Tuesday, 18 September 2012

Clueless

Assalamualaikum.

Selalu rasa macam nak update blog.
Tapi tatau nak blog pasal apa.
OK tu je nak cakap. Hehe.



p/s: ok tak come back after 4 months macam ni? Haha. :P btw, saya sihat alhamdulillah :)

Sunday, 20 May 2012

Ouch!

Dear Pain,

Please go away. I really need to  use my brain right now.

Sincerely,

Me.


p/s: stress! -_-"

Tuesday, 24 April 2012

Growing Up

Assalamualaikum.


Ya Allah, nampak sangat dah lama tak bukak blogger.
Dah berubah dah cara nak post entry.


Hmm, aku tengah sedih.
Aku ni tak habis2 cerita sedih kan.
Sebenarnya adalah berita gembira, tapi entah kenapa aku rasa sedih pulak.
Dan setiap kali aku rasa sedih tu lah, aku rasa nak berhenti kerja.
Sebab aku macam tak boleh pikir benda lain.
Dan setiap kali tu lah, muncul satu post kat sini.
Bengong sikit hormon aku ni. Haha.
OK takpe lah tu.


Nak ceritanya.. dikala aku tengah bekerja hari ni, mak + ayah + adik aku tengah duduk semeja, menghadap dokumen2 yg begitu byk. Dokumen budak kecik ni nak apply masuk univ. Huhu. Aku agak budak lelaki umur 17thn ni masih boleh dianggap budak2, sebab semua benda mak ayah aku checkkan untuk dia.


Aku tak ingat pulak zaman aku dulu macam mana, tapi aku rasa mostly aku yang uruskan sendiri. Sekarang ni aku pulak yang stress tengok mereka ni duk gaduh pasal English grammar. Sebab nak masuk univ ni budak ni kena buat satu essay pasal perancangan career etc etc. Haha aku dengar pun aku nak tergelak. Tapi malas la kan aku nak campur. Orang kata, don't add oil to the fire!


Mak aku ada la jugak tanya2 aku macam mana nak buat ayat itu ini, tapi mama, anakmu ini sangatlah bizi dengan kerja, makanya otak ini sungguh tepu untuk mengeluarkan sepatah mahupun sebaris ayat. Benornya aku dah lama tak buat essay. Hari2 aku menulis emel kat orang UK takkan sama dengan ayat essay nak promote diri sendiri. hua3.


Erk. apasal ada anjing menyalak tengah2 malam ni? isk. oklah. aku rindu kat blog ni je sebenarnya. malam ni aku kena buat sesuatu untuk rawat hati yang sedih ini. kotor sangat dah kut hati aku ni. 


p/s: yeay! tak jadi training esok. esok aku ada misi ke rumah makcik urut. kaki sila lah cepat baik, dah nak kena masuk ofis dah ni. huhu. 


p/s: semalam kemas bilik, jumpa surat, greeting cards dari kawan2 masa sekolah dulu. haih tambah lagi rasa sedih. 


Mama, I'm sorry I grew up way too fast


Monday, 19 March 2012

my monday

sometimes i feel like no one gets me.
sometimes i feel even I don't get myself.
yesterday i was sad and depressed.
went to bed early at eight thirty.
forcing my eyes to shut at that "odd" hour.
i didn't took my dinner even though i was so hungry.

when i woke up this morning, the feelings is still there.
i knew my Monday is ruined already.
then came this car that makes my Monday even worse.
he's driving at 20 km/h on the right lane!
i dare not do anything coz he's a large-sized "kellyNG".
thou i feel useless, i don't want to die fighting with people on the road. dem u "kellyNG"!
(seriously, don't tell u guys are not racist at times)

hey..... i don't feel like working anymore.
just about i'm getting some trust here, i suddenly had the idea of quitting.

what happened to me actually?! *feelingbrokenallthewaydown*


"I feel like I'm gonna disappear"



Saturday, 17 March 2012

waiting for the call

Bismillah... Assalamualaikum!

How do you guys like my new layout?
Well, secara jujurnya memang lapang sangat tengok blog yg simple, putih dan luas ni.
takda lah sakit hati sangat owner nya tengok kan.
dah la blog berhabuk tak berupdate. haha.

actually i have nothing much to update.
just came back from majlis merisik for my cousin.
walla! my cuzzy gonna turn 30 this year, and his soon-to-be-wifey is a year younger than me.
but okey je kan sebenarnya. kalau dah jodoh dan berkenan go on je la kan.
tapi boleh tak nenek bakal wife dia ni tanya aku, "sekolah lagi ke ni?" err.. terima kasih nek! saya terasa muda pulak. haha.

hah! alkisahnya kenapa aku sibuk2 kat majlis merisik orang? dah mak aku ajak, aku ikut je la. walaupun kehadiran aku di situ tak menyumbang apa2 pun. just sumbang perut kosong mintak diisi. hihi. sedap ok bakal wife dia masak. ke sebab aku lapar? tapi kalau ikut anak tekak aku memang patut la dia dah boleh kawen.

dan tiba2 pulak angah aku and family nak ikut. ni dah jadi bukan kes merisik dah ni. mana ada orang merisik sampai 3 buah kereta? haha. layan je la labu. apa salahnya kenal2 bakal cousin kan?

ok lah. tahap kerajinan aku nak berblog pun dah sampai takat ni je. life pretty busy right now. ada rezeki yang datang tanpa disangka2. alhamdulillah. :) tapi rezeki tu dtg bukan bergolek macam tu je. kena kerja keras lagi. doakan saya k!

p/s: dah setahun dah since pergi umrah dulu. sekarang hari2 dgr lagu Waiting for The Call by Irfan Makki. rindu lah!

"O Allah! I am waiting for the call
praying for the day when I can be near the Kabah wall"

Tuesday, 21 February 2012

you guys are awesome!!

Assalamualaikum.

Ha lama tak jengah sini.
Atas permintaan sahabat2, hari ni nak share resipi Oreo Cheesecake. Weekend aritu buat sebab dah janji untuk buat 'comeback' kat housemate2 tersayang. hehe. yelah kan korang mesti rindu ai sebulan lebih tak balik rumah kan? :P

Dah few people tanya resipi Oreo Cheesecake ni. Aku nak cakap rahsia pun tak boleh sebab ni bukan resipi aku. Aku memang typical person yg cari resipi kat internet pastu pandai2 la godek sendiri. kalau orang tu tipu alamat mmg tak jadi la dish aku. Huhu.

tapi alhamdulillah sekarang ni aku dah bijak sikit, pandai amend sket2 resipi tu. berdasarkan pengalaman yg lepas, Oreo Cheesecake ni akan jadi over manis sebab kita pakai dia punya cream oreo tu + tambah gula lagi. sebab aku dah bijak sikit, kali ni aku kurangkan gula bagi dia elok2 je.

satu pelajaran baru yang aku dapat masa buat cheesecake ni, 1 sudu besar = aprrox. 10g gula. bila baking, part menimbang ni yang aku malas sikit. jadi skg aku akan sentiasa ingat benda ni lain kali tak payah timbang2 dah. amacam bijak x? hihi. (poyo lebih sebenarnya...hihi)

ok la cerita pjg pun tak guna, mesti ada yang dah tak sabar nak tau resipi Oreo Cheesecake ni. So, here you go!

copy+paste from here

Bahan-bahan untuk base ( saiz kek:20cm ) --> aku punya tin 23cm sebab tu kek aku macam leper sikit.
1. 120gm biskut oreo - asingkan krim (nak buang atau nak makan pun boleh) --> krim ni aku masuk kat filing kat bwh, utk ganti gula.
2. 70gm mentega cair.

Cara-cara

1. Guna spring form pan dan lapikan dengan aluminium foil supaya senang nak keluarkan kek nanti.
2. Hancurkan biskut dan masukkan mentega cair. Kacau sebati.
3. Masukkan ke dalam peti sejuk sehingga 20-30 minit.

