Ya Allah, nampak sangat dah lama tak bukak blogger.
Dah berubah dah cara nak post entry.
Hmm, aku tengah sedih.
Aku ni tak habis2 cerita sedih kan.
Sebenarnya adalah berita gembira, tapi entah kenapa aku rasa sedih pulak.
Dan setiap kali aku rasa sedih tu lah, aku rasa nak berhenti kerja.
Sebab aku macam tak boleh pikir benda lain.
Dan setiap kali tu lah, muncul satu post kat sini.
Bengong sikit hormon aku ni. Haha.
OK takpe lah tu.
Nak ceritanya.. dikala aku tengah bekerja hari ni, mak + ayah + adik aku tengah duduk semeja, menghadap dokumen2 yg begitu byk. Dokumen budak kecik ni nak apply masuk univ. Huhu. Aku agak budak lelaki umur 17thn ni masih boleh dianggap budak2, sebab semua benda mak ayah aku checkkan untuk dia.
Aku tak ingat pulak zaman aku dulu macam mana, tapi aku rasa mostly aku yang uruskan sendiri. Sekarang ni aku pulak yang stress tengok mereka ni duk gaduh pasal English grammar. Sebab nak masuk univ ni budak ni kena buat satu essay pasal perancangan career etc etc. Haha aku dengar pun aku nak tergelak. Tapi malas la kan aku nak campur. Orang kata, don't add oil to the fire!
Mak aku ada la jugak tanya2 aku macam mana nak buat ayat itu ini, tapi mama, anakmu ini sangatlah bizi dengan kerja, makanya otak ini sungguh tepu untuk mengeluarkan sepatah mahupun sebaris ayat. Benornya aku dah lama tak buat essay. Hari2 aku menulis emel kat orang UK takkan sama dengan ayat essay nak promote diri sendiri. hua3.
Erk. apasal ada anjing menyalak tengah2 malam ni? isk. oklah. aku rindu kat blog ni je sebenarnya. malam ni aku kena buat sesuatu untuk rawat hati yang sedih ini. kotor sangat dah kut hati aku ni.
p/s: yeay! tak jadi training esok. esok aku ada misi ke rumah makcik urut. kaki sila lah cepat baik, dah nak kena masuk ofis dah ni. huhu.
p/s: semalam kemas bilik, jumpa surat, greeting cards dari kawan2 masa sekolah dulu. haih tambah lagi rasa sedih.
Mama, I'm sorry I grew up way too fast