Tuesday 25 October 2011

say alhamdulillah!

Assalamualaikum..

alhamdulillah, hari ini masih bernafas di bumi Allah ini.
jom check sikit bila last entry?
12 Oct.. ok hampir 2 minggu..
bila sibuk, cepat je masa tu berlalu kan..
sejak akhir2 ni aku diburu oleh deadline yg begitu banyak.
projek kat ofis. dan juga assignment master.
sampaikan bersembang dengan cik Sarah pun melalui chatting sahaja. padahal duduk satu rumah.
dan sejak aku dah diberi kepercayaan untuk handle projek kat office, team leader aku gemar bagi aku projek untuk UK team. which means, akan ada beberapa hari yang aku kena kerja during UK hours.
first project aku tak masuk office seminggu, sebab malamnya bekerja. i like it, sebab siang aku ada masa untuk buat assignment kelas. cuma nya, aku akan jadi terlalu penat, sebab my mind is occupied all the time. sampai kan aku susah nak tidur sebab before tidur otak aku masih berfikir lagi.

kemuncaknya adalah minggu lepas, bila aku demam, dan aku rasa berat nak bawak badan, segenap inci badan terasa sengal2 dan macam dicucuk2. hoho. jgn pikir yg bukan2. lalu, solusi nya adalah, pergi berurut! aku request kat mama untuk pergi berurut sebab badan dah rasa tak sedap. duduk rasa tak kena, berjalan pun rasa tak kena. dan memang aku 'kena' dgn agak hebat la dengan makcik urut tu. rasa macam nak nangis je, tapi tahan dan istighfar banyak2. so scary (tapi sedap!) sampai aku boleh dengar urat aku bunyi keletak keletuk. makcik tu pun macam terkejut, siap tanya, "adik ni kerja apa?". =_=" sy kerja angkat batu makcik. hakhak. of cos la aku tak jawab macam tu, aku cuma mampu gelak2 je (dalam kesakitan..hehe). alhamdulillah, dengan bantuan makcik tu, dan dengan kehendak Allah juga, aku sihat seperti sedia kala. dah tak rasa macam nenek bongkok tiga. hehe. tapi sekarang aku duk sakit gigi bongsu nak tumbuh! tsk. takpe2 sakit itu kaffarah dosa. semoga sakit ni menghapuskan dosa2 aku yang banyak tu.

oh ya, walaupun aku agak sibuk, aku bersyukur kerana Allah sentiasa cukupkan masa aku. ya, memang kadang2 kita rasa 24 jam tu tak cukup, tapi sikit nasihat aku nak bagi, cukupkan masa kita untuk Allah, nescaya Allah akan cukupkan masa kita. aku kadang2 rasa nak lewatkan solat sebab nak buat kerja dulu, tapi aku selalu ingatkan diri sendiri, "cukupkan masa untuk Allah, nanti Allah cukupkan masa untuk kau". alhamdulillah! semua projek dan assignment dapat di deliver on time. ada sekali aku karang email untuk lecturer sebab nak mintak permission hantar assignment lambat, tp in the end email tu tak pernah dihantar.





so peeps, make Allah as your main priority! you'll be amazed at how He will make your life ease afterwards.

till then, selamat bercuti semua!

6 comments:

JiHa said...

alhamdulillah..
satu pengisian masuk dlm kepala hr ni...tima kasih..hehe..=)

ladygirl said...

sama2 mama Haziq! :D

Basyirah Abd Rahman said...

awanis sudah pandai karang panjang2! I likee! haha.. mengurut memang sedaap kan? mmg bahagia betui. ekeke..
semoga Allah memudahkan urusan awanis. best tu keje UK hours. hak3. ane tahu pasni keje kat UK plak ? ;O)

ladygirl said...

Hehe.tulis pjg2 ni blaja dgn ibu2 sekalian la ni. Time2 rajin bole la tulis pjg2. Thanks basyi! Moga ada la peluang nk keje disana,tp msia ttp dihati. Kui3

SaMihaH said...

jeles nya awanis berjaya dlm career n study.. huuu.. saya ntah bila akan sambung blajar n keje masih terumbang ambing,, ~sigh~

jaga kesihatan, don't skip meal, take a nap [sunnah seblum zohor], jaga waktu solat ok.. [nasihat mcm mak2 kan..owh,sy mmg umi pun, hehee]

ladygirl said...

miha..kamu jeles dgn sy..sy pulak jeles dgn kamu sbb ada baby yg cumelss..maksudnya rezeki kte dtg dlm pelbagai bentuk..bersyukur dgn apa yg ada dan jgn putus asa! :D

thanks 4 the advise btw! bertuah btol ada ramai ummi2 yg boleh bg nasihat ni. ^_^