ubat paling mujarab untuk seorang anak ada pada seorang ibu.
aku rasa kurang sihat hari ni.
sepanjang hari asek nak terbaring je.
nak makan tak lalu.
nak buat semua kerja pun tak larat.
badan pun dah naik sengal2.
aku nak suruh mama urut.
tapi sebab aku tau mama pun tak larat, menyusahkan mama je.
pastu aku pun amek inisiatif sendiri, guna ada alat urut kat umah tu.
alat ni tak syok sangat, sebab kena pegang. blkg bdn mmg susah la nak dicapai.
setakat sakit sikit2 tu boleh la.
org tak sihat, biasa la bad mood sikit.
nak bercakap pun malas. aku senyum pun aku tau semuanya fake semata2.
aku rasa macam jasad aku terpisah dengan roh aku sekejap.
aku rasa jiwa macam kosong je.
semacam depression yg menggila buat aku rasa diri macam org tak berguna.
dan aku sengaja cari pasal dengan orang lain, sebab aku rasa puas dapat sakitkan hati orang.
jadi semalam, mangsa nya adalah adik aku.
dalam aku marah2 tu, aku sedar yg aku sebenarnya terlalu mengikut perasaan.
aku byk mendengar hasutan2..aku sedar aku sedang dikuasai nafsu marah.
ada 2 jiwa yang meronta2 dari dalam diri aku.
setelah aku sedikit waras
aku memilih untuk mencari penawarnya.
sebelum pulang tadi, aku pujuk hati sendiri.
berbaik-baik dengan adik aku.
walaupun sekadar buat lawak bodoh.
agar aku bisa menutup resah hatiku. menutup rasa bersalah.
mungkin juga menutup luka di hatinya, dan dihatiku sendiri.
[tapi dia pun bersalah jugak ek, kami sama2 keras kepala, aku admit itu]
tatkala mama menghantar aku ke pintu rumah sewa
aku peluk mama erat.
aku dapat rasa semacam ada satu tenaga yang meresap ke dalam diri aku.
macam ada elektrik yang mengalir. sedikit sebanyak hati aku jadi tenteram. tenang.dan aku tidak lagi buat-buat senyum.
walau aku telah sia-siakan hujung minggu aku dengan 'buat perangai',
aku tahu, sebenarnya keadaan yang buat aku jadi begitu.
kerana tetap ada sisa-sisa dari sisi baikku yang menyedari konflik yang terjadi dalam diri aku.
aku tahu, aku bisa melawan kuasa jahat itu, asal saja aku mahu.
apa2 pun, thanx Ma! ;) takde ubat lain lagi yang pernah aku jumpa semujarab ini.
hanya ada pada sentuhan seorang ibu.
p/s: oh post-PMS barangkali!