Friday, 28 October 2011

bella luna



Someone post this in FB.
I dont quite get the story behind this song.
But the melody is just beautiful. :)

Tuesday, 25 October 2011

say alhamdulillah!

Assalamualaikum..

alhamdulillah, hari ini masih bernafas di bumi Allah ini.
jom check sikit bila last entry?
12 Oct.. ok hampir 2 minggu..
bila sibuk, cepat je masa tu berlalu kan..
sejak akhir2 ni aku diburu oleh deadline yg begitu banyak.
projek kat ofis. dan juga assignment master.
sampaikan bersembang dengan cik Sarah pun melalui chatting sahaja. padahal duduk satu rumah.
dan sejak aku dah diberi kepercayaan untuk handle projek kat office, team leader aku gemar bagi aku projek untuk UK team. which means, akan ada beberapa hari yang aku kena kerja during UK hours.
first project aku tak masuk office seminggu, sebab malamnya bekerja. i like it, sebab siang aku ada masa untuk buat assignment kelas. cuma nya, aku akan jadi terlalu penat, sebab my mind is occupied all the time. sampai kan aku susah nak tidur sebab before tidur otak aku masih berfikir lagi.

kemuncaknya adalah minggu lepas, bila aku demam, dan aku rasa berat nak bawak badan, segenap inci badan terasa sengal2 dan macam dicucuk2. hoho. jgn pikir yg bukan2. lalu, solusi nya adalah, pergi berurut! aku request kat mama untuk pergi berurut sebab badan dah rasa tak sedap. duduk rasa tak kena, berjalan pun rasa tak kena. dan memang aku 'kena' dgn agak hebat la dengan makcik urut tu. rasa macam nak nangis je, tapi tahan dan istighfar banyak2. so scary (tapi sedap!) sampai aku boleh dengar urat aku bunyi keletak keletuk. makcik tu pun macam terkejut, siap tanya, "adik ni kerja apa?". =_=" sy kerja angkat batu makcik. hakhak. of cos la aku tak jawab macam tu, aku cuma mampu gelak2 je (dalam kesakitan..hehe). alhamdulillah, dengan bantuan makcik tu, dan dengan kehendak Allah juga, aku sihat seperti sedia kala. dah tak rasa macam nenek bongkok tiga. hehe. tapi sekarang aku duk sakit gigi bongsu nak tumbuh! tsk. takpe2 sakit itu kaffarah dosa. semoga sakit ni menghapuskan dosa2 aku yang banyak tu.

oh ya, walaupun aku agak sibuk, aku bersyukur kerana Allah sentiasa cukupkan masa aku. ya, memang kadang2 kita rasa 24 jam tu tak cukup, tapi sikit nasihat aku nak bagi, cukupkan masa kita untuk Allah, nescaya Allah akan cukupkan masa kita. aku kadang2 rasa nak lewatkan solat sebab nak buat kerja dulu, tapi aku selalu ingatkan diri sendiri, "cukupkan masa untuk Allah, nanti Allah cukupkan masa untuk kau". alhamdulillah! semua projek dan assignment dapat di deliver on time. ada sekali aku karang email untuk lecturer sebab nak mintak permission hantar assignment lambat, tp in the end email tu tak pernah dihantar.





so peeps, make Allah as your main priority! you'll be amazed at how He will make your life ease afterwards.

till then, selamat bercuti semua!

Wednesday, 12 October 2011

Wordless Wednesday


somehow I hope this is true, though I think usually its the other way around

p/s: mungkin hari ni takde kerja lagi. :)

Tuesday, 11 October 2011

Wordless pre-Wednesday


because i'm bored and have nothing to do

wrong number!

Assalamualaikum..

korang pernah hadapi situasi ni?

ada orang salah no, terdail no korang, pastu bila dah sedar salah no tu, orang tu masih contact2 dan konon nya nak berkenalan lah.

so pernah tak?

ok, sepanjang hidup aku, aku pernah la alami benda ni, ada la dalam 2-3 kali. tapi aneh betul, bila salah2 no ni mesti yg salah no nye lelaki, ataupun mungkin ada jugak terjadi dengan perempuan, tapi apa barang beb perempuan nak berkenalan dengan perempuan kat telefon ni kan.

haha. pengalaman aku yg 2-3 kali tu memang tak berhasil la kan.. zaman aku muda-mudi (eh sekarang muda jugak), aku rasa aku memang expert buat satu conversation tu jadi bosan, and I intentionally did that! yelah, this is real life man! dalam novel boleh la kau nak berkenalan2 then jatuh cinta bagai sampai kahwin dapat anak semua. hoho. in real life, things don't work that way. especially zaman sekarang yang banyak scam, jenayah etc. seriau du-uh!

ok2 aku dah nak masuk cerita punca aku cerita pasal mende ni.

punca nya, sebulan yang lepas (omaigod! aku tak percaya aku akan hadapi lagi benda ni), aku mesej la kawan aku, without knowing yang dia ni dah tukar no fon.

