Friday, 29 October 2010

Jemu? Don't Be!

just a thought for the day.
something I heard from my MP3 this morning.
on the way to work.
and I would like to share it with my readers. (if there is any. hehe.)
very simple advise from our beloved prophet Muhammad (peace be upon him)
yet very few is capable to commit

in his hadith, the Prophet said
"Wahai manusia, lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehingga kamu jemu. Amalan paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit." (Bukhari & Muslim)

see people, how great is that? Subhanallah!

don't be bored eyy? even if u would look extra cute like this. hik3. ^_^


till then, Have A Great Friday everyone! Assalamualaikum.








Thursday, 28 October 2010

bookaholic

"penulis yang baik adalah pembaca yang baik"

mungkin sebab tu lah kot aku rasa aku rajin menulis sekarang ni
sebab aku dah kembalikan sifat "gila buku" aku tu
selama ni memang aku bookaholic
memang pantang masuk kedai buku
kecik-kecik dulu kalau tak dapat cari aku
cari la kat mini library kat rumah tu
biar berhabuk ke apa
berjam-jam aku duduk situ
satu buku baca berulang-ulang kali
cuma zaman kerja
dah tak banyak masa nak membaca
sebab tu lah blog ni sunyi sepi
no reading, no idea, so no writing :D
alhamdulillah aku dah rajin membaca semula
alhamdullilah juga aku dah mula menukar bahan bacaan aku
dan jiwa aku terisi kembali
tak rasa kosong lagi! :)



p/s : aku tak cakap aku penulis yang baik ye. insyaAllah sedang berusaha ke arah itu.

p/s lagi: nak hint jugak kawan2 lain supaya update blog korang. aku perlu bahan bacaan untuk hilangkan kekusutan yang kadang-kala hadir time2 menghadap coding camni! :) aiceh time ko rajen update blog, pandai pulak nak kata orang lain tak update blog. hehe.




Tuesday, 26 October 2010

Solusi

semalam Papa dengan Mama panggil aku
duduk menghadap diorang
Papa pun mulakan bicara
"ni Papa nak cakap sikit ni"
aku pulak berdebar apalah pulak ni
aku ada buat salah ke
"Papa nak cakap mulai sekarang Papa dah tak mau beli Mastika dah"
"sekarang Papa akan beli Solusi pulak"
"bagus majalah ni...blablabla..."
phewwwww *kesat peluh kat dahi* :P
Papa ni ingatkan apa la
gaya serius semacam
lawak la Papa ni
tapi dalam hati aku mengucapkan syukur
kerana usaha aku sejak berbulan-bulan lalu
untuk pujuk Papa supaya stop beli Mastika
akhirnya berhasil jugak
yang pasti, dengan izin Allah
Papa ni dia pembaca tegar Mastika sejak tahun berapa tah
siap ada collection lagi kat rumah kami
tak silap pernah la aku baca keluaran tahun 1970-an camtu
and I must say Mastika zaman dulu memang lain dari Mastika zaman sekarang
Mastika zaman sekarang ni
banyak sangat kupas isu masalah sosial dalam tu
daripada banyak terms "aneh2" yang aku tak tau
terus aku jadi tau
meskipun benda tu untuk kesedaran masyarakat
tapi aku rasa kalau diulang baca tiap-tiap bulan
berkali-kali sampai lekat kat otak
orang yang daripada tak tau boleh jadi tau
daripada nak hindar diri
dah terasa nak cuba-cuba
kita ni bukan orangnya yang kebal dari godaan nafsu
iman setipis kulit bawang bak kata orang
maaflah, aku rasa Mastika lebih baik widen their scope of writing
jangan terlalu tumpu kepada masalah sosial
banyak lagi isu-isu dunia yang boleh diketengahkan
masalah remaja-remaja Malaysia takkan sudah kalau hanya bercakap
tapi tindakan..? ZERO! (ok ada la sikit2..)
dia macam....talk to the hand!
omong kosong semata. hurm........




