Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah, kelas masterku dah bermula semalam.
mula dengan subjek mathematics & statistics in bioinformatics.
terkenang pulak zaman2 belajar maths dgn encik faizal
lecturer kali ni adalah seorang cina, tapi pandai gak dia buat lawak. hehe.
1st day class dah ada tutorial, and belajar satu software baru untuk statistics.
software R. macam best, tak sabar mau explore lagi.
good enough for 1st impression right?
petang ni ada kelas lagi. kelas entrepreneurship.
hopefully kelas ni pun oke macam semalam.
dan kerana terlebih excited, software R tu dah siap2 dicopy ke pendrive.
tapi.......tertinggal pulak pendrive tu kat class. adeihh.
pendrive penting yg ada segala macam hal ofis dalam tu. huhu.
ni lah jadinya bila dah lama tak pakai pc yang cpu nya duk kat kaki, so bila balik tak check la pendrive yg masih terlekat kat cpu tu. mujurlah ada cik ain kita kerja kat sana. pagi ni beliau telah menyelamatkan pendrive ku.
oke ain nanti boleh claim 2 hengget tu. :P
sebenornya... den ni tengah lapar. apa ke halnya la, sekarang ni duk lapar manjang.
nak kata tak baca bismillah baca. hurm. mungkin sebab sekarang ni lebih byk berfikir kut, so tenaga pakai lebih. haha. yo yo la tu awanis, baru 1st class semalam dah ckp byk berfikir. hehe. pastu teringat lak kat apple pie yg ku buat kelmarin masa new year. jom aku nak share resipi sket.
tapi resipi ni takde sukatan, aku tgk a few video kat youtube cara nak buat nya, pastu sukati je bedal dia punya sukatan. sebab sukatan omputih ni susah sket, dia pakai ounce la apa la malas aku nk convert2.
so untuk resipi apple pie kali ni (oh ai sangat2 heart pie2 ni uols!)
bahan2 yg diperlukan adalah:
of course la apple, aku buat 10 bijik apple, dapat la 12 ketul pie nye, kalau boleh apple tu bukan yg jenis crunchy, guna yg jenis lembut tu, haha. tatau nak explain camne. faham2 lah ek.
pastu ni cinnamon powder. leh dapat kat kedai bakery RM2 je. beli yang kecik je cukup, cinnamon tu utk flavor je.
gula perang, kalau nak gula biasa pun boleh, tapi kalau nak kesihatan sket guna gula perang lah. garam pun pakai gak, tapi sikit je tau.
pastry yang dah siap, aku beli kat giant, tatau mana lagi boleh dapat, ni kes malas nak uli doh.
ok then cara2 nak membuatnya, first kita sediakan filling pie tu lah kan.
mula-mula potong dadu buah apple tu, pastu taburkan gula dan garam secukup rasa, garam tu secubit dua je, gula tu pun 2-3 sudu besar je cukup, bajet2 lah ek, kalau manis sgt tak sedap.
pastu campur pulak cinnamon powder tadi. tu pun lebih kurang satu setengah sudu besar camtu. tapi ikut orang la, ada yang suka rasa kayu manis tu bubuh la lebih2. aku tak suka sgt kalau byk2. so, dah siaplah kita punya filling.
then pastry tadi kita letak la kat dalam aluminium cup macam atas ni. satu untuk base, satu untuk tutup atas dia. sorry ni takde gambar sbb tangan tengah kotor. so basically camni lah, letak pastry untuk base dlm aluminium cup tu, then letak filling, then tutup dengan sekeping lagi pastry. pastu potong lebihan pastry, cantumkan base pastry dan pastry atas. pastu kelepet la macam karipap seperti gambar di atas. dah siap!
eh belum siap lagi daaa... proses nak bakar pulak. before bakar lorek sikit atas pie tu supaya filling kat dalam tu masak. then sapukan kuning telur atas pie tu supaya bila dah masak nanti warna dia cantik kuning2 gitu. hehe.
last sekali kita bakar pada suhu 150-200 darjah Celcius selama lebih kurang 50 minit - 1 jam. tengok la sekali sekala takut hangit pulak kan. sebab aku ada pengalaman guna a beberapa jenis oven, ada yg kejap je bakar dah hangit. so ikutlah jenis oven tu camne k.
yeah, inilah hasilnya! apple pie sedia dihidang untuk santapan seisi keluarga. hehehe. ni aku buat 1 Jan 2011 aritu, ada small family gathering, celebrate birthday Along aku skali. best betul asal birthday dia je semua orang cuti. cheit~ hehe. takpelah, janji apple pie ku mendapat sambutan yang menggalakkan. kut tak, sapa lak mau habiskan 12 bijik pie ni. (abg ipar ku kata aku punya apple pie kalah apple pie McD! huhu. kembang jap. jap je lah. hihi)
ok lah, cukup2 la aku melayan kelaparan ku ni. satgi mau pegi cari makanan. so, selamat mencuba semua! kita jumpa lagi dalam rancangan masak-memasak pada bila-bila masa yang aku rajin nak masak lagi. hakhak.
p/s: bau apple pie baru lepas masak memang masyukkk..makan panas2 fuh sungguh sinful rasa dia! :P
7 comments:
R, is an open source software, instead of SPSS, which is the commercial one? Am I rite?
sedapnya awanis..(^__^) bestnye.. leh try nnt:) awanis, seronoknye awanis boleh resharpen your bioinformatics knowledge! gudjob dear
alia: yup, R is something like SPSS. but never tried SPSS, so dunno which one is commercial. tp since ak dgr hg duk tak berkenan dgn SPSS, ak rasa R ni better kut. haha. sbb syntax dia mcm senang, and cepat je boleh generate graf, siap boleh compare few graphs compute jadi one graph je. hehe try la, boleh dload free je. ;D
basyee: boleh la cuba2 nanti ek, hehe. best2. jom la smbg master! skg ni batch yg baru masuk ada junior, senior, super senior kita kak mas pun ada. hehe. ;)
I think R is better since we can generate what ever we want using simple command isntead SPSS which have limited functiond because it is rely on GUI. Never tried R, but will use it in the future if necessary.
pie apple tue nampak sgt menarek..congratz awanis dpt smbung master~
alia: R is like programming, just enter certain codes and we'll get all we want. not sure about SPSS, but as far as what I've seen SPSS is more like Excel, correct me if I'm wrong. hehe.
syaz: hehe. tQ2! lebih menarik kalau syaz leh cuba. senang je nih. hehe.
p/s: skg byk tgk citer masterchef US la.. topchef la..tu yg tetibe je dtg idea apple pie..nanti2 tatau la idea pe plak datang. hehe.
wow..sedapnye tgk..mudah je nmpk..
Post a Comment