Sunday 25 November 2007

tiring day

-pergi Pedas Hotspring hari ni. mengambil masa kira-kira satu jam dari shah alam, 100km smthg. syiok ar! kat sini macam wet world jugak, tapi ada additional hotspring. tak ingat la dulu auntie yang jaga kolam tu kata bape tah temperature air kat situ. tapi, memang sangat panas! erm. mula-mula sampai tu terus berendam kat dia punya main pool. then naik slide dia yang sangat menggerunkan. ok xdela gerun sangat, just dat rasa macam nak tercampak keluar dari slide tu sebab dia laju sangat. finally, we went to the hot spring of course! adehh panas betul, rasa macam kena bakar! papa tadi saja memain jirus air panas kat belakang aku sampai aku menjerit. haha. tetiba je mestilah terkejut kan. tapi lama-lama tu ok. panas tapi takla panas sangat. orang sains kata apa, dah capai keseimbangan terma. eceh ;P

-however, swimming doesn't excite me too much dua tiga tahun kebelakangan ni. maybe sebab usia pun dah meningkat, rasa malu tu ada jugak. dah la aku ni main ngan kekanak cam amir tu. rasa macam tak sesuai, tapi layan je la beb! bila lagi nak 'feel young' balik. ehe.

-kitorang ada kat sana dari pukul 11 pagi sampai la 5.30 petang. agak-agak kitorang penat tak? mestilah penat beb! dalam kereta kerja aku tido jer, orang lain tak perasan la pulak. sampai rumah, tido lagi! letih2..apa-apa pun wa sangat enjoy la arini.

-ais kacang kat sana tadi shedappp! and sangat meriah!! ehe ;P

Saturday 24 November 2007

i found it!

-saya sangat terkejut.tatkala membuka page kawan saya..erm..nak kata kawan takda la kawan sangat..biasa2 je..saya ternampak AJID! saya tak sangka..orangnya pernah dekat dengan saya tapi memang saya tak pernah bertegur sapa dengannya. memang saya sangat kenal muka dia..dan saya taktau pulak orang panggil dia Ajid..sebenarnya nama sebenar dia pun saya tak tahu..orang yang namanya hanya ku dengar di dalam mimpi..rupanya wujud di alam nyata..eceh..

-arini masak pizza..huhu..sedapnya..ala2 pizza hut..hihi..perasan tak? ok la kot..amir and papa makan ok jer..takda complain pon..ala italy today! haha..




padangan atas


pandangan sisi


pandang memandang..haha..

-tomorrow i wont be around..i'm going to Pedas Hotspring..yeay2! cant wait lol.

Monday 19 November 2007

the secret is to walk further

-pergi Nilai arini.. bawak abang long, kak nor and aisyah tengok rumah. mesti orang yang jaga rumah tu kata apa la..tiap-tiap minggu tengok rumah..tak sabar2 nak tinggal agaknya.. hehe..

-then pergi Nilai 3 usya2 barang hantaran untuk angah's engagement & wedding.. ok.. aku start pening2 sebab tengok terlalu banyak barang..then setiap kedai offers different price..lagi banyak berjalan, lagi rendah harga yang kitorg dapat untuk barang yang sama..tapi..takkan nak jalan sampai sakit kaki kot..

-i bought a hula hoop..made of rattan.. dah lama dah nak benda ni..tapi susah sangat nak jumpa..luckily ada kat sini.. tak rugi jugak ikot walaupun sakit kaki yang amat..btw, hula hoop tu angah belanja in advance for my upcoming birthday..ala bukannya belanja sangat pon..the reason angah baik sangat is because dia da rosakkan my carlo rino punya high heels..bukan murah2..beli hula hoop tu pun separuh harga kasut tu..ish3..kena mintak barang satu lagi ni! hehehe..

Sunday 18 November 2007

exam's over!

-pagi2 lagi dah bau asap. ish. apasal la pandai sangat sembur ubat nyamuk tu hari-hari minggu. nak sembur pun sembur la time weekdays. kan time tu tak banyak sgt org. mood nk amek exam ni nasib baik masih stabil.

