Friday, 1 April 2011

Ilmu yg bermanfaat

Assalamualaikum.


Dalam kitab Bidayatul Hidayah, Al-Hujjatul Islam Al-Imam Al-Ghazali rohimahuLlahu Ta'ala menyatakan bahawa terdapat 6 ciri ilmu bermanfaat, ya'ni seperti berikut:


1)Ilmu itu menambahkan takut pada dirimu kepada ALLAH.

2)Ilmu itu menambah penglihatanmu akan keaiban dirimu.

3)Ilmu itu menambah makrifatmu dalam beribadah (keseronokan dalam beribadah)

4)Ilmu itu menambahkan kecintaanmu terhadap akhirat dan mengurangkan kecintaan kepada dunia.

5)Ilmu itu membukakan pintu hatimu untuk mengenali bermacam-macam penyakit amalmu sehingga engkau dapat menjauhinya.

6)Ilmu itu menambahkn penglihatanmu terhadap tipu helah syaitan dan penipuannya sehingga engkau arif dengan kehalusan tipu helahnya ketika dia menyesatkan ulama' su'.


sumber : http://ikhwanzhaki.blogspot.com/2010/04/nasihat-imam-al-ghazali-rt-bagaimana.html




note: semalam dgr kat IKIM.fm, rasa menarik utk dikongsikan dgn kawan2, buat peringatan di pagi Jumaat yg mulia ni. Di kala seluruh dunia sibuk mengenakan orang dengan jenaka2 "April Fool" mereka hari ini, apa kata kita "shift" kan perhatian itu kepada sesuatu yg lebih bermanfaat. InsyaAllah menjadi penambah "bekal" kita di SANA nanti. Selamat pagi Jumaat semua! :)

1 comment:

Merentas Horizon said...

oh, hari ni april fool.

haha! ok baru hilang dari kemamaian hidup! selamat pagi semua ^___^