Wednesday, 21 January 2009

syukur alhamdulillah~

Dengan nama Allah, yang sering ku panjatkan kesyukuran ke atas-Nya..
kali ini sekali lagi ku lafazkan syukur..

dalam beberapa minggu ini..fikiran ini selalu dibelenggu dengan projek tahun akhir..
matlab dan SOM toolbox yang tak dapat di run sangat menekankan..
tambah-tambah lagi apabila supervisor semakin mendesak..
memaksa diri ini melarikan diri darinya lantaran tiada apa untuk dipersembahkan..
saban malam mengadap coding-coding yang mengelirukan..
tanpa sedikit pun pendedahan asas terhadapnya..
kadang-kadang mengundang putus asa..
lebih-lebih lagi mengenangkan sudah hampir masuk bulan kedua semester akhir..
tinggal lagi tiga bulan untuk menamatkan pengajian..
bermakna tinggal dua bulan lebih sahaja masa yang tinggal untuk menyiapkan projek ini..
manakan analisisnya..dokumentasi..presentation..dll..
namun alhamdulillah..sebentar tadi penyelesaian berjaya dicapai..
coding-coding yang dicari berjaya diungkai..
walau hanya tujuh baris..cukup mendatangkan keresahan jiwa..
puas juga mengubah data..membetulkan error di sana sini..
meneliti setiap manual yang ada..
dan akhirnya...warna-warna yang ku inginkan muncul jua..
walaupun kurang pasti betul silapnya..
tapi aku akhirnya punya sesuatu untuk dipersembahkan..
dan motivasiku meningkat semula..


the result : warna-warna ku

p/s: selamat bercuti sahabat-sahabat (^_^)

1 comment:

Anonymous said...

waooo,rainboww,hehee,nk jugak! :P