3:00 PM
-dah abes xm! yeay2! its holiday time. tp..tak abes kemas barang lagi and papa will come in 15 minutes time! aiyark! huhu..but still sempat tulis ni. ;D

-tadi time nak balik..jumpa sorg mamat ni..he's soooo kawaii..(he's chinese actually!) pakai baju ala2 korean actor..style rambut jangan cakapla..smart habis..hehe..ok2 abes exam terus cuci mata.. ;P but he's kinda sweet..coz he gave me his seat in the bus..dia jeling kat aku then jeling ke arah kerusi..pastu senyum..huahua..comey2..but it stops there k..i smiled and said thank you..tu je la..and i'm sure i won't be seeing him again next tome..very sure of that!

-exam tadi kira ok la..all da spot Q kuar..i'm thankful for that.. but will never stop praying for success..friends, please pray for me too..orait?

-balik2 je terus pergi rumah Kak Ma..ada abang long, kak nor ngan aisyah. they're here for aisyah's convo..hmm..bila la turn aku pulak..

Saturday 17 November 2007

one final day

-my room smells like antibiotic today! huhu. i dunno why..but i loike it! eh~

-one more day..one more day.. i'm bored! im bored! i need.. HOME!!

-rain drops keep falling on my head..lalalalalalalala~ hmphhh~

-haha. aku sangat bosan sampai dah taktau nak buat apa. abes suma makanan aku kerjakan. i even make my own milkshake! it taste better coz it is shaked by my own hand! woo no machine mehh. saje nak menghabiskan ice cream yg berbaki. tapi ice cream chocolate tu..sapa nak makan? gue x lalu!!

-ok.i've been eating junks till the evening coz i refuse to go out from my room. now pening2 and asek sendawa je.badan dah masuk angin. makan tah pape lg. now, its time for rice!! NASI!! here i comeee~

Friday 16 November 2007

who?

-papa dengan amir datang tadi. bawak aku pergi lunch dekat midvalley. seronok jugak shopping dengan lelaki ni.sebab diorang tak tanya, "cantik ke kalau pakai baju ni" , "kasut ni sesuai tak dengan kaki i?". bestnya jalan-jalan tengok gadget and pergi ke tempat yang hanya ingin dituju. cukup masa, balik. kalau jalan dengan perempuan, agaknya sampai kaki nak tercabut pun taknak balik-balik lagi. silap-silap kena halau dengan tuan kedai. tapi tak boleh nak kata apa, aku pun perempuan jugak. kalau duit berkepuk-kepuk dalam poket ni mau jadi macam tu jugak agaknya. mintak simpang. yelah, bukan apa, buang masa dan buang duit, buang tenaga.

-hm.sedapnya makan salmon teppayanki. pelik jugak sebab papa yang suggest makan kat situ. tapi takda la pelik sangat sebab papa nak elak daripada makan fast food. walaupun makan teppayanki ni agak 'fast' la jugak, atleast makan nasi and ada sayur-sayuran.

-baru aku sedar yang aku rupanya sangat keletihan. masa jalan-jalan tu terpandang cermin. macam mana tah cermin tu ada kat situ.hehe. mataku sangat sembap! muka nampak kusam dan mungkin cengkung sikit. takpa, cuti sebulan ni siapla! heh. apa yang siap?

-thanks again to papa sebab belikan REMAJA untuk abby. keluaran sagittarius macam tak best sangat la. i definitely need to change to other mag!

-aku telah menolak offer amir untuk beli dunkin's doughnut. setelah kenyang dengan salmon, i absolutely cannot accept anything else. walaupun bavaria sangat sedap! merasa la jugak satu dua bites tadi amir punya. ehe.

-erm.aku kerap termimpikan seseorang bernama Ajid. malam tadi pun. tapi aku mesti tak ingat mimpi pasal apa setiap kali bangun. yang aku ingat hanya nama itu. AJID. siapa Ajid?

