Wednesday, 3 September 2008

ahlan wasahlan ya Ramadhan

bulan Ramadhan seringkali menerbitkan rasa rinduku kepada zaman persekolahanku di Taiping.
suasana Ramadhan yang penuh syahdu yang tak mungkin aku dapat di mana-mana.
Rindu pada suara lunak para muazzin, imam dan bilal.
Rindu pada zikir-zikir yang mendayu-dayu dan doa-doa yang penuh keinsafan.
Rindu juga pada teman-teman seperjuangan.
Teringat akan kemeriahan sewaktu meraikan iftar biarpun dalam keadaan sederhana.
Terbayang wajah-wajah sahabat yang liat untuk dikejutkan semasa bersahur.
Rindu akan berjemaah!
Rindu akan halaqah!
Rindu akan tadarus!
Rindu akan qiamullail!
Masing-masing berebut untuk berada di saf paling hadapan.
Subhanallah..kalaulah budaya di kelompok kecil ini dikembangkan dan dipraktikkan hingga ke hari ini. *malu dengan diri sendiri*
tidak istiqamah!
semakin lalai!
sibuk tidak boleh dijadikan alasan.
persekitaran juga tidak harus dipersalahkan.
jadi salah siapa sebenarnya?
halakan lima jari ke arah diri sendiri.
dan lihatlah ke dalam cermin.
moga bertemu jawapan.

teringat-ingat : "Ya Allah, jangan Engkau tarik nyawa kami, sebelum sempat Engkau memberi hidayah kepada kami. Jangan Engkau matikan kami sebelum sempat kami bertaubat kepadaMu"

No comments: