Saturday, 10 November 2007

kecil hati

aku semakin sensitif sejak akhir-akhir ni. banyak perkara yang membuatkan aku cepat terasa. kenapa tiada sesiapa yang memahami? terlalu banyak kepahitan yang pada mulanya ingin aku persoalkan. namun, atas dasar tidak ingin menimbulkan kekecohan, aku pendam..pendam..dan pendam. ia membuatkan seolah-olah aku ini terlalu mudah ditindas. bukanlah aku tidak mahu menegakkan keadilan. tetapi ianya selalu disalah erti. dan aku akan tetap dilihat sebagai seorang pesalah. lantas aku terpaksa senyum dalam kedukaanku. tahukah kamu ianya begitu sukar? memujuk diri dan berkelakuan persis tiada apa yang berlaku. jika sabar itu separuh daripada iman, adakah menindas itu juga sebahagian daripadanya? kamu tentu tahu jawapannya. lantas kenapa kamu tidak pernah rasa bersalah?

No comments: