Saturday, 31 December 2011

First & Last

Assalamualaikum.

Alhamdulillah aku kembali semula untuk menulis entri pertama bulan ini, dan entri terakhir tahun ini. Lebih sebulan jugak aku tinggalkan blog ni kan?

Bulan Disember tahun ini menyaksikan aku terlalu sibuk menguruskan kehidupan. Dengan tanggungjawab kerja dan juga belajar. Waktu siang dihabiskan di pejabat, waktu malam di kelas, library ataupun menghadap assignment di rumah. Sampaikan cik housemate pun tegur rasa macam lama tak jumpa, sebab masing-masing pun sibuk jugak.

Alhamdulillah, meskipun dihimpit deadline assignment hampir setiap hari dalam setiap minggu, berjaya juga aku siapkan semua. Yang terakhir baru dihantar semalam. Dan hari aku dah boleh menarik nafas lega. Selesai sudah 30 jam kredit selama setahun ni. Dan tiada lagi kelas! (insyaAllah jika tiada masalah) Doakan aku ye!

Harus bersiap sedia untuk mulakan final project pula lepas ni. Tak sangka, program master aku dah hampir ke penghujungnya. Mudah? Nope. Nampak je macam mudah, tapi kalau aku dibawa semula ke masa sebelum semua ini bermula, mungkin aku akan kata tidak. Dan kalau ada orang mintak pendapat, aku takut aku akan pengaruh orang tu supaya jangan sambung master. tapi tak baik lah kan macam tu, sebab dalam mengejar ilmu memang tak ada yang mudah.

PhD? Setakat ni aku hampir pasti jawapan aku NO. Tapi tengok lah kalau aku dah bosan kerja nanti. Setakat ni, izinkan aku fokus betul2 pada kerja baru aku, dan izinkan aku menikmati rehat yang aku tak dapat selama setahun ni. Bukanlah aku nak rehat lama2 pun, cukup sekadar aku dapat meluangkan masa untuk diri aku, buat benda2 yang aku suka dan bersama dengan orang2 yang aku sayang.

Ok, entri ni macam nak jadi panjang je. Hm. Tengah malam ni kita akan menjengah ke tahun baru 2012. Azam? Sejujurnya aku memang tidak pernah ada azam tahun baru. Sebab wishlist aku sentiasa bertambah dari hari ke hari, dan aku tak perlu awal tahun untuk kosongkan senarai aku, dan buat senarai baru.

Plan malam tahun baru? Hurm. Aku ingat nak pergi program Ustaz Azhar Idrus kat Dataran Shah Alam tu. Tapi aku dengar cerita orang dah mula sesak kat situ. Aku memang bercinta sikit nak pergi tempat yang sesak dan susah nak parking ni. Pulak tu nak kena pergi dengan mak dan ayah, kesian kat diorang sesak2. Jadi mungkin aku akan dengar dekat radio je, takpelah yang pentingnya aku dapat ilmu, dan aku tak pergi berpeleseran sambut tahun baru tanpa tujuan. Tercapai jugak motif program tu (untuk aku je la) walaupun aku tak pergi. Sememangnya kalau aku tak pergi program tu aku akan duk rumah jugak.

Ops. Dah cukup panjang ni. Oklah, semoga kita sama2 berusaha menjadi yang lebih baik dari sebelumnya. Semoga akan ada episod2 yang indah menunggu kita di hadapan. Semoga Allah merahmati kita dalam setiap perkara yang kita lakukan. insyaAllah :)


Wednesday, 16 November 2011

Wordless Wednesday - Busy


It's not so much how busy you are, but why you are busy.
The bee is praised. The mosquito is swatted.



Friday, 11 November 2011

Assalamualaikum.

Selamat Saiyidul Ayyam semua! ^_^
hari ni semua orang sibuk berkongsi tarikh yg cantik.
ada yang suka, ada yang tak suka, ada yang tak rasa apa-apa.
aku? aku termasuk dalam golongan yang ketiga.
sebab kita semua ada kesukaan masing-masing.
macam warna kegemaran, makanan kegemaran, tarikh kegemaran.
semua orang takkanlah sama kegemaran diorang kan.
tapi pada pendapat aku, berpada-padalah dalam sukakan sesuatu.
janganlah terlalu taksub dengan sesuatu.
macam katalah aku suka warna merah, takkanlah hari2 aku nak pakai from top-to-toe semua merah kan. mesti ada yang meluat tengok aku.
takpun hari2 aku makan nasik lemak sebab tu makanan favorite aku.

aku cuma tak setuju part ibu-ibu yg sanggup di caesar kan semata2 nak anak lahir tarikh hari ni. unless kalau ibu tu memang dari awal dah tau tak boleh nak lahirkan anak secara normal tu aku kasi exception. exception pun janganlah baby baru 7 bulan dah nak paksa dia keluar. kesian kat baby.

tapi ibu-ibu yang boleh bersalin normal tapi rela untuk undergo caesarian, aku memang no comment betul. sebab aku as a woman, insyaAllah kalau Allah bagi rezeki aku merasai pengalaman untuk melahirkan, aku lebih prefer to do it naturally. rasalah kesakitan melahirkan, dosa-dosa kau akan digugurkan sepertimana ibu kau lahirkan kau dulu. aku tak cakap caesar tu tak sakit, tapi aku tak rasa dia sesakit orang yang bersalin normal. mak aku selalu cerita time baby keluar dia rasa dunia gelap kejap. dia pun taktahu dia hidup atau mati time tu. erk.

ok2 takpelah. apa pun tu masih tertakluk kepada pendapat masing2. selagi tak melanggar batas2 agama then it should be fine.

ok. Selamat Jumaat semua! Jom baca surah Kahfi hari ni. semoga mendapat keberkatan sempena Saiyidul Ayyam ini. ^_^

yg lelaki jgn lupa pi Solat Jumaat arini yeh




Too much of anything is good for nothing

Wednesday, 9 November 2011

lil kiddo

Assalamualaikum.

Alhamdulillah 9 Zulhijjah telah pun berlalu.
Semoga segala ibadah yg kita kerjakan sebelum, semasa dan selepas tarikh tersebut diterima Allah.
Ada rakan2 aku yang bekerja masa raya tu, semoga pengorbanan kalian dibalas dengan ganjaran oleh Allah S.W.T

Untuk Hari Raya ni, aku mula bercuti sejak hari Khamis lagi. Bukan nak beraya sakan pun, tapi sekadar nak merehatkan diri setelah melalui 3 bulan probation tanpa cuti. (dapat je cuti masa Raya dulu tapi tu unpaid leave, ni annual leave lain perasaannya, hehe)

Lagipun sebenarnya hari Khamis tu,ada hari graduasi adik aku nan seorang tu. Yeah, dia baru Form 5 tapi sistem MRSM memang ada graduasi untuk pelajar Form 3 dan Form 5. Graduasi tandanya pelajar2 ni dah penuhi segala silibus pembelajaran MARA termasuk kegiatan kokurikulum dll. Aku dapat tahu dari adik aku, ada 7 orang budak batch dia yang tak dapat grad, sebab pointer bawah 2.0. Sedihkan bilamana kau duk baring2 di dorm, kawan2 kau bergembira pakai jubah terima sijil. Tak apalah, SPM masih ada untuk kalian buktikan bahawa kalian juga mampu berjaya.

Itu adalah satu perkara yang aku tak setuju tentang sistem ni. Pelajar2 di "rank" mengikut pencapaian mereka. Seawal usia mereka, mereka sudah dikumpulkan mengikut kelas masing2, kelas pertama, kelas kedua (atas), kelas kedua(bawah) dll. Mujur zaman aku dulu takda kelas2 ni, sebab aku rasa kelas2 ni akan buat aku jadi demotivated. Lagipun kelas2 ni tak menentukan siapa kau di masa akan datang.Aku ada je kawan2 yang masa SPM result nya tak seberapa, tapi rezeki dia di alam pekerjaan melimpah ruah. Ada jugak yang sebaliknya, belajar hingga ke peringkat PhD tapi sampai sekarang tak bekerja.

Ok enough about that.

Aku sebenarnya nak cerita pasal graduasi tu. Setiap "graduan" boleh bawa 2 orang je masuk dewan. Of course la untuk adik aku, mama & papa aku yang akan masuk. Aku boleh tengok dari luar je kat screen besar yang dipasang. Tapi sepanjang majlis tu berlangsung, entah kenapa aku rasa sebak. Aku rindu zaman sekolah, aku teringat zaman aku berada di atas pentas tu. Masa tu, ibu bapa yang datang semuanya datang dengan rasa bangga, tak kisah la anak mereka yang pertama atau yang terakhir. Bagi mereka, graduasi itu tandanya berjaya. Dan pelajar2 itu semua gembira, ada keluarga yang tersayang, bersama sahabat2 yang sentiasa ada ketika tawa dan duka. Sahabat2 yg bukan di dunia sahaja sahabat, malah insyaAllah di akhirat juga.

