berpuluh draft sudah dilakar.
berpuluh kali juga ia dibuang.
berpuluh kali jugalah aku berfikir sama ada patut atau tidak untuk aku meneruskan pembabitan dalam dunia blog ini.
sungguh. dulu aku punya hobi menulis.
sejak zaman kanak-kanak aku punya diari untuk aku coretkan rasa hati.
tidak kurang juga nota-nota yang aku tampalkan di dinding peti sejuk untuk menyatakan rasa tentang orang itu dan orang ini.
kerana aku ini bicaranya kurang, tapi fikirnya banyak.
selalu aku takut salah bicara. salah bicara banyak padahnya.
takut salah fakta. takut dimarahi. takut orang kecil hati.
paling aku tak gemar bila aku bicara aku memalukan diri yang mana peristiwa itu boleh buat aku ingat sampai mati.
dua tiga kejadian aku salah bicara buat aku malu sendiri bila teringatkannya.
biarpun saksi kejadian sudah lupa apa yang mereka saksikan dan dengarkan, ada ketika rakaman kejadian itu seperti berulang-ulang dalam kotak fikir aku. itu yang malu tu. malu pada diri sendiri. malu tidak kena tempat.
(dan aku sedang membebel seorang diri di sini)
jadi point yang ingin aku buat adalah, aku lebih senang menulis.
senang aku mengatur bicara. senang aku meluah perasaan yang membuku.
dan yang penting, tiada siapa yang disakiti melainkan aku seorang.
tapi semenjak dua menjak tiga menjak ni, aku hilang vocab.
meskipun aku suka rujuk kamus online dan google translator.
meskipun aku kategori orangnya yang suka membaca.
mungkin kerana aku disibukkan oleh kerja yang banyak memerlukan penggunaan logik berbanding emosi, maka sedikit sebanyak aku tidak lagi dipengaruhi emosi.
hati aku jadi kental. kadang-kadang terasa hati dengan kawan pun cepat aku ubatkan.
ada beberapa ketika aku cuba marah orang disini. tapi akhirnya tak jadi.
marah itu tak berbaloi dengan penat tangan yang menaip (penat ke..?)
baik tidur dan mimpikan putera raja tunggang kuda datang memujuk hati yang sedang marah (haha! ok itu aku merepek.)
baiklah ye. jadi apakah kesudahan yang patut bagi blog ini?
tiba-tiba aku rasa best pulak menulis begini. begini macam mana kamu tanya? BEGINILAH.
susah pulak mahu explain.
jadi keputusannya, kita tunggu jika ada entri lain lagi selepas ini. salam.
p/s: cuba periksa jari manis kamu. tengok jika ianya lebih panjang dari jari telunjuk atau tidak. ada rahsia disitu. ^_^