semenjak dua menjak ni, saya dibayangi dengan masa hadapan.
oh bukanlah "masa hadapan" yang hangat diperkatakan sekarang ya.
itu tak perlu jadi bayang-bayang pun..hehe..
apa yang saya maksudkan adalah..tentang pilihan yang saya lakukan..
bagaimana keadaan diri saya di masa yang terkedepan itu..
apakah saya akan sempat mengecapi lingkungan waktu itu..
bahagiakah? atau sebaliknya?
saya terfikir tentang seseorang..
yang sedang bahagia menikmati kelazatan hidayah yang ditakdirkan buatnya..
sedang saya masih mencari-cari,
adakalanya saya nampak jalan yang harus saya lalui..adakalanya kabur..
merubah diri dari satu keadaan lazim yang telah dibentuk sejak 23 tahun lalu,
sungguh sukar menukar coraknya kini.
warna-warna hitam yang perlu dikikis, dan perlu pula dilapisi dengan warna putih,
sebelum diubah corak kepada yang lebih baik, lebih menarik dan lebih warna-warni.
sungguh saya cemburu, sedang suatu ketika dulu saya hampir berada di jalan itu,
pernah saya cerita betapa dulu saya pernah minta untuk jadi seorang hafizah?
oh saya tidaklah menyesal kerana kehidupan yang telah saya jalani.
kerana saya masih baik-baik saja. sekadar baik-baik saja, tapi tidak mencukupi.
cuma saya terkilan, usia yang meningkat kini menyukarkan impian-impian saya untuk dilaksanakan. dengan kemampuan ingatan yang semakin berkurangan daripada dulu,
fizikal badan yang kerap minta direhatkan,
belum lagi perlu berdepan dengan pelbagai pandangan manusia.
ya, kita memang tidak patut pedulikan pandangan manusia,
tapi sedikit sebanyak kita sebagai manusia memang akan rasa peduli kan?
tentang bagaimana kita di mata orang lain..hmm..
sungguh saya ingin, berpagi-pagi, berjemaah di masjid,
mengkaji kitab Allah, menghafalnya,
bangun berqiamullail di malam hari, mendalami ilmu agama,
bersahabat dengan para muallim,
berdakwah dan pelbagai lagi. kerana saya percaya semua itu ubatnya jiwa.
bukankah fitrah manusia itu mencari ketenangan jiwanya. mencari bahagia.
tapi too bad, iman manusia ada turun naiknya, atleast mine is, kadang saya rajin, bila mula bermalasan sukar untuk ke tahap rajin semula. *sigh*
dan tolonggg...saya sangat ingin kembali ke rumah Allah.
kenapa saya masih belum dijemput?
kenapa kekangan-kekangan ini masih beum luput?
bila belajar ada kekangan wang, bila bekerja ada kekangan masa. aduhh..
saya kerap merungut dan ia sangat menjengkelkan kan?
tapi itulah rasa hati saya, yang saat ini sedang kering dan gersang.
saya terlalu ingin, lebih ingin dari wanita mengandung yang mengidam.
kerana keinginan saya ini bukan setakat 9 bulan sahaja,
bahkan sejak kecil saya sudah mahukannya.
jika kebanyakan orang berfikir saat paling sesuai untuk rajin beribadah adalah setelah bersara,
apakah saya akan sempat bersara sebelum dijemput ke tempat persaraan yang abadi?
jika sempat pun, apakah yang akan terjadi pada saya sebelum sampai tempoh persaraan itu?
mungkinkah saya masih akan impikan apa yang saya impikan sekarang?
kawan-kawan, doakan saya! tunjukkan saya jalan! (T.T)
-jiwa yang gersang-
p/s: terlalu ingin ke luar dari Malaysia! terlalu ingin keluar dari kebiasaan! terlalu ingin..terlalu ingin..ahh
No comments:
Post a Comment