Thursday, 30 December 2010

kenangan musim salju

assalamualaikum semua.
hehe. lama kan tak tulis kat sini?
pergi cuti kat korea hampir seminggu cukup untuk membuat diri huru-hara sebentar bila masuk kerja balik.
kerana terlalu enjoy,
masuk kerja jadi blur je tak tahu nak buat apa,
blues je manjang, padahal ada je kerja,
ahh penangan oppa korea lah ni! (yo yo je.. :P)
memandangkan ini mungkin entry terakhir tahun ni (sebab esok cuti, maka balik rumah, maka kat rumah probability untuk online adalah low sbb malas, pjg plak explain keh3),
hopefully kita semua akan lebih bersemangat untuk menghadapi tahun-tahun yang mendatang ni,
tahun-tahun yang semakin dewasa,
tahun-tahun yang semakin banyak tanggungjawab,
yang nak bertukar status, kot2 nak bagi jemputan tu,
sound awal2 naa,
sebab tahun depan aku bakal bizi-mizi,
KENAPA??
sebab aku dah berjaya tukar course dari Master of Engineering (Biomedical) ke Master of Science (Bioinformatics)!!
wuhu.. aku akhirnya kembali ke pangkal jalan,
setelah sedar tak boleh bawa diri di dunia kejuruteraan,
seorang Awanis & Engineering is a total disaster beb!
aku macam cakap bahasa burung dalam kelas budak2 engine ni,
jadi babai Engineering Faculty,
terima kasihlah sbb kasi budak Science ni berangan2 jap nak jadi Engineer,
sem ni kelas aku hari Selasa, Rabu, Sabtu, Ahad, phewwww!
plus aku buat Master ni sambil bekerja,
jadi untuk aku nak upgrade status dalam setahun setengah yg akan datang ni agak mustahil lah,
(tapi who knows kan, lagi pun aku ada target 2013 bersama2 cik Sarah dan Alia. hihihi)
dan aku agak gembira walaupun ada jadual kelas yang hectic,
sebab salah satu subjek yg aku akan belajar tahun ni adalah..... Programming!!
wuhuu tak sangka akhirnya akan jatuh cinta sama programming,
tak sabar ni nak belajar programming, hehe,
jadi mohon kalian doakan aku berjaya dalam Master aku ni,
moga aku jadi tabah, sebab aku gerenti akan dilanda tekanan yang menggila,
tambah2 pulak tak tahu lah kelas ni nanti ada berapa orang,
semalam masa daftar macam sikit je,
aku duduk kat lab DG4 tu nanti konfem terkenang zaman2 3rd year masa sibuk dengan thesis tu,
musti aku rindu dengan kelas yang happening itu,
okeh la takmo sedih2 hujung2 tahun ni,
kena bersemangat!!
dan untuk korang semua, aku doakan semoga tahun depan adalah lebih baik dari tahun ni,
jom sama2 baiki diri!

Selamat Tahun Baru 2011!

p/s: azam? apa tu? tak perlu kot tahun baru untuk buat azam. kalau ada rasa nak berubah sekarang, dan dan tu jugak berubah, takyah tunggu tahun depan k! ^_^

p/s lagi: ada orang tunggu cerita aku kat Korea ke? nanti yeh! aku kasi layan sket gambar2 kat bawah ni dulu ok? :P


sup Chicken Ginseng yummehh!

bersama bestie ku menikmati Choc Chips Coookies yg besarrr gila! yummehh lagi!


gaya dah ada dah tu! :P ni kat ski resort.


banyak kan makanan tu? sume sedap except for...kimchi! no offense org2 Korea! sambal belacan lagi sedap! :P

oppa Korea! hakhak. namanya GJ. sebaya weh. dia janji mau email2 tapi takde pun. (saje je ayat kontroversi sket :P)

ye. mmg kami pergi berdua je, tapi ikut travel agent la. hehe. ni kat lokasi citer Winter Sonata.

amcam ski? ada beran x? best kecuali part golek2 la. sakit satu badan ha. tapi i will absolutely try this again, kalau ada chance lagi.

jumpa kawan kat Taiping dulu, dia belajar kat Korea, cakap Korea expert neh. tQ la bawak kitorg jalan2 kat Myeongdong. tempat ni ala2 Petaling Street tapi besauu gila.

opsss p/s lagi: orang semua cakap congrats kat team football Malaysia, aku pun nak cakap Congrats gak! terima kasih la sebab menang, sebab aku dapat cuti gak korang menang, walaupun semalam masa start game tu, aku hanya mampu dengar orang rumah sebelah pasang TV kuat2 dan jerit goal, dalam keadaan mamai2, sebab ngantuk gila aku pun hanyut dari pukul 8pm-12tgh mlm. pagi ni bangun Sarah cakap esok cuti. yeah!!