Thursday 15 November 2007

everything's missing

-uh ya..kelmarin birthday didi..gue mntk maaf lmbt sgt wish birthday!

-dis morning minum teh 'o' plak. kene kurangkan la minum teh ais ni. its not good for our health actually.

-sedar x kita dah biasa membahagikan setiap minggu kepada dua bahagian. that is.. 5 hari bekerja dan 2 hari bercuti. 5 hari stress dan 2 hari tenang. kadangkala kita tidak sukakan hari ahad kerana esoknya adalah hari isnin. kerana esoknya akan bermulalah kembali tekanan. tapi tak adilkan? kita membenci sesuatu bukan kerana dirinya, tetapi kerana perkara yang tak ada kena mengena langsung dengannya..sedih betul hidup ni. yang tak salah dipersalahkan.

-adakah bila aku ada jeans baru..jeans lamaku merajuk? dah sebulan menghilang ntah ke mana. pulanglah~ haha! same thing goes to my bedsheet etc etc.. mane pegi nii??

-ada 3 hari gap before final paperku! papa asek sebot Pak Akob nak umpan aku suruh balik la tu. hehe. takpe2..cuti sebulan nanti hari2 aku ajak papa gi jumpa Pak Akob. sekarang kena sabar dulu. =P

Wednesday 14 November 2007

teh ais freak

-baru lepas exam information system. seronok jugak exam kt API. leh la jugak jalan2 kat tempat yang sebelum ni aku tak pernah jelajah. besar jugak UM ni rupanya. alhamdulillah masih indah walaupun berada di tengah2 bandar raya yang tidak pernah sunyi dengan pembangunan ni.

-makan kat kolej 12. sekali lagi aku order air teh ais. pelik. sejak kecil aku tak pernah sukakan teh ais. kalau order mesti nak teh 'o' ais jugak. cuma sejak akhir2 ni aku suka order teh ais dan bandingkan dengan kedai-kedai lain. rasanya lebih kurang sama. kepahitan teh pekat dicampuri dengan susu manis mewujudkan satu rasa dan perasaan yang mengkagumkan! ia menambahkan kerinduanku terhadap..terhadap..ehe..takda apalah. jangan fikir bukan2 ye. tapi pahit dan manis..hm..macam hidup kita.mungkin sebab itulah rasanya sangat menawan kalbu. kerana kita tetap ingin hidup walaupun ia menawarkan kita berbagai-bagai 'rasa'. ok. sekianlah saja kisah teh ais kita pada hari ini. ;D

-heh.igt nk stop citer psl teh ais. tp tonite pun minum teh ais lagi! have i become a teh-ais-maniac? i'm sure i won't get to sleep again tonite. its weird coz nescafe doesn't affect me so much nowadays,its tea that make me insomnian..huhu!

-uh..roaches dlm toilet! grr! jatuh ar rambutku. what?! my new hair! ;P

-i hate to see his name everywhere! kenapalah nama dia ramai sangat orang pakai?? pakailah nama lain! huhu..psycho betol! ;P

Tuesday 13 November 2007

Gossips!

-aku masih menunggu keluaran REMAJA yang baru.kenapalah aku masih mengikuti setiap edisi keluarannya meskipun ia memaparkan cerita yang sama setiap kali. balik-balik kisah cinta muda-mudi yang merimaskan! bile dah stick to one thing, nampaknya sukar untuk aku mengubahnya. dan lebih sukar lagi, bila aku sendiri tidak berusaha untuk mengubahnya.haih.kena beli majalah lain ni! ala~

-kambeng yang cik Mai bagi ni sangat comel. olololo..main2 plak kat screenku ini..

-tadi sms dengan yana a.k.a elle = elleyana. yeay2! nanti nak jumpa dia..maybe 23rd nov ni..location not sure. but yang penting agendanye is..GOSSIPS!! hehe..looking forward to meet her soon.

-looking forward to meet adeen and hana gak early of december..and of course..MORE GOSSIPS!! harharhar..

-cik Mai..kite bila nak jumpa plak? aish.bukan jauh pun Cyber tuu..huhu..i'm craving for gossipss!!!

