Assalamualaikum.
Alhamdulillah 9 Zulhijjah telah pun berlalu.
Semoga segala ibadah yg kita kerjakan sebelum, semasa dan selepas tarikh tersebut diterima Allah.
Ada rakan2 aku yang bekerja masa raya tu, semoga pengorbanan kalian dibalas dengan ganjaran oleh Allah S.W.T
Untuk Hari Raya ni, aku mula bercuti sejak hari Khamis lagi. Bukan nak beraya sakan pun, tapi sekadar nak merehatkan diri setelah melalui 3 bulan probation tanpa cuti. (dapat je cuti masa Raya dulu tapi tu unpaid leave, ni annual leave lain perasaannya, hehe)
Lagipun sebenarnya hari Khamis tu,ada hari graduasi adik aku nan seorang tu. Yeah, dia baru Form 5 tapi sistem MRSM memang ada graduasi untuk pelajar Form 3 dan Form 5. Graduasi tandanya pelajar2 ni dah penuhi segala silibus pembelajaran MARA termasuk kegiatan kokurikulum dll. Aku dapat tahu dari adik aku, ada 7 orang budak batch dia yang tak dapat grad, sebab pointer bawah 2.0. Sedihkan bilamana kau duk baring2 di dorm, kawan2 kau bergembira pakai jubah terima sijil. Tak apalah, SPM masih ada untuk kalian buktikan bahawa kalian juga mampu berjaya.
Itu adalah satu perkara yang aku tak setuju tentang sistem ni. Pelajar2 di "rank" mengikut pencapaian mereka. Seawal usia mereka, mereka sudah dikumpulkan mengikut kelas masing2, kelas pertama, kelas kedua (atas), kelas kedua(bawah) dll. Mujur zaman aku dulu takda kelas2 ni, sebab aku rasa kelas2 ni akan buat aku jadi demotivated. Lagipun kelas2 ni tak menentukan siapa kau di masa akan datang.Aku ada je kawan2 yang masa SPM result nya tak seberapa, tapi rezeki dia di alam pekerjaan melimpah ruah. Ada jugak yang sebaliknya, belajar hingga ke peringkat PhD tapi sampai sekarang tak bekerja.
Ok enough about that.
Aku sebenarnya nak cerita pasal graduasi tu. Setiap "graduan" boleh bawa 2 orang je masuk dewan. Of course la untuk adik aku, mama & papa aku yang akan masuk. Aku boleh tengok dari luar je kat screen besar yang dipasang. Tapi sepanjang majlis tu berlangsung, entah kenapa aku rasa sebak. Aku rindu zaman sekolah, aku teringat zaman aku berada di atas pentas tu. Masa tu, ibu bapa yang datang semuanya datang dengan rasa bangga, tak kisah la anak mereka yang pertama atau yang terakhir. Bagi mereka, graduasi itu tandanya berjaya. Dan pelajar2 itu semua gembira, ada keluarga yang tersayang, bersama sahabat2 yang sentiasa ada ketika tawa dan duka. Sahabat2 yg bukan di dunia sahaja sahabat, malah insyaAllah di akhirat juga.
Ah zaman2 innocent itu! Tiada siapa pun yang khabarkan bahawa alam selepas persekolahan itu lebih mencabar. Tiada siapa pun yang ceritakan bahawa alam pekerjaan itu lebih rumit. aku tengok adik aku dengan kawan2 dia, gembira betul! kalaulah aku boleh nasihatkan dia tentang bagaimana di masa hadapan itu, dunia akan datang mengejar dia, dan zon selesa dan selamat itu bagaikan sudah tidak wujud, mampukah dia memahaminya?
haha. sejak bila aku jadi kakak yang prihatin aku pun tak tahu. ok. ya, aku bimbang nak lepaskan adik aku ke luar sana. sebab aku lihat cita2 dia yg menggunung tu, tak sampai hati nak cakap yg realiti tu bukan semudah yg disangka. bukanlah aku nak mematahkan semangat dia, cuma aku nak dia faham realiti nya bagaimana.
untuk adik aku(aku tau dia tak baca blog aku), untuk keluarga aku, untuk kamu dan untuk aku sendiri, aku cuma boleh berdoa agar Allah meletakkan dunia itu di tapak tangan kita, tapi biarlah akhirat yang bertakhta di hati kita. insyaAllah.
panjang pulak entri kali ni kan. no wordless wednesday for me. hehe.
reciting Azan before we left home for umrah last March
aku dan budak kecik yang dah tak berapa kecik
p/s: Good luck for your SPM lil kiddo!
I never approve u and that girl, but since I can't do anything bout it I just hope u know the limit and boundaries between both of you.
No comments:
Post a Comment