Tuesday, 21 February 2012

you guys are awesome!!

Assalamualaikum.

Ha lama tak jengah sini.
Atas permintaan sahabat2, hari ni nak share resipi Oreo Cheesecake. Weekend aritu buat sebab dah janji untuk buat 'comeback' kat housemate2 tersayang. hehe. yelah kan korang mesti rindu ai sebulan lebih tak balik rumah kan? :P

Dah few people tanya resipi Oreo Cheesecake ni. Aku nak cakap rahsia pun tak boleh sebab ni bukan resipi aku. Aku memang typical person yg cari resipi kat internet pastu pandai2 la godek sendiri. kalau orang tu tipu alamat mmg tak jadi la dish aku. Huhu.

tapi alhamdulillah sekarang ni aku dah bijak sikit, pandai amend sket2 resipi tu. berdasarkan pengalaman yg lepas, Oreo Cheesecake ni akan jadi over manis sebab kita pakai dia punya cream oreo tu + tambah gula lagi. sebab aku dah bijak sikit, kali ni aku kurangkan gula bagi dia elok2 je.

satu pelajaran baru yang aku dapat masa buat cheesecake ni, 1 sudu besar = aprrox. 10g gula. bila baking, part menimbang ni yang aku malas sikit. jadi skg aku akan sentiasa ingat benda ni lain kali tak payah timbang2 dah. amacam bijak x? hihi. (poyo lebih sebenarnya...hihi)

ok la cerita pjg pun tak guna, mesti ada yang dah tak sabar nak tau resipi Oreo Cheesecake ni. So, here you go!

copy+paste from here

Bahan-bahan untuk base ( saiz kek:20cm ) --> aku punya tin 23cm sebab tu kek aku macam leper sikit.
1. 120gm biskut oreo - asingkan krim (nak buang atau nak makan pun boleh) --> krim ni aku masuk kat filing kat bwh, utk ganti gula.
2. 70gm mentega cair.

Cara-cara

1. Guna spring form pan dan lapikan dengan aluminium foil supaya senang nak keluarkan kek nanti.
2. Hancurkan biskut dan masukkan mentega cair. Kacau sebati.
3. Masukkan ke dalam peti sejuk sehingga 20-30 minit.

Bahan untuk filing

1. 250gm phildephia cream cheese
2. 200gm whip cream
3. 70gm gula --> aku guna lbh kurang 5 sudu besar (50g)
4. 1 sudu besar serbuk gelatin - larutkan ke dalam 30ml air --> mesti korang ragu2 gelatin tu halal ke tak. dun wori, aku dah check ada tanda halal dekat botol tu. beli kat Bagus Bakery Shah Alam. Aku ada baca, Halagel pun ada jual gelatin halal, tapi aku taktau mana nak cari.
5. 40ml jus lemon - akak gunakan limau nipis aje --> aku guna lemon sebijik
6. 5-10 keping biskut oreo - di patah-patahkan.

Cara-cara

1. Dalam bekas lain, larutkan gelatin dengan air dan jus lemon.
2. Double boiled larutan sehingga gelatin larut sepenuhnya. --> lebih dikenali sbg teknik bain-marie (aicece omputih sket)
3. Biarkan seketika.
4. Dalam mixer bowl, pukul cream cheese dan gula sehingga sebati.
5. Masukkan whip cream dan pukul sehingga 5 minit.
6. Masukkan larutan gelatin tadi dan kacau sebati.
7. Akhir sekali masukkan biskut oreo yang telah dipatah-patahkan.
8. Sejukkan sehingga 4 jam atau sehingga kek sudah keras.

Untuk hiasan (akak tak buat pun) --> aku pun tak buat.

1. 200gm whip cream
2. 30gm gula
3. biskut oreo

Cara-cara

1. Pukul whip cream dan gula sehingga menjadi krim.
2. Salutkan kek dan hias dengan biskut oreo.

Amacam? agak2 senang tak? senang je kan? takyah nak bakar2/stim2.. sejukkan aje.. :D
Gambar? ops sori tak sempat snap gambar. bawak kat housemate ahad malam. by isnin malam tu housemate aku kabo "cheesecake dah habis!" huhu. bagus2. gembira bila apa yg kita masak di appreciate sebegitu rupa. :) tapi korg boleh tgk gmbr2 yg lebih enak kat sini

Hehe. hari ni hati tgh bunga2. sebab deal dgn Project Manager from Shanghai yg bersemangat! Dia kasi email cakap "you guys are awesome!!!!!!!" sebenarnya aku takde buat apa pun, just siapkan kerja on time, tapi appreciation mcm ni la yg org selalu lupa nk mention. one sentence yg boleh ubah mood seseorang, tak susah pun kan. pagi tadi aku dah pening2 nak siapkan, bila org appreciate macam tu terus baik dah pening aku. hihi. :P

Ok lah, till we meet again. Assalamualaikum.

"if i'm not a programmer, maybe i will take culinary arts and become a pastry chef instead"