Thursday 21 October 2010

lupa

sejak akhir-akhir ni simptom nak tua semakin ketara
kerap lupa itu ini
jadi, jom amalkan doa ni.
semoga kita dijauhkan dari penyakit lupa.
semoga kita tidak tua sebelum usia :)


اللَهُمَّ زِدْنَا وَ لا تَنْقُصْنَا ، وَأَكْرِمْنَا وَلاَ تُهِنَّا ، وَأَعْطِنَا وَلاَ تَحْرِمْنَا ،

وَآثِرنَا وَلاَ تُؤْثِرْ عَلَيْنَا ، وَ ارْضِنَا وَارْضَ عَنَّا.

Maksudnya : “Ya Allah , tambahkanlah buat kami jangan Engkau kurangkan , Muliakankah kami , jangan dihina , berilah buat kami , jangan ditahannya , dan pilihlah kami jangan Engkau biarkan , dan redhailah kami dan redhailah pula semua usaha kami”

Petua Beramal

Dalam tafsir Ibn Kathir , diriwayatkan oleh Sayyidina Umar al-Khattab ra bahawa Nabi saw pernah berdoa apabila turunnya surah al-Mukminun seperti di atas.

Memerhatikan intisari munajat di atas , digalakkan hamba agar memohon kepada Allah kelebihan dalam anugerahNya , baik umur , rezeki , harta , anak anak yang soleh solehah dan sebagainya yang dinilai manusia sebagai nikmat . Selain itu juga , kita memohon kemuliaan agar dipandang tinggi dan dihormati oleh orang lain.

Petua ulama untuk mengubati pelupa atau mengelakkan jadi pelupa:

1. Kismis hitam 21 biji setiap pagi. Kunyah sebutir sebutir dan bukan sekaligus.
2. Madu sesudu dalam air panas segelas. Minum bila suam, setiap pagi.
3. Tidur awal bangun awal.
4. Tidak bersetubuh melebihi 2 kali seminggu.
5. Kurangkan makan dan kurangkan makan benda masam.
6. Banyak makan ikan, sayur, tempeh, ubi, kekacang dan kurangkan makan daging.
7. Tarik nafas dalam2 ikut hidung dan tahan 4 saat dan lepaskan perlahan-lahan ikut mulut. Buat 10 kali setiap pagi.
8. Buat stretching bila bangun dari tidur.
9. Masa buang air besar, tutup kepala dan jangan buka mulut .
10. Elakkan lihat kemaluan dan najis.
11. Baca Quran dan cuba menghafal setiap hari.
12. Bakar kemenyan nasrani, wangian ros, sandal atau gaharu setiap minggu (orang moden kata aromatherapy).
13. Pakai minyak wangi setiap hari bila keluar rumah (wanita ketika dalam rumah).
14. Mandi pagi, petang dan selepas buang air besar.
15. Belajar bersabar dengan bersolat atau berdoa bila ada masalah.
16. Sayang ahli keluarga, ibubapa dan kanak-kanak.
17. Tidak bercampur bukan muhrim kecuali bila ada keperluan.

Selain dari kuat ingatan, badan menjadi sihat, akal tenang dan umur pun panjang.

Selamat Beramal! ^_^

2 comments:

JiHa said...

bagus sekali petua ini..
share lg..

ladygirl said...

insyaAllah2x..
ak nak share petua ibu mengandung tak dapat la kan..apa kata ko buat..senang jadi panduan nanti..hehe..