Saturday, 31 December 2011

First & Last

Assalamualaikum.

Alhamdulillah aku kembali semula untuk menulis entri pertama bulan ini, dan entri terakhir tahun ini. Lebih sebulan jugak aku tinggalkan blog ni kan?

Bulan Disember tahun ini menyaksikan aku terlalu sibuk menguruskan kehidupan. Dengan tanggungjawab kerja dan juga belajar. Waktu siang dihabiskan di pejabat, waktu malam di kelas, library ataupun menghadap assignment di rumah. Sampaikan cik housemate pun tegur rasa macam lama tak jumpa, sebab masing-masing pun sibuk jugak.

Alhamdulillah, meskipun dihimpit deadline assignment hampir setiap hari dalam setiap minggu, berjaya juga aku siapkan semua. Yang terakhir baru dihantar semalam. Dan hari aku dah boleh menarik nafas lega. Selesai sudah 30 jam kredit selama setahun ni. Dan tiada lagi kelas! (insyaAllah jika tiada masalah) Doakan aku ye!

Harus bersiap sedia untuk mulakan final project pula lepas ni. Tak sangka, program master aku dah hampir ke penghujungnya. Mudah? Nope. Nampak je macam mudah, tapi kalau aku dibawa semula ke masa sebelum semua ini bermula, mungkin aku akan kata tidak. Dan kalau ada orang mintak pendapat, aku takut aku akan pengaruh orang tu supaya jangan sambung master. tapi tak baik lah kan macam tu, sebab dalam mengejar ilmu memang tak ada yang mudah.

PhD? Setakat ni aku hampir pasti jawapan aku NO. Tapi tengok lah kalau aku dah bosan kerja nanti. Setakat ni, izinkan aku fokus betul2 pada kerja baru aku, dan izinkan aku menikmati rehat yang aku tak dapat selama setahun ni. Bukanlah aku nak rehat lama2 pun, cukup sekadar aku dapat meluangkan masa untuk diri aku, buat benda2 yang aku suka dan bersama dengan orang2 yang aku sayang.

Ok, entri ni macam nak jadi panjang je. Hm. Tengah malam ni kita akan menjengah ke tahun baru 2012. Azam? Sejujurnya aku memang tidak pernah ada azam tahun baru. Sebab wishlist aku sentiasa bertambah dari hari ke hari, dan aku tak perlu awal tahun untuk kosongkan senarai aku, dan buat senarai baru.

Plan malam tahun baru? Hurm. Aku ingat nak pergi program Ustaz Azhar Idrus kat Dataran Shah Alam tu. Tapi aku dengar cerita orang dah mula sesak kat situ. Aku memang bercinta sikit nak pergi tempat yang sesak dan susah nak parking ni. Pulak tu nak kena pergi dengan mak dan ayah, kesian kat diorang sesak2. Jadi mungkin aku akan dengar dekat radio je, takpelah yang pentingnya aku dapat ilmu, dan aku tak pergi berpeleseran sambut tahun baru tanpa tujuan. Tercapai jugak motif program tu (untuk aku je la) walaupun aku tak pergi. Sememangnya kalau aku tak pergi program tu aku akan duk rumah jugak.

Ops. Dah cukup panjang ni. Oklah, semoga kita sama2 berusaha menjadi yang lebih baik dari sebelumnya. Semoga akan ada episod2 yang indah menunggu kita di hadapan. Semoga Allah merahmati kita dalam setiap perkara yang kita lakukan. insyaAllah :)