Friday, 7 January 2011

new biz


Assalamualaikum w.b.t

Hari ni aku terpanggil untuk share sesuatu dengan korang.
Tak ramai yang tahu, sejak mak aku bersara,
mak aku dah berkecimpung dalam dunia perniagaan.
Biarpun baru beberapa bulan bermula,
Alhamdulillah hasilnya dah mula nampak.
Sebenarnya aku berminat jugak nak buat apa yang mak aku buat ni.
Tapi memandangkan aku punya income pun tak berapa memberangsangkan lagi, dan tahun ni nak kena mula ikat perut sikit, sebab nak bayar yuran master lagi campur hutang ptptn etc etc, jadi hasrat aku tersekat sikit kat situ, cuma insyaAllah akan mula secara kecil-kecilan dulu.
So hari ni aku nak share lah perniagaan mak aku ni.
Korang nak tau perniagaan apa tak? hehe.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


PERNIAGAAN EMAS!!


yup! mak aku sekarang ni dah jadi dealer Public Gold.
Korang boleh check website Public Gold tu kat sini, http://www.publicgold.com.my
sebenarnya aku dah lama dah nak share pasal perniagaan emas ni,
tapi masa tak begitu mengizinkan,
dan hari ni kenapa aku berkobar2 nak cerita?
sebab hari ni harga emas jatuh berdebuk-debuk!
dari semalam aku check duk jatuh lagi.
sampai aku excited sangat siap call ayah aku pagi2 tadi tanya dah beli emas belum. hehe.
yelah, sejak 2-3 minggu ayah aku nak beli tapi asek naik je,
tapi bila dah turun, jangan lepaskan peluang!

kenapa perniagaan emas ni bagus? sebab emas adalah logam yang paling berharga, dan nilai dia takkan susut, insyaAllah sampai bila2. hari ni mungkin korang tengok harga dia jatuh sikit, tapi kalau ikut purata tahunan, harga emas adalah sentiasa meningkat. tak percaya cuba beli sekarang, simpan setahun, hujung tahun satgi tengok berapa nilai dia. beli,pastu duduk diam pun dapat untung juga. kalau pandai buat jual beli,lagi untung.tapi kalau dah untung tu,jangan lupa bayar zakat emas haa :P

Dan kat sini jugak aku nak promote la blog mak aku, aku yang jaga blog ni sebenarnya, baru lagi, so tak banyak entri lagi. InsyaAllah blog ni akan diselenggara dengan lebih baik tahun ini. Kalau korang nak follow boleh la klik la kat sini --> http://g4gold.blogspot.com

Nak tahu lebih lanjut, boleh contact mak ayah aku,ada contact no diorang kat dalam blog tu. Kut kalau kawan2 korang, takpun mak ayah korang ada nak beli emas buat simpanan masa depan ke, boleh la sembang2 dengan mak ayah aku.Nak tanya aku boleh, tapi aku ni budak baru belajar jugak. hehe.

Ok lah setakat tu dulu k, but make sure u grab it while u can ok! ^_^




Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)~ Hadis riwayat Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal


p/s: untuk bakal-bakal pengantin, dinar emas boleh juga digunakan sebagai mas kahwin. boleh la buat simpanan hari tua nanti. better dari simpan duit kat ASB tau. ^_^

p/s: dah tiba masa kita mula gunakan matawang Islam semula. sebab matawang US adalah punca ekonomi kita dikawal mereka. even Tun Dr Mahathir pun refer US Dollar as "toilet paper".

4 comments:

Basyirah Abd Rahman said...

awanisss! basyi nak guna duit mas kahwin beli dinar emas! thanks for the info. i'll discuss this with my hubby first!

Anita, Mummy Adzryl said...

oitt. angah yg tolong mama create the blog. now baru tau kamu yg sambung update. hehehe. bagus2. keep it up! lepas ni tolong promote biz yg satu lagi okeyyy. tengs! :p

ladygirl said...

basyeeee! hehe bgs2.investment masa depan. ok,discuss2 dulu ek. nanti apa2 hal nanti roger je la k. :)

angah: yo la, kamu creator, ai ni buat enhancement ngn maintenance, nak create tu malas. kalau enhance ni atleast bila ada masa boleh la amend2 mana yg patut. 1st step tu yg susah tu. seronok gak kan camni, korang bukak bisnes, abby jaga sistem. later on bila bisnes maju wa boleh mintak komisen. hehe.

SaMihaH said...

awanis, kita dah beli 1 dinar.. yup, untuk investment masa depan..

Alhamdulillah, thanx 4 d info.. kalu ada duit lebih lg nanti, nak beli lagi 1 dinar.. hee :)