"Weh F***, ko jadi tak nak pegi blablabla..."

pastu lama tak reply aku pun pi la tanya kawan2 aku no baru kawan aku ni. ok fine, memang dia da tukar no fon. ok aku ingat kisah ni dah abes la kat sini.

tup tup.. 2-3 hari lepas tu ada call masuk dari no lama kawan aku ni..
aku pun main angkat je la, dengan niat nak bagitau aku tersalah no. tapi aku angkat takde suara orang pun. aku je sorang yang macam pandai cakap sorang2, "Hello.. Hello.. Hello???"
dah camtu aku pun apa lagi, hang up la kan.

tup tup 2-3 minit lepas tu orang tu mesej, "Ni siapa ye?"
aduhai lemah betol la, aku pun cerita la kedudukannya, pasal aku salah no sume, ok setel kat situ.

then few weeks later, aku tatau la apa lagi dia ni nak, dia miscall aku tengah2 malam, pukul 12 tepat hokeyy. walaupun aku tak tido lagi, memang kejadah kalau aku layan dia ni. mende ni berlarutan untuk beberapa malam. dan sampai ke sudah aku tak layan. kehkehkeh.

until................semalam! aku tengah kelas, dia mesej, "Nk tny ckit bleh x?"
ok, thats another reason why aku malas layan dia.. sebab mesej dia macam kanak2 sekolah. cuba eja elok2 sikit. huhu.

tapi sebab dia ni nampak macam tak putus asa, semalam aku rasa macam, ahh why not give it a try? and kata2 membe aku masa reU sekolah dulu pun terngiang2 kat telinga aku, "kita ni jgn selalu tolak jodoh, takut nanti jodoh tu tak dtg dah". haha. jauh kan aku fikir? tp betul kan, who knows if Allah dah tetapkan jodoh aku nak datang dengan cara ni.

ok sambung balik.. then dia ni pun tanya la nama aku and aku tinggal kat mana.. aku jawab paling simple, "Nama sy A*** (bukan nama sebenar), tinggal kat KL (KL tu luas yaw!)" :P

and then aku tanya dia "Awak umo berapa?"

dia jawab "Umo sy 20 thn", huh bosan betul, budak2 lagi.. haha!

aku pun terus reply, "oh saya umo 24", dia tak tanya pun,aku saje nak bagitau sebab aku excited sgt nak tau apa reaction budak tu.

and reply yang aku tunggu2 pun tiba, "oh takpe la macam tu eh, maaf ya"

-_-"

hohh? kenapalah budak ni buat aku rasa tua sangat??

(oke skg aku rasa nak tampar diri sendiri, korang jgn gelakkan aku pls? :P)

ok ok gelak la, aku memang sengaja nak hiburkan korang pun, kalau tak takkan aku cerita kat sini kan.. heheh..

so conclusion yang aku dapat semalam, don't open the "door" to strangers. :P

and jgn main text msg dalam kelas, you'll regret it! :P sib baik aku sempat catch up jugak dalam kelas tu. tehee~





don't you know, things don't work like that anymore?

Monday, 10 October 2011

post-reading symptom

Assalamualaikum..

Penat dah kan dgr aku membebel pasal dah lama tak update blog?
Aku pun penat. So biar je la masa yg menentukan bila momentum aku akan kembali. keh3.

Okeh. Sebenarnya aku sedang mengalami simptom novel post-reading.. haha suka hati je kan aku kasi nama.
berikut adalah simptom post-reading yg aku alami:

1. aku membayangkan alangkah indah kalau hidup aku macam dalam novel. (tapi aku sedar, aku kena bersyukur dengan apa yang aku ada)
2. aku tak boleh tidur malam, sebab segala apa yang aku baca akan terbayang2 kat fikiran aku. especially part-part yang best.
3. aku akan rasa one kind of loneliness, like semua excitement yg aku dapat masa membaca tu dah hilang. kadang2 aku harap novel yg aku baca tu takkan ada penghujung. pernah dengar, The Neverending Story? hmm.
4. kalau ending yg aku baca tu macam takde penyelesaian, aku akan rasa menyesal yg tak sudah sbb baca cerita macam tu. that's why i prefer to read the ending first, then baru beli. aku tau, tak best kan revealing the best part of a novel, which is the ending. tp lagi tak best kalau buku tu dah seronok2 tapi ending nye hampeh.
5. menulis blog ni adalah salah satu simptom nya. sebab aku rasa ada sesuatu yang aku nak luahkan. tapi aku masih tak dapat luahkannya dengan tepat, or aku tak boleh luahkan benda yang sebenar, sebab ia adalah salah satu rahsia terbesar aku.

apa yang aku bebel ni? terima je lah ye. untuk orang yg dah tepu nak menulis, this is better than nothing.



sometimes i feel like i'm ready, but i don't know how to say i'm ready, in a way that people don't take it as its just another joke i made.