Sekian saja. Daa~

Tuesday, 14 December 2010

쿠알라룸푸르 서울로


aku dalam mood Winter Sonata
a few more hours
aku akan terbang ke bumi asing
kembara pertama aku bersama BFF. (hopefully ada lagi lepas ni)
doakan aku selamat pergi
dan selamat kembali juga
semoga aku dapat melawan kesejukan yg tidak terjangka
semoga aku dapat belajar sesuatu dari kembara ini
semoga cinta aku kepada Tuhan bertambah dengan perjalanan ini
doakan aku, please?
kita jumpa semula 6 hari lagi ya, insyaAllah!
selamat tinggal Tanah Melayu!


p/s: yeah ada nervous jugak sikit2. tapi excited lebih! ^_^

...KL to Seoul, with love...

Saturday, 11 December 2010

43 it is

hehe, tak habis2 dgn target 43 tu.
and today, mission's accomplished!
lets do better next year.

okeh, wanna share something.

hmm....where do i start..
okeh, since my mom's retirement,
i haven't cook at home,

since like ntah-la-bila-ek
i only cook at my rumah sewa,

which is maybe once or twice a week
(coz we have a pro there, so we'd better leave it to the pro..hehe.. alasan tak alasan?)

then today, i was sort of owe my parents, something,

and i'd promise to cook for dinner today

so, i started my 'job' at 8 p.m.

and phew, i never thought that it would make me nervous

its been quite a while

and i seems to have forgotten where did my mom put certain things

and whether i chopped the peas too big or too small

is it salty or not, etc etc, things like that u know

so i finished cooking an hour later

phew phew
phew
i'm so used to cook for small portion (note:budak2 rumah sewa tak makan banyak..hehe)

but at my home, they're different. (diorang makan bersungguh2... :P)

so i think its not a good idea to cook in small portion

i'm afraid that everything will taste like tak-cukup-rasa..
haha.
i guess i'm over-reacting about this
coz i think made it through

except that when my mom went to the kitchen after i finished cooking,

she asked me, "kenapa tak guna ikan bilis ni masuk dalam sayur?"

haha. i have thought about putting it,
but at that time, i don't think it suits my cooking.
so i answered, "ha'ah tak taruk, taruk benda lain, nak kena taruk ke?"

lagi mau tanya la kan

then she answered, "hmm nampaknya kamu tak terer lagi la masak sayur ni."

haish2 whatever, mom's cook is always the best ey?

i can't beat her, forever.....

but, its always worth trying, better than not trying at all right?
hehe.
so always practice your cooking skills, girls! and guys too ;)

sometimes, give your mom a break.

she needs to rest. :) good luck!



glad my mom doesn't have Ramsay's attitude! :P

p/s: can lupa-taruk-ikan-bilis be a reason for not thinking about marriage right now? hehe. :P

Friday, 10 December 2010

to beat 43


hey! sikit lagi nak capai target.
tgk tu entry tahun lepas ada 43.
tahun ni punya kalau campur entry ni akan jadi 42.
yeah2. ok la dalam serabut2 kerja pun boleh update blog.
tapi apa yang kita pentingkan kat sini adalah kualiti ye, bukan kuantiti.
dan ya, aku akui entri aku memang kurang kualitinya.
kerana aku tak put on effort pun untuk menghasilkan isi2 yang bernas.
kebanyakannya berkisar tentang diri aku, which is not good.
a good writer doesn't write about themselves. *sigh*
tapi takpelah, sekurang-kurangnya aku sedar,
dan awal-awal niat come back aku ni hanya untuk mengembalikan mood menulis.
boleh tengok mood menulis aku turun naik ikut jumlah entry setiap bulan.
azam tahun baru nak hasilkan penulisan yang lebih ber'isi'?
aku tak janji ya, masa aku susah nak diramal.
ini pun aku tengah tunggu nak copy table database.
satu table je pun, 97802 data, tapi sangatlah selow-melow nya,
dah lebih setengah jam dah ni, sabar je lah.
tahun2 lepas aku keseorangan di blog ni.
nampaknya tahun2 kebelakangan ni, dah ramai kawan-kawan yg ada blog.
berkembang-biak nampaknya, terutama sekali bioinfo circles.
bagus lah, dapat tahu update semua orang,
walaupun dapat jumpa sekali-sekala je masa kenduri kawen kawan2. hehe.
teruskan coretan kalian yeh!
pengubat kebosanan di ofis ;P
oke dah penat membebel.
table pun tak habis copy lagi. haish2.
selamat berhujung minggu semua! ^_^