so kawan2, jom bertukar kepada Solusi pula! ^_^
kalau tak mau pun tukarlah kepada bahan bacaan yang lebih baik
tinggalkanlah majalah yang menjanjikan hiburan semata tu
sebab aku da rasa da
baca gosip memang seronok
tapi akhirnya aku sakit kepala
dan hati aku ada rasa tak enak bertandang
its never too late to change k! :)


p/s: berhasil jugak cubaan aku bawak letak 2 naskah majalah Solusi atas meja awal bulan hari tu.
p/s lagi: nampak tak aku dah semakin dewasa? hehe. takpela bagus apa jadi dewasa. :)

Friday, 22 October 2010

never enough

it is never enough just to speak, the act always counts.
(pic credits: iluvislam.com)


p/s: ajarkan aku untuk istiqamah. kerana iman manusia itu ada turun naiknya.

Thursday, 21 October 2010

lupa

sejak akhir-akhir ni simptom nak tua semakin ketara
kerap lupa itu ini
jadi, jom amalkan doa ni.
semoga kita dijauhkan dari penyakit lupa.
semoga kita tidak tua sebelum usia :)


اللَهُمَّ زِدْنَا وَ لا تَنْقُصْنَا ، وَأَكْرِمْنَا وَلاَ تُهِنَّا ، وَأَعْطِنَا وَلاَ تَحْرِمْنَا ،

وَآثِرنَا وَلاَ تُؤْثِرْ عَلَيْنَا ، وَ ارْضِنَا وَارْضَ عَنَّا.

Maksudnya : “Ya Allah , tambahkanlah buat kami jangan Engkau kurangkan , Muliakankah kami , jangan dihina , berilah buat kami , jangan ditahannya , dan pilihlah kami jangan Engkau biarkan , dan redhailah kami dan redhailah pula semua usaha kami”

Petua Beramal

Dalam tafsir Ibn Kathir , diriwayatkan oleh Sayyidina Umar al-Khattab ra bahawa Nabi saw pernah berdoa apabila turunnya surah al-Mukminun seperti di atas.

Memerhatikan intisari munajat di atas , digalakkan hamba agar memohon kepada Allah kelebihan dalam anugerahNya , baik umur , rezeki , harta , anak anak yang soleh solehah dan sebagainya yang dinilai manusia sebagai nikmat . Selain itu juga , kita memohon kemuliaan agar dipandang tinggi dan dihormati oleh orang lain.

Petua ulama untuk mengubati pelupa atau mengelakkan jadi pelupa:

1. Kismis hitam 21 biji setiap pagi. Kunyah sebutir sebutir dan bukan sekaligus.
2. Madu sesudu dalam air panas segelas. Minum bila suam, setiap pagi.
3. Tidur awal bangun awal.
4. Tidak bersetubuh melebihi 2 kali seminggu.
5. Kurangkan makan dan kurangkan makan benda masam.
6. Banyak makan ikan, sayur, tempeh, ubi, kekacang dan kurangkan makan daging.
7. Tarik nafas dalam2 ikut hidung dan tahan 4 saat dan lepaskan perlahan-lahan ikut mulut. Buat 10 kali setiap pagi.
8. Buat stretching bila bangun dari tidur.
9. Masa buang air besar, tutup kepala dan jangan buka mulut .
10. Elakkan lihat kemaluan dan najis.
11. Baca Quran dan cuba menghafal setiap hari.
12. Bakar kemenyan nasrani, wangian ros, sandal atau gaharu setiap minggu (orang moden kata aromatherapy).
13. Pakai minyak wangi setiap hari bila keluar rumah (wanita ketika dalam rumah).
14. Mandi pagi, petang dan selepas buang air besar.
15. Belajar bersabar dengan bersolat atau berdoa bila ada masalah.
16. Sayang ahli keluarga, ibubapa dan kanak-kanak.
17. Tidak bercampur bukan muhrim kecuali bila ada keperluan.

Selain dari kuat ingatan, badan menjadi sihat, akal tenang dan umur pun panjang.

