rasa nak berkongsi hari ini
hari ini pagi aku dirosakkan dengan satu kejadian
kerapkali aku ingatkan diri aku
cuba lihat sudut lain dari kejadian itu
pagi tadi, aku bangun lebih awal dari biasa.
malam tadi sebelum tidur aku cakap kat diri aku
"Ok Awanis, esok bunyi alarm terus bangun!"
dan pagi tadi dengar azan subuh je, aku duduk kejap,
lepas tu sambung tdo 5 minit,
pastu terus bangun siap tampar2 muka nak bagi segar.
hasilnya aku siap lebih awal,
7.05 dah siap ada depan TV tunggu orang lain bersiap.
7.15 dah turun panaskan enjin, selalu tu 7.25
tapi orang selalu cakap kan,
kalau kita buat benda2 yg lain dari selalu,
adalah sesuatu yang akan terjadi.
ya, pagi tadi aku accident.
kemalangan kecil saja,
tapi kesannya aku taktau berapa lama akan bertahan.
aku taknak percaya benda2 yang pelik tu.
bagi aku niat aku hari ini aku nak bangun awal.
sebab sekarang attendace aku agak teruk.
bulan ni dah 2 kali aku lewat.
dan accident hari ni, mungkin dah tertulis dalam suratan takdir aku,
aku akan accident pukul sekian2.
jadi jangan lah percaya benda yang pelik2.
sebab tak pelik pun aku keluar awal, dulu awal jugak, lately je lambat sket.
dulu kan ada satu kes,
satu family ni patah balik setelah memulakan perjalanan,
orang dulu2 kata tak baik patah balik,
nanti sesuatu yg tak baik akan terjadi.
tup tup family ni accident,
dah orang pun mengiyakan lah cakap orang dulu2 tu.
bagi aku tak salah diorang nak patah balik,
tapi mungkin sebab dah tertulis nyawa diorang akan ditarik masa tu.
orang pun duk kaitkan lah kejadian ni dengan kata2 orang dulu.
kan Tuhan dah kata soal mati ni memang dah tertulis sejak kita lahir,
dan ia takkan cepat atau lewat walau sesaat.
kalau pun diorang tak patah balik,
mungkin nyawa diorang akan ditarik di tempat lain,
mungkin bukan kemalangan, mungkin dengan cara yang lain pula,
tapi nyawa tetap ditarik
jadi berbalik kepada kisah aku tadi,
ya, aku cuba lihat kejadian hari ini dari pelbagai sudut.
aku rasa Tuhan sedang memperingatkan aku
bahawa hidup ini bukan tentang yang gembira2 aja.
hidup ini juga tentang mati
tentang persediaan menghadapinya
dan aku rasa aku dah lama tak mengingati mati
oh aku selalu ingat mati, bila lihat kejadian2 orang yang mati mengejut
tadi sekadar ingat sahaja, berubahnya tidak,
mungkin Tuhan mahu aku "rasa" sedikit, supaya aku cepat tersedar.
dalam aku gigil2 lepas kejadian tadi,
aku panjatkan syukur sebab kereta hanya calar,
aku duk membayangkan banyak perkara2 "what if" yg akan berlaku
"what if" aku brek sebelum kereta yang langgar aku tu masuk lane aku,
mungkin kereta akan lebih kemek kat sisi,
dan mungkin yang akan kena hentam adalah tempat pemandu! nauzubillah!
"what if" aku masuk lane kanan awal2,
sebab selalunya aku memang masuk lane kanan terus,
mungkin akan berlaku penghentaman antara 2 kereta yang lebih teruk.
byk lagi la perkara2 "what if" yang bermain kat kepala aku tadi
aku bersyukur sebab perkara2 tu tak terjadi
kalau tak mungkin aku tak masuk kerja hari ni
dan mungkin tak dapat share dgn korang cerita ni
aku harap lepas ni aku berubah
cara pemanduan, dan berubah benda2 lain juga,
tak perlulah aku nyatakan apa benda2 lain tu.
yang penting semuanya ke arah yang lebih baik.
walaupun aku agak marah dengan kereta tadi, tapi sabar je lah.
sebab aku pun tak dapat nak trace kereta tu.
aku fikir byk2 pun bukan dapat apa.
yang pastinya nilai peringatan yang aku dapat lebih besar,
tak patut aku nak marah2.
call Papa, aku expect akan kena marah.
tapi alhamdulillah Papa cuma cakap,"takpelah yang penting kamu selamat"
ok, tu dah cukup buat aku. rasa disayangi.
yang penting, disayangi Tuhan! ^__^
p/s: aku harus belajar tekan hon.
p/s lagi: "what if" perkara ni tak terjadi, makin kurang lah aku ingat mati,
"what if" perkara ni tak terjadi, takde lah tulisan aku kat sini hari ni. lama tak menulis kan? :)
5 comments:
Alhamdulillah awanis..take care ye lepas nie..
awanis.. memule terkejut baca status kat FB. Rasa dah lain tapi mcm husnu zon.. tapi alhamdulillah hanya kete tercalar sedikit. Takpe2.. gaji da masuk leh terut cat kete.
awanis...
please be careful k..alhamdulillah ko tak de apa2..tp msti rs berdebar2 kn..aku plk yg rs gigil nk pegang stereng..aku ni bwk kete seminggu sekali..so dgr cter ko buat aku rs gigil gak la..take care ye...
awanis, terkejut kite baca kmu accident. how's everything? r u alright?.huhu. take care dear...
syaz: thanks syaz! take care too k. :)
basyi: tu lah, baru je nk mengumpul semula setelah bajet agk semput lepas balik dari korea. nmpknya kene setel hal keta dulu la kut. harap2 incik ayah boleh bagi subsidi sket. hehe. basyi pun hati2 tau drive keta. :)
jiha: hari ni pun ak berdebar2 lagi bwk keta. ada keta nk rapat sket je ak brek. ko pun hati2 tau. kdg2 kita nmpk org, tapi org tak nmpk kita. smlm ak nmpk dah keta tu laju kuar simpang. ak bajet dia nampak aku n akan brek, silap tekaan ak rupenye. take care ok! ^_^
sarah: yeah alhamdulillah i'm alrite. kereta je tak orait sket. sedih je tgk keta calar n sedikit retak. tak puas hati tak dpt trace balik keta yg langgar tu.atleast klu dpt gtau dia jgn kuar simpang suka2 hati pun dah lega dah. heh pjg plak bebel. u too, take care ok! :)
Post a Comment