Assalamualaikum wbt
Semenjak dua menjak ni, begitu banyak berita kematian yg mengejutkan aku dengar. Seorang blogger yg beberapa hari sebelumnya sempat mengupdate blog. Ibu kepada sahabat aku yg tidak pernah aku dengar khabar beliau sakit atau apa-apa. Mangsa tragedi tanah runtuh Hulu Langat. Ramai lagi lah.
Sungguh, bergetar hati aku setiap kali, dan beberapa malam tidur aku terganggu kerana memikirkan, "bagaimana jika aku tak bangun lagi esok pagi?". Mungkin benar ada sesetengah pendapat bahawa, jika manusia ni benar2 mengingati mati, nescaya dia tidak akan betah membuat pekerjaan2 lain melainkan hanya beribadah kepada Allah. (oh aku benci diri aku yg akhirnya masih boleh tidur hingga lewat bangunnya).
Aku sebenarnya tak mampu bayangkan, kesunyian di alam kubur tu. Apatah lagi kalau amalan tak cukup, kena seksa hingga Hari Kiamat yang tak pasti bila kunjung tibanya.
Dari Anas bin Malik : Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasalam bersabda:
“Aku diutus, dan kiamat (demikian dekat) sebagaimana (dekatnya) dua jari ini.” Beliau rapatkan jari telunjuk dan jari tengah.
Memang benar, kiamat itu sudah dekat. Tapi bagaimana definisi "dekat" itu? Apakah satu tahun itu dekat? Atau sepuluh tahun pun dikira dekat? Atau seratus tahun? Itu semua rahsia Allah. Kita seharusnya tidak peduli Kiamat itu bila tibanya. Yang pasti, persediaan untuk menghadapinya perlu sentiasa berjalan.
Oh. Aku mahu menegur sesuatu. Zaman serba canggih ni, kita boleh mengetahui berita tentang kematian seseorang melalui gadget2 kita yang canggih sahaja. Cepat saja beritanya akan tersebar di laman2 sosial, blog2 dll. Jadinya bila si waris, atau si pengkhabar berita mengharap kita mendoakan atau menyedekahkan Al-Fatihah, alhamdulillah memang ramai yang akan kembali 'reply' dengan ucapan takziah, doa dan 'tulisan' Al-Fatihah. Aku harap semua yang menulis itu tidak sekadar menulis kosong saja. Pastikan lebihkan praktiknya daripada hanya menulis sesuatu yang tidak bermakna.
Dan adalah lebih baik jika doa itu tidak dituju hanya untuk si mati, tapi doalah untuk semua orang telah pergi sebelum kita. Dan janganlah doa itu dikirim hanya sekali, kerana menurut permintaan si pengkhabar berita tadi. Amalkan mendoakan untuk mereka setiap kali lepas solat, bila2 masa yang kita teringat untuk berdoa, 'attach'kan sekali doa buat mereka. baca Al-Quran jangan hanya untuk diri sendiri, niat untuk hadiahkan buat mereka, hatta untuk yang masih hidup pun boleh juga.mereka perlukan kita disaat mereka sudah tidak berdaya melakukan apa2 lagi. insyaAllah, apa yang kita doakan untuk mereka, kebaikan itu akan kembali semula kepada kita. Wallahualam.
Selamat Hari Jumaat semua! :)
bagi aku sunyi tu macam, rumah kau tgh blackout, ada satu je cahaya dari lilin, lepas tu dtg angin padam cahaya tu. kalau 7-feet under 'there' kau agak2 macam mana?
p/s: pergi melawat sahabat yg kehilangan ibunya minggu lalu, aku tahu pelukan aku tidak mampu mengembalikan ibunya, cuma berharap sedikit kekuatan aku mampu meresap ke jiwanya untuk menempuh hari2 mendatang tanpa ibu disisi. kawan2 tolong doa untuk kekuatan dia, dan kesejahteraan ibunya ya! jangan lupa doa untuk orang juga. :)
No comments:
Post a Comment