Tuesday, 6 January 2009

perjuangan si hitam

Pada jam 12.00 tengahari tanggal 7 Muharam 1430H bersamaan 3 Januari 2009, Miut selamat melahirkan 3 ekor anak kucing yang comel. Akhirnya penantianku selama setahun berakhir. Mujur juga aku tergerak untuk tinggal dirumah menunggu adikku pulang dari sekolah sebelum kami sama-sama menuju ke tempat di mana mama dan papa menanti kami. Jika tidak habislah anak-anak kucing yang comel itu menjadi mangsa si bapa kucing iaitu Kiut. Kami yang sepatutnya bergerak keluar rumah pada jam 12.30 terpaksa menangguhkan perjalanan sementelah kerja-kerja mengasingkan si bapa dengan ibu dengan anak-anak. Maaf ye Kiut. Ku memahami gelora jiwamu yang enggan dipisahkan namun itu adalah yang terbaik buat sementara ini.


3 ekor anak kucing yang dilahirkan,seekor hitam dan dua ekor putih. Memandangkan Kiut dan Miut sama-sama berbulu putih, tergerak juga dihatiku “Kenapa hitam?” dan ada juga ahli keluargaku yang menyuarakan kemusykilan mereka. Sebagai seorang pelajar biologi teori-teori Mendel yang pernah ku pelajari menjadi jawapan kepada persoalan mereka. Namun, segala sesuatu itu adalah atas izin Allah jua. Maha Suci Allah, pada keesokan harinya ku lihat si hitam seperti tidak bermaya. Tidak bergerak namun masih tercungap-cungap bernafas.Si putih yang dua ekor itu sibuk menyusu dengan ibunya namun dia masih di situ. Si ibu juga seperti tidak menghiraukan si hitam itu. Dan petang itu sekali lagi atas urusan keluarga, kami semua terpaksa keluar lagi sehari suntuk meninggalkan mereka dirumah. Hanya doaku sahaja yang mampu ku tinggalkan semoga si hitam kuat dalam perjuangan.


Namun seperti kataku tadi, segala sesuatu itu adalah atas izin Tuhan. Kepulangan kami petang itu disambut kaku oleh si hitam.Dia ku lihat tidak lagi bernyawa dan mula di kelilingi semut-semut kecil. Sayu hatiku dan terasa dosa menyelubungi diriku. Bukan kerana meninggalkan si hitam untuk bertahan sendirian, tetapi kerana persoalan “Kenapa hitam?” yang pernah terdetik di hatiku. Maafkan aku Tuhan lantaran diri ini yang kurang bersyukur kepadaMu. Ku sedari akan kekhilafanku sebagai hambaMu. Petang itu juga si hitam ditanam di depan rumahku. Si hitam yang ku kenal tidak sampai 24 jam ini, ku tahu dia amat kuat dan aku bukanlah yang paling layak untuk menjadi tuannya. Dan dia hanyalah layak untuk Penciptanya.


Sementara si putih yang masih dipinjamkanNya kepadaku, insyaAllah akan ku mengambil iktibar dan menunaikan amanahku dengan sedaya tenagaku. Si putih yang menjadi penyeriku di Tahun Baru Maal Hijrah 1430H. Semoga permulaan yang baik ini akan berterusan hingga ke penghujungnya. Amin.


p/s: terharu dengan kasih sayang antara Kiut dan Miut. Saling mencapai tangan keluar cage untuk menyentuh satu dengan lain apabila diasingkan cage mereka adalah sangat comel! Sabarlah akanku satukan kalian semula. ^_^

4 comments:

Charm Han Kyul said...

whoa...
er...
letakla pics kucen2 2,huhu...

Anonymous said...

Asslaamualaikum
Salam kenal from Indonesia

Anonymous said...

waaa,nk sekor bole? hehe.

ladygirl said...

oh oh..
i've grown to love them since I witnessed their birth..
sorry sorry i have to say no..
kamu phmkan? ehe~