Saturday 10 November 2007

my life path

Your Life Path Number is 8

Your purpose in life is to help others succeed

You are both a natural leader and a natural success. You are also a great judge of character.
You have a head for business and finance. You know how to make money.
A great visionary, you can see gold where other people see nothing.

In love, you are very generous - with gifts, time, and guidance.

You love to inspire people, but it can be frustrating when they don't understand your vision.
Great success comes easily for you. But so does great failure, as you are very reckless.
You are confident, and sometimes this confidence borders on arrogance.

kecil hati

aku semakin sensitif sejak akhir-akhir ni. banyak perkara yang membuatkan aku cepat terasa. kenapa tiada sesiapa yang memahami? terlalu banyak kepahitan yang pada mulanya ingin aku persoalkan. namun, atas dasar tidak ingin menimbulkan kekecohan, aku pendam..pendam..dan pendam. ia membuatkan seolah-olah aku ini terlalu mudah ditindas. bukanlah aku tidak mahu menegakkan keadilan. tetapi ianya selalu disalah erti. dan aku akan tetap dilihat sebagai seorang pesalah. lantas aku terpaksa senyum dalam kedukaanku. tahukah kamu ianya begitu sukar? memujuk diri dan berkelakuan persis tiada apa yang berlaku. jika sabar itu separuh daripada iman, adakah menindas itu juga sebahagian daripadanya? kamu tentu tahu jawapannya. lantas kenapa kamu tidak pernah rasa bersalah?

i hate the way i don't hate you

-hari ini saya terdengar lagi lagu itu. argh. betapa sukarnya. lagu yang kamu suka akhirnya menjadi lagu yang kamu tidak ingin dengar untuk sepanjang hayat kamu. lagu itu mengingatkan saya betapa bodohnya saya kerana tertipu dengan diri sendiri. kamu tak paham? tak apa. saya pun tak nak paham. cuma saya rasa terseksa kerana terpaksa hidup dengan kebencian yang mendalam terhadap lagu itu. saya ingat saya dah lulus untuk melalui semua itu. ternyata saya masih belum cukup kuat.

-sabarlah wahai hati. ok2. jom lupakan benda-benda ni sekejap. nak share video my nephew yang comell bangat. presenting kimi!!

p/s: budak2 cepat sangat terpengaruh. so jangan ajar dorg benda2 merepek.


Friday 9 November 2007

two things

-br blk dr mersing ptg td. seronok sungguh dapat dok sehari kat kampung. bangun pagi2 bunyi cengkerik. takde pun dengar bunyi kereta. sunyi. tenang. tapi takde internet connection! :P

-i got a new haircut! erk. takdela new sangat. macam biasela [for those yg tahu] nasib baik auntie tu tak tutup kedai hari ni. kalau tak, bila lagi nak balik mersing? erm. baru tau nama auntie tu ah chan. kalau sesape terasa nak gunting rambut tu, pergi la kedai Supercut dekat depan deret2 KFC tu. kat hujung simpang. [see..i'm bad at telling direction] argh. cari je la. bkn besar pun mersing tu. tapi takkan datang semata-mata untuk gunting rambut kan? eh..its worth it tau! haircut yang chantek and murah..lapan ringgit je~

-there's two of my favorite things yang hanya ada kat mersing je.. that is.. kedai gunting Supercut and biskut ayah wa! ;D

-first time nampak anak babi hutan. selama ni dengar cerita orang je. tengah2 malam semalam nampak 6 ekor semuanya jalan2. kontot kaler putih. haih.

-correction! angah baru orang nak datang merisik. bukan meminang. --> angah yang suruh buat correction. kecoh je minah tu. *bluek*

Thursday 8 November 2007

rindu terlerai

-dah dapat jumpa anak Pak Akob semalam.hehe.nak tau Pak Akob tu sape? dia penjual cendol kat seksyen 16, depan masjid tu.bukanlah ada apa-apa yer.cuma selama ni aku tak makan cendol tapi sekali dah pekena Pak Akob punya adooii memang siang malam teringat je la. dah jadi satu rutin untuk bertandang kat gerai dia setiap minggu. orang memang ramai lah.pernah sekali tu pergi dalam pukul 4 petang semuanya dah habis. jilat jari je la.

