manusia memang dilahirkan untuk membuat keputusan. mereka sering diberi pilihan. dan betul salahnya pilihan yang mereka lakukan, ia tidak lebih hanya sekadar satu ujian buat manusia, menguji manusia tentang kebolehan berfikir baik buruk setiap tindakan yang mereka ambil. ia juga melatih jiwa manusia, agar bersedia dengan impak daripada keputusan mereka itu.
inilah yang saya sedang hadapi. pilihan yang perlu dibuat - belajar sambil bekerja atau, berhenti kerja dan sambung belajar. saatnya saya memohon untuk menyambung pelajaran, saya sudah tahu, bahawa saya perlu pandang lebih jauh sekiranya permohonan saya diterima. perlu fikir tentang kesediaan saya untuk belajar semula, kesediaan meninggalkan syarikat sekarang, kesediaan mengorbankan "life" sekarang yang semestinya tak akan sama lagi. maklum, tidak akan ada masa untuk berjalan-jalan dengan keluarga, kenduri kawan2 mungkin banyak lagi yang akan ketinggalan dll.
sampai saat ini, saya masih lagi tidak membuat keputusan. mungkin saya sudah berat ke suatu arah, tapi ianya masih tidak jelas. alangkah bagusnya jika esok saya bangun pagi, semuanya telah berubah dengan sendirinya. tanpa saya perlu menetapkannya sendiri. banyak pendapat sudah diminta, tapi tiada seorang pun boleh memberi jawapan kepada saya. hatta istikharah saya sekalipun, masih menghampakan. sama sekali saya tidak menyalahkan istikharah itu, kerana saya tahu, ada kekurangan didalamnya yakni saya tidak melapangkan hati.
ada yang nasihatkan bahawa dalam sesetengah keadaan, kita perlu pentingkan diri. tapi, saya bukanlah manusia tidak berhati perut, lebih-lebih lagi dengan rakan sekerja yang selama ini menyokong tika susah dan senang. malah saya mungkin lebih banyak memikirkan mereka dari diri sendiri. tapi akhirnya, ini adalah kehidupan saya. apa jua yang saya putuskan untuk diri saya, saya mahu mereka terima seadanya, sebagaimana saya selalu terima semua keputusan mereka.
berikan saya sedikit masa lagi. insyaAllah, saya akan berusaha mendapatkan kemantapan hati. semoga pilihan saya, pilihan yang betul, dan diredhai-Nya. doakan saya! ^_^
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal" - Surah At-Taubah ayat 129
4 comments:
hei ya.
jika rakan sekerja itu saya, usahlah dibimbangkan.. sedang programmer itu cita2 saya.. bukan cita2 kamu (kan?).. saya yg mengheret kamu ke kancah ini.. jika terpaksa, tinggalknlah dan kejarlah cita2 kamu..
jadi apa yang mahu saya katakan lakukan keputusan dengan ikhlas.. jgn banyak menilai dari pengaruh siapa2.. kerana ikhlas memberi bahagia pada setiap langkah. terpaksa itu hanya mengundang duka di akhir jalan..
~jika mahu fokus study, just leave the company.. kemampuan manusia beradaptasi dengan keadaan berbeza-beza.. jgn nanti kita menyalahkan yg lain kerana keputusan kita hari ini..
~tentang company yang akan tersepit kerana kekurangan kaki dan tangannya.. its for them to fix it,not us.
~what i may concern just about the house.. do we need to fight for it or leave it.. sebab bakal melibatkan byk pihak..
~semoga bertemu jawapan dalam istikharahmu..
ALL THE BEST
wahh..pjg nye comment..hehe..thanx sarah.. kamu sedikit sebyk meringkan pilihan yg sulit ini..biarpun ini bukan cita2 sy..tapi mungkin sy sudah semakin mencintainya sedikit demi sedikit.. siapa tahu mungkin ini yg telah ditetapkan untuk saya..apapun kamu jgn rs bersalah kerana membawa sy ke sini.. kerana kamu hanyalah pembuka jalan sy ke mari.. tapi jika bukan sy yg membuat keputusan akhirnya, mana mungkin saya ada disini sekarang.. ;)
ur choices mcm mine abby. now me da abis degree..xtau either nak pilih smbg trus or keje dlu then baru smbg or keje then wat pjj..smpi skang xtau lg nk wat pilihan cos application master tuh ttp akhir blan 5 ni..huhu!~ niat mmg nak smbg tp pk nk cari experience dlu..at the same time, parents harapkan kite smbg trus..xtau nk wat cmne..huhu!~
cha..klu da ada niat nk smbg master..better u smbg master cpt2..b4 ada komitmen keje..jgn jadi cam me ni..dah jadi ssh nk lepaskan keje..sbb dah biase pgg duet..the worst part is when i hv started to love my work..lg la rs mcm attached..tp lain org lain die punye ability to commit tu..so depends on ourself jgk..think wisely ok? kite mmg xleh puaskan hati semua org..but we're talking about OUR future..atlast, semua org kene akur dgn keputusan kite n the impact after that, baik ke buruk, pn kite kene terima jgk..goodluck in making choices k! ^_^
Post a Comment