p/s: dengar ayat ruqyah, rasa mengantuk, berdebar2... huhu.. mungkinkah ada gangguan atau sekadar saiko semata2? wallahualam. baca lebih lanjut di sini utk mengetahui tentang ayat ruqyah.

Thursday, 9 December 2010

everybody’s wrong


i think i have an artistic side in me
i love quoting songs
but its not to the extent that i could create my own songs yet
i love instruments
too bad i quit my piano class years ago
now when i'm thinking of learning again
my keyboard seems not working
life is short
too much things that we want to do
but so little time we got
also learning is costly nowadays
guess i just continue on quoting the songs
and maybe when this hectic part of my life ended
i'll start thinking of learning again
we never actually stopped learning after all....


current song that i felt so close to me:


"We succumbed to our demons of sadness
people are evil if they’re different from us
no one understand no one, so everybody’s wrong
we all justified ourselves, so everybody’s right."

Wani Ardy)

p/s: i'm in gloomy mood. i can't explain myself. too bad eyy?

Monday, 6 December 2010

terapi kanak-kanak

alkisah nya,
aku ada sedikit masalah kesihatan
dipercayai akibat stress
kenapa 'dipercayai'? sebab aku tak bertanya mana-mana doktor pun
sekadar buat assumption sendiri saja
masalah ni dah berlarutan 2 minggu
dan aku dah nak fikir yang kronik2 saja
pernah jugak aku menangis sebelum tidur malam
memikirkan ujian yang datang tiba-tiba ni
dan hari jumaat lepas
aku pergi bertemu si kecik Faheem
kerana rindu yang begitu menebal
sebab mama papa dah kensel pertemuan dgn cucu mereka tu
maka aku gagah drive sorang2 dr KJ - Seri Kembangan - Shah Alam
(mana boleh beb, dah letak harapan, pastu kensel, tak boleh jadi nak pegi jugak..hehe)
lalu gembira tak terkatalah
dapat jumpa si kecik yang semakin menakal
wayar pun nak masuk mulut u ols! huhu
angah, anak kamu ni bahaya lah (tapi comel)
tgk2 la dia main seterika tu
nasib tak dihempuknya kat belakang ai ni time sembahyang
lalu2 depan sejadah sambil gelak2 ingat org tgh main2 ngn dia itu ai boleh terima lagi. keh3.
oke berbalik kepada cerita asal
dah puas jumpa peluk cium bagai budak kecik itu
maka aku pun pulang ke pangkal jalan, balik la rumah Shah Alam
dan sungguh ajaib!
esok pagi tu, sakit aku tu terus menunjukkan tanda-tanda nak sembuh.
aku tak cakap sebab aku jumpa Faheem sakit aku nak sembuh.
mungkin ada sebab lain yang aku tak tahu. (note:ini assumption aku saja)
yang pasti, aku tau semuanya dengan izin Allah juga.
dan terapi kanak-kanak ni MUNGKIN salah satu jalan untuk aku mengatasi masalah ni
cara untuk aku hilangkan stress
dan aku akan tetap merujuk kepada yang pakar untuk permasalahan aku ni
insyaAllah, selepas pulang dari perjalanan panjang nanti
ha! pasal perjalanan panjang ni, nanti aku buat entry special pulak k.
(takdelah panjang mana pun sebenarnya. hehe)
akhir kata, Selamat Tahun Baru 1432H semua!
semoga tahun ini akan lebih baik daripada tahun lepas :)
jangan lupa baca doa akhir tahun dan awal tahun ya!


main cak-cak dalam kereta. ini gambar sebelum raya haji aritu.


highlight pun boleh buat mainan ye. hehe.


terapi minggu lepas. aksi posing teleng kepala.



p/s: teringat target bersama Sarah dan Alia menjelang 2013 nanti. yuk berusaha sama2 kawan2! :D
p/s lagi: tak perlulah tanya apa penyakit nya ok? cuma jangan lupa jaga kesihatan yeh! ;)