-sejak dah besar ni banyak benda yang dulu aku tak makan sekarang tibai macam apa je. cendol tu one of them.benda lain apa yer? hm. all sort of chocolate, chocolate cake etc [jarangkan perempuan tak suka makan ni] dulu aku just makan white chocolate. then makanan pedas pun tak boleh [sekarang nasi goreng cili padi pun aku bedal]. banyak la benda. tiba-tiba tak dapat nak fikir.

-benda yang sampai sekarang tak boleh terima is chocolate ice cream. definitely not. chili sauce pun same. boleh makan but lagi baik kalau ada tomato sauce. fruit cake yang ada raisin semua tu. aish. aku hanya boleh terima raisin itself only. not in the nasi minyak or elsewhere. haha. rupa-rupanya perutku agak cerewet. but please believe i can accept petai, jering, tempoyak budu etc etc. perut ni tak dilatih selera bandar. unbelievable? believe it!

-tadi pergi tengok Bee Movie. along and amir have to thank me for the tickets. haha. not a big deal actually. first time tengok movie on their first day of launching. tak ingat nak exam tu. =D it was a great muvee. Barry Bee like Eyy'bee' is sooo kawaiii..hehe..

-then temankan along beli kasut. kasut lagi?? like everytime we went out together dia mesti beli a pair of shoe. sebagai seorang perempuan aku kurang memahami kenapa perempuan perlu ada banyak kasut. as for me i only have satu selipar untuk pergi kedai runcit [selipar jepun yang tak jepun sangat], satu kasut formal untuk pergi kelas, satu yang tak formal, satu sport shoes. tapi tak kesah la. nanti kalau dia tak suka aku la jadi mangsa untuk menerima kasut-kasut tu. mangsa? not really.haha. kasut still elok takkan nak menolak. i guess one day i'll understand about those shoe-maniac-minded.

-but i do understand why we woman need new clothes every time we went out shopping. we felt bored using the same attire, there's no more choices for mix and match. haha. hope we don't feel bored having the same man to be in our entire life. *grin*

-jap lagi nak balik mersing nak ambik wa dengan ayah wa datang sini.we need them sebab abg fadzril nak bawak rombongan meminang.obviously we don't have any experienced people other than both of them. angah , gue tak sangka lho udah mau kahwin. huhu. turn gue pulak bila? haha. tu lagi la tak disangka-sangka kalau terjadi. eii gatal sungguh~ *bluek*

-huh balik mersing! leh la jumpa my favorite barber. i seriously need a hair cut! i miss u auntie what-ever-her-name is..ehe~ know what? walaupun jarang balik mersing dia boleh ingat aku because of my height..she used to said i'm gonna be a model one day.. huh? auntie ni perli ke ape? kalau la dia pernah nampak my friends like mai, fifi,hana, along, illiey and sarah. terasa kecil diriku disamping mereka.

Tuesday 6 November 2007

alhamdulillah

-selepas exam, rasa lega walaupun ada 2 lagi paper yang menanti. i'm going home tonite. just can't stand the emptiness and tense.pelikkan bagaimana bandar yang sibuk ni boleh menjadi -kosong- ?

-i need some workout sooo badly. i don't feel healthy.

-satu hari nanti aku pasti jadi seperti itu. cuma pengakhirannya belum tentu bagaimana. mungkinkan perlu berpenat lelah atau hanya menggoyang kaki menghabiskan sisa-sisa usia?

-aku perlu tidur selepas ni. terasa seperti nak tumbang. paras toksik dalam badan ni taktau la banyak mana. its just hard to get a quality sleep nowadays!

Monday 5 November 2007

its getting near!

