alkisah nya,
aku ada sedikit masalah kesihatan
dipercayai akibat stress
kenapa 'dipercayai'? sebab aku tak bertanya mana-mana doktor pun
sekadar buat assumption sendiri saja
masalah ni dah berlarutan 2 minggu
dan aku dah nak fikir yang kronik2 saja
pernah jugak aku menangis sebelum tidur malam
memikirkan ujian yang datang tiba-tiba ni
dan hari jumaat lepas
aku pergi bertemu si kecik Faheem
kerana rindu yang begitu menebal
sebab mama papa dah kensel pertemuan dgn cucu mereka tu
maka aku gagah drive sorang2 dr KJ - Seri Kembangan - Shah Alam
(mana boleh beb, dah letak harapan, pastu kensel, tak boleh jadi nak pegi jugak..hehe)
lalu gembira tak terkatalah
dapat jumpa si kecik yang semakin menakal
wayar pun nak masuk mulut u ols! huhu
angah, anak kamu ni bahaya lah (tapi comel)
tgk2 la dia main seterika tu
nasib tak dihempuknya kat belakang ai ni time sembahyang
lalu2 depan sejadah sambil gelak2 ingat org tgh main2 ngn dia itu ai boleh terima lagi. keh3.
oke berbalik kepada cerita asal
dah puas jumpa peluk cium bagai budak kecik itu
maka aku pun pulang ke pangkal jalan, balik la rumah Shah Alam
dan sungguh ajaib!
esok pagi tu, sakit aku tu terus menunjukkan tanda-tanda nak sembuh.
aku tak cakap sebab aku jumpa Faheem sakit aku nak sembuh.
mungkin ada sebab lain yang aku tak tahu. (note:ini assumption aku saja)
yang pasti, aku tau semuanya dengan izin Allah juga.
dan terapi kanak-kanak ni MUNGKIN salah satu jalan untuk aku mengatasi masalah ni
cara untuk aku hilangkan stress
dan aku akan tetap merujuk kepada yang pakar untuk permasalahan aku ni
insyaAllah, selepas pulang dari perjalanan panjang nanti
ha! pasal perjalanan panjang ni, nanti aku buat entry special pulak k.
(takdelah panjang mana pun sebenarnya. hehe)
akhir kata, Selamat Tahun Baru 1432H semua!
semoga tahun ini akan lebih baik daripada tahun lepas :)
jangan lupa baca doa akhir tahun dan awal tahun ya!
main cak-cak dalam kereta. ini gambar sebelum raya haji aritu.
highlight pun boleh buat mainan ye. hehe.
terapi minggu lepas. aksi posing teleng kepala.
p/s: teringat target bersama Sarah dan Alia menjelang 2013 nanti. yuk berusaha sama2 kawan2! :D
p/s lagi: tak perlulah tanya apa penyakit nya ok? cuma jangan lupa jaga kesihatan yeh! ;)
1 comment:
selamat tahun baru maal hijrah juge~
take care awanis~
Post a Comment