Friday, 3 December 2010

squeezed

diperah sehingga tiada apa lagi yang boleh diperah
mode 2 hari dah tak buat kerja
melainkan kerja-kerja rutin sahaja
nak bermula semula memang payah
inikah jalan yang aku pilih untuk beberapa tahun lagi?
selama mana aku boleh hari-hari memujuk hati
mengingatkan diri
kita tengok nanti




p/s: entry november baby nanti yeh. aku tengah tekanan perasaan internet macam ciput kat ofis ni. entry pendek camni ni nak edit ada la dalam 30 minit sebab button2 semua tak keluar. kompeni IT ke camni? TT_TT

Friday, 26 November 2010

pre - november baby

lama tak aku menyepi?
hehe. ada je kat sini.
cuma sedang mengejar deadline.
tak dapat curi2 masa kat ofis.
ada nak buat entry pasal hari ini.
tapi nanti dulu la ek.
check out the updated version soon ok?
till then, selamat berhujung minggu semua! :)

Friday, 12 November 2010

sharing

sharing is giving.
sharing is caring.
sharing is loving.
saja nak sharing2 dengan korang.
tanda aku sayang korang.


(picture courtesy of http://www.faizalr.com)


jangan suka main jentik-jentik.
nanti makan dalam.


read here, you'll know what i meant :


p/s: mana lagi bahaya? "jentik" ke jentik-jentik?

Thursday, 11 November 2010

break

boleh tak nak putus asa hari ni?
tapi janji esok akan bersemangat balik..
boleh tak?


.give me a BREAK.

seriously need a break from all this.




p/s: dah tau dah jawapan dia tak boleh. saja je tanya.

Tuesday, 9 November 2010

Match Box

“I don’t smoke but I keep a match box in my pocket.
When my heart slips towards a sin,
I burn a match stick and heat my palm.
Then I say to myself, ‘Ali You can’t bear even this heat,
how would you bear the unbearable heat of Hell?”

- Mohammad Ali



an old friend of mine posted this in her fb
i wonder
how many of us
could actually come across this "match-box" mind
whenever he/she are about to do something wrong
something sinful
or whatever you name it
i think not many could actually "lit up" the matches
probably they would
but only after they commit the crime
or maybe after they were caught on action
pathetic isn't it?
so friends lets teach our mind
most importantly our heart
to "burn a match stick"
and "heat your palm" (i meant literally...)
because no one could withstand the torment of Hell fire
even the legendary boxer can't
also the one whose made up of fire



p/s: to all girls/woman, please take a look at this website http://4hijab.tumblr.com, join if u want to, and share your thoughts so that people around the world could get your message. try it, its fun! :)

Wednesday, 3 November 2010

that voice!

running in the rain
so you won't see me cry
hiding behind the shadow
so i don't feel so hollow
i heard that voice
the voice i longed to hear back then
over and over again
till i could feel the pain
it repeats in my mind
makes me stumped
strike me out right
there it reminds me of me
of a younger me
someone i left for years
someone who left me for years
someone whose happy without me
someone whom i gloom without


~raindrops keep falling on my head~


i have a past. everyone does. but there's a part of my past that if i could bring it to the future, i would never be grateful enough.

hey you who left me in this sorrow, come back to me. i won't be mad. i promise.


p/s: i used to love writing poem. i still do now. believe it? or not? ^_^

Monday, 1 November 2010

summer november

hey its november already.
certain people should know why i love november.
for me, november pictures the summer.
not that I've experienced the summer itself.
(coz I've been nowhere except in this humid, tropical country, since like ages)
I just feel like it.
the refreshing summer.
the warmth and cozy.
the happy thoughts.
the giggles.
the hide and seek.
yada yada.
the list goes on.
this time, november comes along with the hajj season
another reason to be grateful
to see muslims all around the world
attending the annual pilgrimage
and fulfilling the fifth pillar of Islam
Allahuakbar!
insyaAllah, I'll be registering for my hajj soon.
hoping to be in the waiting list for the next couple of years.
lets pray friends.
so that we'll get the sacred invitation from Allah. :)

they said its impossible for us to be organized like this in less than 5 minutes.
nothings impossible if Allah's will.


oh here some booster for all of you, enjoy!

