Thursday, 30 December 2010

kenangan musim salju

assalamualaikum semua.
hehe. lama kan tak tulis kat sini?
pergi cuti kat korea hampir seminggu cukup untuk membuat diri huru-hara sebentar bila masuk kerja balik.
kerana terlalu enjoy,
masuk kerja jadi blur je tak tahu nak buat apa,
blues je manjang, padahal ada je kerja,
ahh penangan oppa korea lah ni! (yo yo je.. :P)
memandangkan ini mungkin entry terakhir tahun ni (sebab esok cuti, maka balik rumah, maka kat rumah probability untuk online adalah low sbb malas, pjg plak explain keh3),
hopefully kita semua akan lebih bersemangat untuk menghadapi tahun-tahun yang mendatang ni,
tahun-tahun yang semakin dewasa,
tahun-tahun yang semakin banyak tanggungjawab,
yang nak bertukar status, kot2 nak bagi jemputan tu,
sound awal2 naa,
sebab tahun depan aku bakal bizi-mizi,
KENAPA??
sebab aku dah berjaya tukar course dari Master of Engineering (Biomedical) ke Master of Science (Bioinformatics)!!
wuhu.. aku akhirnya kembali ke pangkal jalan,
setelah sedar tak boleh bawa diri di dunia kejuruteraan,
seorang Awanis & Engineering is a total disaster beb!
aku macam cakap bahasa burung dalam kelas budak2 engine ni,
jadi babai Engineering Faculty,
terima kasihlah sbb kasi budak Science ni berangan2 jap nak jadi Engineer,
sem ni kelas aku hari Selasa, Rabu, Sabtu, Ahad, phewwww!
plus aku buat Master ni sambil bekerja,
jadi untuk aku nak upgrade status dalam setahun setengah yg akan datang ni agak mustahil lah,
(tapi who knows kan, lagi pun aku ada target 2013 bersama2 cik Sarah dan Alia. hihihi)
dan aku agak gembira walaupun ada jadual kelas yang hectic,
sebab salah satu subjek yg aku akan belajar tahun ni adalah..... Programming!!
wuhuu tak sangka akhirnya akan jatuh cinta sama programming,
tak sabar ni nak belajar programming, hehe,
jadi mohon kalian doakan aku berjaya dalam Master aku ni,
moga aku jadi tabah, sebab aku gerenti akan dilanda tekanan yang menggila,
tambah2 pulak tak tahu lah kelas ni nanti ada berapa orang,
semalam masa daftar macam sikit je,
aku duduk kat lab DG4 tu nanti konfem terkenang zaman2 3rd year masa sibuk dengan thesis tu,
musti aku rindu dengan kelas yang happening itu,
okeh la takmo sedih2 hujung2 tahun ni,
kena bersemangat!!
dan untuk korang semua, aku doakan semoga tahun depan adalah lebih baik dari tahun ni,
jom sama2 baiki diri!

Selamat Tahun Baru 2011!

p/s: azam? apa tu? tak perlu kot tahun baru untuk buat azam. kalau ada rasa nak berubah sekarang, dan dan tu jugak berubah, takyah tunggu tahun depan k! ^_^

p/s lagi: ada orang tunggu cerita aku kat Korea ke? nanti yeh! aku kasi layan sket gambar2 kat bawah ni dulu ok? :P


sup Chicken Ginseng yummehh!

bersama bestie ku menikmati Choc Chips Coookies yg besarrr gila! yummehh lagi!


gaya dah ada dah tu! :P ni kat ski resort.


banyak kan makanan tu? sume sedap except for...kimchi! no offense org2 Korea! sambal belacan lagi sedap! :P

oppa Korea! hakhak. namanya GJ. sebaya weh. dia janji mau email2 tapi takde pun. (saje je ayat kontroversi sket :P)

ye. mmg kami pergi berdua je, tapi ikut travel agent la. hehe. ni kat lokasi citer Winter Sonata.

amcam ski? ada beran x? best kecuali part golek2 la. sakit satu badan ha. tapi i will absolutely try this again, kalau ada chance lagi.

jumpa kawan kat Taiping dulu, dia belajar kat Korea, cakap Korea expert neh. tQ la bawak kitorg jalan2 kat Myeongdong. tempat ni ala2 Petaling Street tapi besauu gila.

opsss p/s lagi: orang semua cakap congrats kat team football Malaysia, aku pun nak cakap Congrats gak! terima kasih la sebab menang, sebab aku dapat cuti gak korang menang, walaupun semalam masa start game tu, aku hanya mampu dengar orang rumah sebelah pasang TV kuat2 dan jerit goal, dalam keadaan mamai2, sebab ngantuk gila aku pun hanyut dari pukul 8pm-12tgh mlm. pagi ni bangun Sarah cakap esok cuti. yeah!!

Sekian saja. Daa~

1 comment:

Basyirah Abd Rahman said...

(^__^) bestnye pergi koreaaa! hehe.. selamat kembali ke bioinfo. tahniah dh dpt tukar! yipeee