..hari ini aku berdepan dengan situasi yang memerlukan aku membuat pilihan..
..yang mana setiap pilihan perlu aku korbankan sesuatu..
..bukan mudah membuat pilihan..
..bukan mudah menyenangkan hati semua pihak..
..lantaran satu hari ini hati ku tidak senang..
..maka hidup terasa sangat tertekan..
..tak mampu berbuat apa..
..melainkan berbaring dan memaksa diri untuk tidur..
..cuba melupakan apa yang terjadi..
..cuba menutup rasa bersalah diri..
..namun setiap kali mata tercelik..
..aku masih memikirkan perkara yang sama..
..lantas tangan segera mendail nombor telefon papa..
..sebaik mendengar suara papa..
..terasa seperti mendapat suatu ilham..
..terus aku membuat keputusan tanpa berfikir panjang..
..dan aku tidak kira apa yang akan terjadi selepas itu..
..ternyata selepas bertindak mengikut kata putus tadi..
..lepas sudah segala beban..
..hati ini terasa ringan..
..dan hidup aku berjalan lancar..
..aku dah mampu tersenyum semula..
..dan aku yakin aku masih punya harapan untuk memperbaiki keadaan..
..meskipun ianya tidak akan berlaku esok serta merta..
..seperti yang ku harapkan..
p/s: ibubapa..suara mereka sahaja sudah menjadi penyelesai masalah.. =)
aku sedang dalam mood belajar.. berharap usahaku membuahkan kejayaan sebagai hadiah buat dua orang insan yang sentiasa menyayangiku tanpa syarat..