Monday, 16 June 2008

terhenti seketika

buat sekelian kalinya saya pulang lagi ke rumah pada hari ini. saya memang begini. pantang ada peluang, tidak akan ku lepaskan! perangai yang saya bawa sejak tinggal di asrama memang sukar untuk ditinggalkan. tapi itu bukanlah apa yang ingin saya sampaikan dalam entree kali ini. saya hanya ingin menyampaikan ketidakpuasan hati saya terhadap segelintir pemandu di malaysia. 'segelintir' yang mungkin boleh dikatakan dalam jumlah yang agak besar, kerana hari ini saja saya berdepan dengan dua situasi yang cukup untuk menghentikan jantung ini barang sesaat dua. satu pemandu perempuan dan satu pemandu lelaki.

saya tidak mahu bercerita lanjut tentang apa yang terjadi kerana bimbang terkeluar kata-kata yang tidak sepatutnya. namun cukuplah saya katakan bahawa tidak ada gunanya kerajaan mewajibkan penggunaan tali pinggang keledar kalau beginilah gaya pemandu-pemandu malaysia. walaupun saya memakai tali pinggang keledar sebentar, saya rasa kalaulah ayah saya tidak cekap memandu, mungkin anda tidak akan dapat membaca tulisan-tulisan saya pada malam ini. dan mungkin saya akan terbaring di mana-mana atau mungkin...

nauzubillah hi minzalik

saya akui mati itu adalah sesuatu yang pasti. mungkin kerana iman ini belum betul-betul mantap maka saya harus juga akui bahawa saya takutkan mati. secara khususnya mati dalam keadaan tidak beriman.

dalam bulan ini saja, saya dengar dua berita kematian dikalangan saudara mara saya. saya memang tidak dapat menerimanya. mendengar beritanya saja membuatkan saya tidak tidur malam. mengingati saat-saat saya bersama mereka sewaktu hayatnya. dan saya mula membayangkan situasi mereka. mendalami hati-hati anak-anak serta suami atau isteri yang mereka tinggalkan. kerana saya pernah hampir mengalami detik-detik itu. dan saya bersyukur itu tidak terjadi. tapi bagaimanakah saya dapat meramal masa hadapan? sesungguhnya hati ini masih belum bersedia. hatta untuk terhenti seketika.

n o t a k a k i : perasaan homesick datang kembali sebab esok dah kena balik UM balik! =(