memenuhi permintaan cik Sarah yang suruh saya tulis entri terakhir bagi tahun ini. sebetulnya tidak ada apa pun yang ingin diperkatakan, melainkan saya berharap agar sedikit perubahan yang sedang saya lakukan ini dapat diteruskan dengan istiqamah dan dipertingkatkan seiring dengan pergerakan masa.
2009 yang berlalu penuh kenangan. pahit manis. suka duka. dengan tesis. praktikal. tamat belajar. graduasi. alam pekerjaan. masing-masing mengambil peranan membentuk peribadi diri sedikit demi sedikit.
sedar tak sedar dah hampir setengah tahun zaman belajar ditinggalkan. tiada kuliah. makmal. assignment. presentation. sungguh tak sangka akhirnya perkara-perkara itulah yang saya rindukan kini. separuh nyawa menelaah setiap kali musim peperiksaan. jenuh juga melarikan diri dari supervisor ketika dihambat dengan kesibukan. banyak juga sengih seposen dihadiahkan tatkala memberi alasan tesis yang progressnya begitu lambat. itulah yang saya rindu. ah hakikat manusia tidak pernah syukur dengan keadaan. saya percaya saya juga bakal rindukan kerja hectic yang sedang saya lakukan sekarang [jika saya quit satu hari nanti... jangan risau cik Sarah, lambat lagi perancangannya ;P]
oh. banyak pulak yang nak dibebelkan. tapi jam sudah 11.40 p.m. nanti terlajak pulak post ni jadi post pertama tahun 2010. ok seperti yang dijanjikan kepada cik Sarah, ini gambar special untuk tatapan anda dengan harapan sila la jeles ye dengan saya. tula jual mahal lagi tak datang umah aku. hehe. [tapi aku tau hang tak jeles kan..hihi]
half gallon Baskin Robbins : there's raspberry sherbet, cotton candy and caramel truffel in there.
nyum2.. pakai tudung dalam rumah semata-mata nak ambik gambar untuk jeleskan cik Sarah. kejadah kan i? haha!
ok. selamat malam kawan-kawan. wish jugakla selamat tahun baru 2010. berpada-padalah meraikannya. enuff said. that's all. :)
p/s: harga gula naik 20sen lepas jam 12tgh malam nanti. ini lah yang mereka gembira sangat rayakan tahun baru ni. nak cover duit belanja buat konsert dan main bunga api di malam new year. bila malaysia nak berubah?