Wednesday, 14 January 2009

flexible

Petang tadi..lepas chat dengan cik mai..ada rasa-rasa macam tak sihat..sebenarnya sejak semalam lagi..tambah-tambah pulak muncul tanda-tanda tak sihat tu..iaitu gusi dan belakang telinga bengkak..pastu tadi rasa sejuk sangat-sangat..mula-mula slowkan kipas sampai 3..still sejuk lagi so terus tutup kipas..mentang-mentang roomateku takde..hehe..da lama-lama tu..rasa panas pulak..panas bahang yang cam nak demam tu..nak on balik kipas takut sejuk pulak..last-last lepas je azan maghrib aku pun baring terlentang tengah-tengah bilik atas lantai yang takde tikar tu..atas lantai tu rasa nyaman je..sempat la terlelap barang 10-20 minit..[ye saya tau tak baik tidur time maghrib ;D] hmm sambung balik..pastu bangun-bangun je dari tidur yang nyaman itu kepala rasa berdenyut-denyut..haih..takleh jadi ni..check laptop jap kot2 ada mesej-mesej yang penting..pastu dengan mamai-mamai tu terus capai tuala dan menyambung kehidupan yang tergendala sebentar tadi..ini semua gara-gara matlab yang tak dapat run sehari dua ni..matlab tak run..saya pun terpaksa la "run" dari SV saya sebab tak dapat tunjuk result..sadis kan? takpela saya pun ada nasihat orang..saya cakap "challenge makes life full of excitement"..so akhirnya kena telan kata-kata sendiri walaupun kadang-kadang rasa macam tak mampu nak hadapinya..hanya ayat ini yang menjadi penenang jiwa dikala resah melanda..


"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan [sahaja] mengatakan : "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta " (Al-Ankabuut : 2-3)


Moral of the story : jadila orang yang flexible..boleh tidur kat mana-mana je ;P




No comments: