Wednesday, 4 May 2011

Travelog Syahadah

Assalamualaikum.

pesta buku dah berakhir.

aku dah boleh menarik nafas lega.

sebab aku dah bebas daripada asyik berfikir tentang pesta buku tu je.

tahun ini agak mengecewakan

aku tak dapat pergi

dek kerana bekerja

dan tiada teman mahu pergi

mama papa sungguh tidak menyapot

sebab tempat tu sesak

dan ofkos sebab buku aku hasil borongan tahun lepas pun masih ada

hmph.

takpe lah tahun ni azam habiskan dulu buku buku yang bertimbun tu

tahun depan mesti dapat pergi ok?? *cakap dgn diri sendiri hehe*

jadi misi aku tu telah aku mulakan minggu ni

aku baru selesai habiskan satu buku

tajuknya Travelog Syahadah





huish buku ni dari tahun lepas aku mula baca.

tahun ni dah bulan lima baru habis.

bukunya nipis aje.

jadi aku habiskan buku ni dulu sebagai "warm up" orang kata

apa yang menarik pasal buku ni?

buku ni pasal perjalanan seorang insan bernama Rashidi

menempuhi macam macam dugaan untuk beliau mengucap kalimah tauhid

beberapa kali permintaan beliau di buat tak endah

pernah dipenjara, 7 tahun berjauhan dari keluarga,

alhamdulillah selama dia menempuh pelbagai cabaran itu

akhirnya dia beroleh suatu kemanisan

yang mungkin kita yang dah sedia Islam sejak lahir pun tak dapat

aku doakan agar dia kekal dalam kemanisan itu

dan semoga kita semua dapat mencapai kelazatan iman itu suatu hari nanti, insyaAllah

kenapa aku beli buku ni dulu?

kerana aku terkenang seorang sahabat yang aku kenal sedari dia masih seorang Kristian

sehinggalah akhirnya dia revert kepada Islam

salam pertama yang diucap buat aku sungguh aku rasa bermakna

hari ni dia dah jauh dari aku

aku harap kelazatan yang dia rasa tak buat dia lupa akan aku dalam doa2 dia

dan semoga liku2 yang dia hadapi setelah bergelar muslim

tidaklah sehebat apa yang aku baca dalam buku ni, insyaAllah.

semoga dipermudahkan segala urusan buat dia.

p/s: yuk baca buku lain pulak! ^_^

No comments: