Friday 23 May 2008

nawaitu

mungkin ada yang sedar, atau ada yang tidak sedar bahawa saya sudah lama tidak mencoretkan apa-apa di sini. sebetulnya saya tidak tahu siapakah pembaca blog saya ini kerana tidak pernah mendapat respon dari sesiapa kecuali sahabat baik saya yang seorang itu. he he.

saya sering bertanya pada diri saya, apa tujuannya saya membuka blog ini satu ketika dahulu? saya punya jawapannya namun saya tidak pasti bagaimana cara merealisasikannya.

dahulu tujuannya adalah untuk menjadikannya sebagai diari peribadi saya, tempat untuk saya meluahkan rasa, mencoretkan apa-apa sahaja aktiviti harian saya, atau sajak-sajak yang tiba-tiba tercetus di minda.

dan selepas saya membuat keputusan untuk membuka blog ini bagi tatapan umum, saya menyemat satu lagi tujuan yang saya kira lebih munasabah dan lebih berfaedah.

berbalik kepada tujuan saya yang awal tadi, saya dapati lama kelamaan saya bosan menulis mengenai diri sendiri, mengingati perkara-perkara yang telah berlalu, tidak membawa kemajuan dan keuntungan kepada sesiapa, mahupun saya sendiri. mungkin sekadar hiburan sesaat dua namun hati masih terasa kosong.

menceritakan kisah saya sehari-hari untuk tatapan umum, memberi bayangan kepada saya seolah-olah dipamerkan pada semua orang akan perbuatan saya di skrin besar pada Hari Penentu itu. Ia membuat saya berasa takut dan dalam masa yang sama menjadikan saya seorang yang hipokrit kerana sudah semestinya saya akan bercerita yang baik-baik sahaja, sedangkan di Hari Penentu itu, saya tidak akan dapat memilih rakaman-rakaman terbaik sahaja untuk dipertontonkan.

"Semoga Allah mengampuni dosa-dosa saya dan semoga saya tidak mengulangi lagi dosa-dosa itu"

bertitik tolak dari ketakutan itulah saya berazam untuk menulis tentang perkara-perkara ilmiah sahaja, tidak kiralah sama ada isu politik, agama, sosial, apa sahaja!

inilah bahagian yang paling sukar kerana menulis perkara-perkara ilmiah memerlukan ilmu yang penuh di dada. saya tidak mahu tersalah fakta atau wujud tersalah erti oleh pembaca-pembaca kelak yang buruk itu akan berpatah semula kepada saya.

"Semoga Allah mengampuni dosa-dosa saya dan dosa-dosa anda"

saya tidak tahu mengapa, saya berasa lega mencoretkan apa yang telah saya coretkan di atas. semoga anda memahami apa yang sepatutnya anda fahami.

insyaAllah saya akan kembali untuk berkongsi sesuatu yang berfaedah untuk anda-anda selaku "silent reader" saya. tetapi saya tidak dapat berjanji kerana anda pun tahu, setiap insan di muka bumi Allah ini punya komitmen di dunia realiti. tanggungjawab sebagai bloggers di dunia maya ini adalah pilihan masing-masing dan perlu berada di tahap keutamaannya yang tersendiri. dan saya meletakkan tanggungjawab ini pada tahap yang sederhana, yang mana saya tidak perlu rasa terbeban dengannya. sekian sahaja untuk kali ini. Jazakallahu khayran.

highlight : maaf jika apa yang saya bebelkan ini menyinggung perasaan mana-mana bloggers. ini hanya pendapat peribadi saya dan anda boleh memilih untuk menerima atau menolaknya.

1 comment:

Anonymous said...

post yg menarik beb~!
keep on waiting for ur nxt entry.
lameee nyeeeeee nk updatee.
hohoh.