-aku keliru dengan kota ini.setiap kali aku meninjau peluang untuk mencari sekelumit maksud ketenangan,setiap kali itu aku rasa seperti ingin rebah. mujur juga aku sempat duduk sebelum terbaring dalam muslihat onar kota. kenapa ya, aku semakin lemas dan lemah dengan kota ini?

-terima kasih mama dan papa kerana menjengukku dan menghilangkan seketika bebanan yang terbenak di fikiranku.

-hmm.sedapnya nasi impit + masak lodeh + rendang dari air tangan mama. =D

-mungkin kerana aku bosan menghadap benda yang sama, aku tidur untuk mempercepatkan perjalanan masa. but it seems to never work!

berdebar-debar

-why the weekend air have to be hot and dry? or izzit just me? i'm currently dehydrated. if only there's a bathtub here. *sigh*

-nak balik rumah sangat2! tak aci tak bawak abby gi openhouse. =(

-jalan kat KL lengang hari ni. apasal aku ni? dah jadi pengupdate traffic kat KL ni? hahaha.

-i'm craving for food! erk..hehe..

-saket gusi. rasa macam semua gigi nak tertanggal. maybe because of dehydration.i wish i could see a doctor and give me an injection or some medication yang boleh buat gusi rasa kebas or atleast reduce the tense there.

Sunday 4 November 2007

i'm still wasting my time here

- sejak akhir-akhir ni selalu sangat orang datang padaku bertanyakan arah untuk ke sana sini.sejak minggu lepas dah ada lebih kurang 5-6 orang. ada apa ye kat UM sekarang? nape asek tanya aku je? *tsk* perasan~ hehe..sebenarnya akulah orang yang paling fail dalam bab-bab arah tujuan ni. hm. ke mana tujuanku selepas ini?

-erm.satu hari je kamu berkabung dan hari ini kamu masih meneruskan kerja-kerja hiburan kamu, melupakan orang yang kamu tangisi semalam. Genting Highland bercahaya kembali malam ini. adakah manusia menjadi semakin hipokrit? menghabiskan sisa-sisa tangisan dalam masa sehari?

-i'm missing Pak Akob and his son! hahaha.. paling penting rasa rindu sangat-sangat kat rumah [of course dengan orang-orangnya sekali ] =)

-i felt -kosong-

-pressure with the upcoming two hardcore paper in a day! u can tell when i'm under pressure. i usually write all this 'merepek' thing.

Saturday 3 November 2007

3 days before OS & Biochem papers

-aku tak sangka akhirnya aku akan kembali ke kota ini. setelah bertahun-tahun aku mencapai kematangan jauh dari hiruk-pikuk kota, aku kembali. tapi aku masih terlalu rindu dengan pokok-pokok hijau, kabus dinihari, udara yang nyaman dan bau-bau alam yang menyegarkan. rakan-rakanku, apa khabar kamu? bilakah lagi bisa bertemu?

-hm.memang insan-insan di Genting Highland sedang berkabung. tiada lagi cahaya bergemerlapan yang sering kelihatan saban malam. kota penuh hiburan tetap malap saat kematian menjelma. adakah kamu sedar, sedang kamu masih leka berseronok, kamu masih takut menghadapi mati?

-char kuew teow kat bawah tu sedap! tapi pelayannya terlalu peramah! hm.berfikir-fikir untuk kembali lagi. hihi.

Thursday 1 November 2007

a piece of space

yeah.i found a 'piece' of space to write something that was on my mind today.its a day before my final exam begin. i don't know how i feel. i have one more chapter to go but i think it is the most difficult part of the subject.even the 2nd last chapter is sooo hard.this is the pay for not paying full attention in class.but don't blame me alone. there's too many assignments given as if we the student have so many brains or hands and we do not need to have some rest. we got the class schedule to obey (which is already packed up) and we need to even compress our time entertaining projects and presentations. i couldn't agree more that assignments will enhance our knowledge about a particular subject. but, too many of them makes student lost their sincerity in learning somehow. i bet they just finished up homeworks just for marks, not because they're so happy to do it, not for the sake of knowledge. yeah i know..poor aight!