Bahan untuk filing

1. 250gm phildephia cream cheese
2. 200gm whip cream
3. 70gm gula --> aku guna lbh kurang 5 sudu besar (50g)
4. 1 sudu besar serbuk gelatin - larutkan ke dalam 30ml air --> mesti korang ragu2 gelatin tu halal ke tak. dun wori, aku dah check ada tanda halal dekat botol tu. beli kat Bagus Bakery Shah Alam. Aku ada baca, Halagel pun ada jual gelatin halal, tapi aku taktau mana nak cari.
5. 40ml jus lemon - akak gunakan limau nipis aje --> aku guna lemon sebijik
6. 5-10 keping biskut oreo - di patah-patahkan.

Cara-cara

1. Dalam bekas lain, larutkan gelatin dengan air dan jus lemon.
2. Double boiled larutan sehingga gelatin larut sepenuhnya. --> lebih dikenali sbg teknik bain-marie (aicece omputih sket)
3. Biarkan seketika.
4. Dalam mixer bowl, pukul cream cheese dan gula sehingga sebati.
5. Masukkan whip cream dan pukul sehingga 5 minit.
6. Masukkan larutan gelatin tadi dan kacau sebati.
7. Akhir sekali masukkan biskut oreo yang telah dipatah-patahkan.
8. Sejukkan sehingga 4 jam atau sehingga kek sudah keras.

Untuk hiasan (akak tak buat pun) --> aku pun tak buat.

1. 200gm whip cream
2. 30gm gula
3. biskut oreo

Cara-cara

1. Pukul whip cream dan gula sehingga menjadi krim.
2. Salutkan kek dan hias dengan biskut oreo.

Amacam? agak2 senang tak? senang je kan? takyah nak bakar2/stim2.. sejukkan aje.. :D
Gambar? ops sori tak sempat snap gambar. bawak kat housemate ahad malam. by isnin malam tu housemate aku kabo "cheesecake dah habis!" huhu. bagus2. gembira bila apa yg kita masak di appreciate sebegitu rupa. :) tapi korg boleh tgk gmbr2 yg lebih enak kat sini

Hehe. hari ni hati tgh bunga2. sebab deal dgn Project Manager from Shanghai yg bersemangat! Dia kasi email cakap "you guys are awesome!!!!!!!" sebenarnya aku takde buat apa pun, just siapkan kerja on time, tapi appreciation mcm ni la yg org selalu lupa nk mention. one sentence yg boleh ubah mood seseorang, tak susah pun kan. pagi tadi aku dah pening2 nak siapkan, bila org appreciate macam tu terus baik dah pening aku. hihi. :P

Ok lah, till we meet again. Assalamualaikum.

"if i'm not a programmer, maybe i will take culinary arts and become a pastry chef instead"

Tuesday, 17 January 2012

trifle

Assalamualaikum.

Hari ni masih bekerja late shift dari rumah. tapi esok boss dah panggil balik ofis! yeehaa. I can't believe I will say this.. I miss being in the office! hua3. ada ke orang macam aku ni. the thing is, bila buat kerja kat rumah, I don't have my comfy workstation. bekerja di sofa + coffee table adalah sangat menyakitkan tulang belakang. I will end up baring2 dan akhirnya terlelap barang seminit dua. hakhak.

oke. since semalam dah janji nak post hasil godekkan ku yang kedua.. jeng jeng jeng...




yeahh ini namanya puding trifle.. resipinya sungguh kacang goreng! hehe. memang senang.. sebab aku buat dalam masa tak sampai sejam.. buat time keje pulak tu.. sambil alert email masuk, sambil tu dok menggodek mende alah ni.. hehe..

gambar di atas adalah percubaan aku lama dulu.. yang buat last week lupa nak ambil gambar sebab excited nak kasi orang makan..tehee

seperti biasa resipi dari sini yer --> Resipi Puding Trifle

aku memang tak handal memasak, maka kalau tekak terasa nak makan apa2, surf aje di internet, semuanya di hujung jari! ^_^

apa yang aku suke pasal puding trifle ni adalah sebab custard dia, bila taste custard tu blend dengan taste swiss roll yang moist2 tu.. ia adalah sangat heaven! nak2 pulak kalau dah disejukkan. mesti korang rasa aku macam over exaggerate sikit, tapi please try this at home, you'll know what i mean.