Selamat Beramal! ^_^

Wednesday, 20 October 2010

20102010

tarikh yang cantik
kita kini sudah berada di hari ke-12
dalam bulan Zulkaedah
tahun 1431 Hijrah
umat-umat Islam yang terpilih
sudah mula meninggalkan keluarga
meninggalkan tanahair
demi menyahut seruan Tuhan
panggilan haji
telah tiba lagi
bilakah panggilan itu
akan datang menyambut ku?

hari ni pagi2 dah mode sedih. :(
jom layan video si comel ni kejap.










“Ya Allah sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak hamba-Mu (Adam), dan anak hamba perempuan-Mu (Hawa). Ubun-ubunku ditangan-Mu, hukuman-Mu jatuh kepadaku, qadha-Mu kepadaku adalah adil. Aku mohon kepada-Mu dengan setiap nama yang telah Engkau gunakan untuk diri-Mu, yang Engkau turunkan kepada kitab-Mu, Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhluk-Mu atau yang Engkau khususkan untuk diri-Mu dalam ilmu ghaib di sisi-Mu. Hendaklah Engkau jadikan Al-Quran sebagai penentram hatiku, cahaya di dadaku pelenyap duka dan kesedihanku”. (HR. Ahmad 1/391 dan Al-Albani menyatakan shahih).



p/s: kenapa aku selalu rasa bersalah walaupun aku tau aku tak bersalah? *rasa nak nangis*



**video tak keluar. nanti lah aku update semula**

Thursday, 14 October 2010

fail meja

saje je nak tunjuk perbandingan workstation aku
masa mula-mula pindah ofis
dengan workstation aku arini
tengok gambar yang bawah tu. amcam?
nampak macam orang bizi tak?
kat atas rak kecik tu ada file "PROBLEM" (aku pun tak paham kenapa nama dia macam tu)
pastu ada satu bundel kertas A4 yg dilabel dengan kertas pink tu
tu namanya ongoing progress keje yang dah tertangguh beberapa minggu
pastu ada kotak HD aku
laptop tu of course le company yg punya
dan mouse putih comel yg baru je dapat minggu lepas
sebelum ni pakai mouse sendiri ye
earphone tu aku punya lah
takkan nak company sponsor gak kan
sebenarnya aku dapat task baru semalam
kena buat sistem untuk company aku
namanya 'fail meja'
bos aku cakap benda ni dipraktikkan kat pejabat2 kerajaan
tapi diorang buat manually la
aku terfikir siapa la bagi nama dia macam tu
takda nama best sket ke?
bila aku nak tukar dia jadi bentuk sistem, takkan nak kasi nama fail meja jugak kan? hehe.
tak kesah la labu
aku ada dua bulan lebih je untuk siapkan benda tu
sebelum big boss balik dari UK
oh hari ni hari jadi beliau (nak wish ke x?) hehe


hari pertama di ofis baru


10 hari kemudian


p/s: cuba cari barang rare, yg tak selalu ada atas meja seorang programmer.. hehe.. dah nampak kan sebenarnya? :P



Monday, 11 October 2010

thanks tuitalk

setelah berhempas pulas
mendownload beberapa software
dan cubaan buat panggilan PC to phone
akhirnya
berjaya jugak call mama
tak sempat nak borak panjang
sebab namanya pun free call
so terhad la
dapat 4 minit je
tu pun 2 minit je cakap dah stop
sebab line sekat2
biasala internet kadang2 cam kura2
dan paling mengejutkan adalah.............
mama papa on the way nak datang sini!
wah, takkan camtu sekali mereka risau...? (no no no... ni mesti nak antar makanan ni..)
huuu, ampun mama papa... :|

thanks tuitalk! ^_^ (walaupun lambat sgt bantuan tu dtg)

p/s: mereka baru pulang. mmg btol la mereka risau sggt3. mintak maaf kpd cik Sarah dan Atika sebab terlibat sama. huhu memang kena bebel ye kawan2. takpelah bebel tanda sayang :D

get connected? NOT!



