan ku mengambil iktibar dan menunaikan amanahku dengan sedaya tenagaku. Si putih yang menjadi penyeriku di Tahun Baru Maal Hijrah 1430H. Semoga permulaan yang baik ini akan berterusan hingga ke penghujungnya. Amin.


p/s: terharu dengan kasih sayang antara Kiut dan Miut. Saling mencapai tangan keluar cage untuk menyentuh satu dengan lain apabila diasingkan cage mereka adalah sangat comel! Sabarlah akanku satukan kalian semula. ^_^