ok nak share tips sikit, time nak buat custard tu jangan leka sangat, kena cepat2, sebab dia cepat hangit.. api slow2 je k.. kalau macam panik sebab custard dah memekat dengan hebat, tambah air cepat2.. haha sebenarnya aritu aku ada la panik kejap.. dah ada bau hangit.. nasib custard tu takde rasa hangit.. :D

swiss roll tu boleh pilih perisa apa yang korang suka.. aritu aku cari kat tesco semua dah habis.. aku pun dah kecewa.. pastu petang tu adik aku nak keluar, aku suruh la dia cari kat mana2.. bila dia balik dia pun bawak la kat aku swiss roll perisa coffee.. aku macam.. huh coffee?? aku macam nak marah sebab dalam kepala aku swiss roll tu kena perisa stawberry or raspberi or pandan pun jadik la. tapi aku sabar dulu, sebab orang dah tolong beli kan takkan nak complain. salah aku jugak tak bagi arahan dengan betul. in the end it turns out to be great! sedap sungguh rasa coffee mix dengan custard. nyum3. nasib baik ai tak jadi marah. kui3.

oke lah panjang sangat aku cerita kan. so, selamat mencuba yehh kawan2! :)

p/s: boss da tarik balik arahan. cakap takyah datang ofis. haish terperuk lagi la aku kat rumah. ada idea tak camne nak hilangkan bosan selain tengok astro-yg-ulang-tayang-cerita-sama-mintak-di-terminate tu... huhu..

p/s lagi: terima kasih atas comment yang menggalakkan utk post aku pasal Rainbow Cake itu. jangan comment saje2 tau.. cuba jugak oke! ^^


Monday, 16 January 2012

Rainbow


Assalamualaikum

Hari ni dah masuk minggu ke-3 aku bekerja dari rumah. Fuh boleh tahan bosan dia. Sebab keje nya hanya tunggu request/email dari team kat UK.

Aku 'masuk keje' pukul 4.30 tapi boleh je kalau nak lambat sikit pun. Sebabnya diorang ni macam kita jugaklah.. masuk keje kul 9, lepak2 breakfast, surf2 sana sini.. kul 10 baru la start keje.. warm up orang kata! hehe.

Oleh kerana aku dah kebosanan duduk rumah, yelah kan, siang2 nak buat apa pun, bukan boleh ajak orang lain keluar ke apa, working odd hours ni, part ni la aku paling tak gemar. sebab aku akan terperuk je kat rumah. astro pun duk ulang tayang cerita yang sama sampai berkali2 aku switch channel tu. ada harapan nak kena terminate astro ni! huhu.

ops..oke sambung ayat tadi.. oleh kerana aku dah kebosanan duduk rumah ni, maka aku pun telah kembali giat dalam 'hobi' yang dah lama aku tinggalkan.. kenapa ada apostrophe kat situ? sebab aku tak pasti la benda ni hobi aku ke tak, sebab nak kata aku selalu buat tak jugak, tapi ia antara aktiviti aku untuk hilangkan stress. nak tau aktiviti apa? hehehe.. taraaaaaaaaaaa...






yeahh baking!! ini adalah hasil aku menggodek minggu lepas. Rainbow Cake! mula2 tu tanya Mama, nak pavlova ke nak Rainbow Cake? Oleh kerana Mama tak berapa suka makan manis2 ni, tapi butter cake oke-oke je la.. so Mama pun cakap buatla Rainbow Cake.

alhamdulillah, first time buat terus jadi, walaupun ada la kek tu pecah sket tapi aku cover baek punya! rasa dia? rasa macam butter cake la.. tapi aku 'ter'alter sikit part buat buttercream icing tu, lalu rasanya terlalu manis. so bila aku bagi orang makan aku warn siap2, jangan makan icing itu!! icing tu hiasan je. heheh.

nak tau camne aku buat kek ni? senang je, refer kat sini yehh.. --> Resipi Rainbow Cake

Ok, selamat mencuba! ada satu lagi hasil godekkan aku, tapi takpe satu satu dulu haa.

p/s: baking makes me happy! and it makes other peoples fat! hua3.. sebab keje aku bake, tapi makan nya sikit je, paksa orang makan je lebeyy. :P