tertinggal handphone di ofis.
pergi petronas belakang rumah.
cari public phone.
tapi takde.
agaknya sebab ramai orang dah pakai handphone.
sebab tu public phone dah tak glamor.
tapi macam mana kalau keadaan terdesak macam ni?
huaaa......
pulak tu selalu ada jual charger phone dekat petronas tu.
baru fikir-fikir nak beli tetiba tak jual la pulak.
aku ada satu lagi phone, no digi yang jarang-jarang pakai.
tapi charger nya hilang.
dah lama tak charge, dah lama tak topup juga.
argh kusut2...
terputus hubungan dengan orang2 penting
jadilah aku katak bawah tempurung arini
terperap sorang2 kat sini
nasib baik ada internet
kalau tak, ada jugak la aku drive mana2
semata-mata cari public phone kat luar.
tak pun beli charger baru.


sila la berehat ye incik SE. semoga ketemu esok.



incik motorola, maafla kamu selalu diabaikan. masa susah macam ni baru cari kamu.



p/s: sape boleh tolong kabo ke encik ayah, mintak beliau YM dengan saya?
p/s lagi: terputus hubungan begini pun sudah kalut, kalau terputus hubungan dengan Allah macam mana agaknya ya? naudhubillahi minzalik.


Thursday, 7 October 2010

saya budak baru berjalan

budak ini.
sudah dapat kaki.
dah tak mahu berdukung.
kita datang dekat dia.
dia ingat kita mahu kejar.
terus jalan laju-laju.
pastu terjatuh.
sambil gelak-gelak.
sambung pulak merangkak jauh-jauh.
merangkak macam tak cukup tanah. hehe.
dia ingat dia dah terus pandai berlari.
aunty tak kejar kamu le.
perasan je. :P

sampai-sampai je rumah dia, nampak kita bawak makanan, dari berjalan terus duduk menghadap makanan. haih tak sempat bersalam pun ye Faheem :)


p/s: Angah, habisla kamu, ai pun penat mau kejar dia semalam. belum pandai berlari lagi ni. selamat berkejaranlah ye nanti. :DD


Monday, 4 October 2010

new environment


hari ni bersiaran dari ofis baru.
di Phileo Damansara.
ofis nya cantik. bahagian dalam biasa je.
tapi bangunan dia cantik sangat.
dah tak rasa macam kat malaysia. aiceh.
saiz sama je macam dulu.
bos-bos semua ada bilik sendiri.
jadi ruangan staf-staf biasa ni jadi kecik sikit la.
suasana baru, rasa bersemangat sikit nak buat kerja.
sini sejuk sangat2 dan bau cat tak hilang lagi.
(ops ini bukan rungutan. cuma nak cerita je. hehe.) *gigil*
paling penting kat sini semua staff dapat telefon sendiri.
lepas ni makin rancak la bos-bos ni nak panggil kami. tak perlu nak jerit-jerit.
meh tengok ofis baru kami ni...


tadaaa... my workstation...sila spot telefon kat blkg tu.. :D


ini adalah bilik bos IT... beliau masih suka menggangu kami di luar ye.


Font size
sebelah ni bilik GM.. agak2 lantai ni boleh buat betulkan tudung x? :P

ni meja paling tak strategik. tempat bos lalu-lalang. sbb tu takde org nak duduk. hehe.


amcam? cantik dok?
ok la. itu je. sekian.


p/s: kalau manusia rajin memperbaharui iman, mesti hari-hari rasa bersemangat kan? ^_^
p/s lagi: gambar bangunan cantik tu tak ambil pulak. kami sampai ofis pukul 7.30 pagi, tak terfikir pulak nak bergambar. (point dia nak cakap dtg awal hari ni. hikhik)

Friday, 1 October 2010

dream a dream

That dream
Makes me wanna believe
Coz I haven't dream a beautiful dream these days
Just those work that haunting me
And the picture of my boss keeps come and go
Ah life when its coming?
I'm trapped here
and don't know where to go

baby tido mesti aman je kan? (credits to BIL)


p/s: puisi pagi hari. bermimpi indah. wake up Awanis!!