Friday, 29 October 2010

Jemu? Don't Be!

just a thought for the day.
something I heard from my MP3 this morning.
on the way to work.
and I would like to share it with my readers. (if there is any. hehe.)
very simple advise from our beloved prophet Muhammad (peace be upon him)
yet very few is capable to commit

in his hadith, the Prophet said
"Wahai manusia, lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehingga kamu jemu. Amalan paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit." (Bukhari & Muslim)

see people, how great is that? Subhanallah!

don't be bored eyy? even if u would look extra cute like this. hik3. ^_^


till then, Have A Great Friday everyone! Assalamualaikum.








Thursday, 28 October 2010

bookaholic

"penulis yang baik adalah pembaca yang baik"

mungkin sebab tu lah kot aku rasa aku rajin menulis sekarang ni
sebab aku dah kembalikan sifat "gila buku" aku tu
selama ni memang aku bookaholic
memang pantang masuk kedai buku
kecik-kecik dulu kalau tak dapat cari aku
cari la kat mini library kat rumah tu
biar berhabuk ke apa
berjam-jam aku duduk situ
satu buku baca berulang-ulang kali
cuma zaman kerja
dah tak banyak masa nak membaca
sebab tu lah blog ni sunyi sepi
no reading, no idea, so no writing :D
alhamdulillah aku dah rajin membaca semula
alhamdullilah juga aku dah mula menukar bahan bacaan aku
dan jiwa aku terisi kembali
tak rasa kosong lagi! :)



p/s : aku tak cakap aku penulis yang baik ye. insyaAllah sedang berusaha ke arah itu.

p/s lagi: nak hint jugak kawan2 lain supaya update blog korang. aku perlu bahan bacaan untuk hilangkan kekusutan yang kadang-kala hadir time2 menghadap coding camni! :) aiceh time ko rajen update blog, pandai pulak nak kata orang lain tak update blog. hehe.




Tuesday, 26 October 2010

Solusi

semalam Papa dengan Mama panggil aku
duduk menghadap diorang
Papa pun mulakan bicara
"ni Papa nak cakap sikit ni"
aku pulak berdebar apalah pulak ni
aku ada buat salah ke
"Papa nak cakap mulai sekarang Papa dah tak mau beli Mastika dah"
"sekarang Papa akan beli Solusi pulak"
"bagus majalah ni...blablabla..."
phewwwww *kesat peluh kat dahi* :P
Papa ni ingatkan apa la
gaya serius semacam
lawak la Papa ni
tapi dalam hati aku mengucapkan syukur
kerana usaha aku sejak berbulan-bulan lalu
untuk pujuk Papa supaya stop beli Mastika
akhirnya berhasil jugak
yang pasti, dengan izin Allah
Papa ni dia pembaca tegar Mastika sejak tahun berapa tah
siap ada collection lagi kat rumah kami
tak silap pernah la aku baca keluaran tahun 1970-an camtu
and I must say Mastika zaman dulu memang lain dari Mastika zaman sekarang
Mastika zaman sekarang ni
banyak sangat kupas isu masalah sosial dalam tu
daripada banyak terms "aneh2" yang aku tak tau
terus aku jadi tau
meskipun benda tu untuk kesedaran masyarakat
tapi aku rasa kalau diulang baca tiap-tiap bulan
berkali-kali sampai lekat kat otak
orang yang daripada tak tau boleh jadi tau
daripada nak hindar diri
dah terasa nak cuba-cuba
kita ni bukan orangnya yang kebal dari godaan nafsu
iman setipis kulit bawang bak kata orang
maaflah, aku rasa Mastika lebih baik widen their scope of writing
jangan terlalu tumpu kepada masalah sosial
banyak lagi isu-isu dunia yang boleh diketengahkan
masalah remaja-remaja Malaysia takkan sudah kalau hanya bercakap
tapi tindakan..? ZERO! (ok ada la sikit2..)
dia macam....talk to the hand!
omong kosong semata. hurm........




so kawan2, jom bertukar kepada Solusi pula! ^_^
kalau tak mau pun tukarlah kepada bahan bacaan yang lebih baik
tinggalkanlah majalah yang menjanjikan hiburan semata tu
sebab aku da rasa da
baca gosip memang seronok
tapi akhirnya aku sakit kepala
dan hati aku ada rasa tak enak bertandang
its never too late to change k! :)


p/s: berhasil jugak cubaan aku bawak letak 2 naskah majalah Solusi atas meja awal bulan hari tu.
p/s lagi: nampak tak aku dah semakin dewasa? hehe. takpela bagus apa jadi dewasa. :)