Ah zaman2 innocent itu! Tiada siapa pun yang khabarkan bahawa alam selepas persekolahan itu lebih mencabar. Tiada siapa pun yang ceritakan bahawa alam pekerjaan itu lebih rumit. aku tengok adik aku dengan kawan2 dia, gembira betul! kalaulah aku boleh nasihatkan dia tentang bagaimana di masa hadapan itu, dunia akan datang mengejar dia, dan zon selesa dan selamat itu bagaikan sudah tidak wujud, mampukah dia memahaminya?

haha. sejak bila aku jadi kakak yang prihatin aku pun tak tahu. ok. ya, aku bimbang nak lepaskan adik aku ke luar sana. sebab aku lihat cita2 dia yg menggunung tu, tak sampai hati nak cakap yg realiti tu bukan semudah yg disangka. bukanlah aku nak mematahkan semangat dia, cuma aku nak dia faham realiti nya bagaimana.

untuk adik aku(aku tau dia tak baca blog aku), untuk keluarga aku, untuk kamu dan untuk aku sendiri, aku cuma boleh berdoa agar Allah meletakkan dunia itu di tapak tangan kita, tapi biarlah akhirat yang bertakhta di hati kita. insyaAllah.

panjang pulak entri kali ni kan. no wordless wednesday for me. hehe.

reciting Azan before we left home for umrah last March

aku dan budak kecik yang dah tak berapa kecik



p/s: Good luck for your SPM lil kiddo!


I never approve u and that girl, but since I can't do anything bout it I just hope u know the limit and boundaries between both of you.

Tuesday, 1 November 2011

If I die young


"If I Die Young"

If I die young, bury me in satin
Lay me down on a, bed of roses
Sink me in the river, at dawn
Send me away with the words of a love song

Uh oh, uh oh

Lord make me a rainbow, I'll shine down on my mother
She'll know I'm safe with you when she stands under my colors, oh and
Life ain't always what you think it ought to be, no
Ain't even grey, but she buries her baby

The sharp knife of a short life, well
I've had just enough time

If I die young, bury me in satin
Lay me down on a bed of roses
Sink me in the river at dawn
Send me away with the words of a love song

The sharp knife of a short life, well
I've had just enough time

And I'll be wearing white, when I come into your kingdom
I'm as green as the ring on my little cold finger,
I've never known the lovin' of a man
But it sure felt nice when he was holding my hand,
There's a boy here in town who says he'll love me forever,
Who would have thought forever could be severed by

The sharp knife of a short life, well,
I've had just enough time

So put on your best boys and I'll wear my pearls
What I never did is done

A penny for my thoughts, oh no, I'll sell them for a dollar
They're worth so much more after I'm a goner
And maybe then you'll hear the words I been singin'
Funny when you're dead how people start listenin'

If I die young, bury me in satin
Lay me down on a bed of roses
Sink me in the river at dawn
Send me away with the words of a love song

Uh oh (uh, oh)
The ballad of a dove (uh, oh)
Go with peace and love
Gather up your tears, keep 'em in your pocket
Save them for a time when you're really gonna need them, oh

The sharp knife of a short life, well
I've had just enough time

So put on your best boys and I'll wear my pearls



If I die young
I hope that I've completed my 5 pillars of Islam.
I hope that Allah has forgiven all my sins
and so does my sins to other human being and Allah's creatures
I hope I was able to recite the syahadah during my sakaratulmaut
I hope my death would be in peace and my journey in the barzakh were eased.
I hope I don't left any debt behind


Had a bad dream last night
Had a bad start for today
Happy 3rd Month with the new company!
Hey November, treat me well!

p/s: i love Sam Tsui, his cover song, but don't mind the lyrics. take the words just as to make the song beautiful. never wished to be buried in satin okay! :P


"Funny, when you're dead how people start listening"


Friday, 28 October 2011

bella luna



Someone post this in FB.
I dont quite get the story behind this song.
But the melody is just beautiful. :)

Tuesday, 25 October 2011

say alhamdulillah!

Assalamualaikum..

alhamdulillah, hari ini masih bernafas di bumi Allah ini.
jom check sikit bila last entry?
12 Oct.. ok hampir 2 minggu..
bila sibuk, cepat je masa tu berlalu kan..
sejak akhir2 ni aku diburu oleh deadline yg begitu banyak.
projek kat ofis. dan juga assignment master.
sampaikan bersembang dengan cik Sarah pun melalui chatting sahaja. padahal duduk satu rumah.
dan sejak aku dah diberi kepercayaan untuk handle projek kat office, team leader aku gemar bagi aku projek untuk UK team. which means, akan ada beberapa hari yang aku kena kerja during UK hours.
first project aku tak masuk office seminggu, sebab malamnya bekerja. i like it, sebab siang aku ada masa untuk buat assignment kelas. cuma nya, aku akan jadi terlalu penat, sebab my mind is occupied all the time. sampai kan aku susah nak tidur sebab before tidur otak aku masih berfikir lagi.

kemuncaknya adalah minggu lepas, bila aku demam, dan aku rasa berat nak bawak badan, segenap inci badan terasa sengal2 dan macam dicucuk2. hoho. jgn pikir yg bukan2. lalu, solusi nya adalah, pergi berurut! aku request kat mama untuk pergi berurut sebab badan dah rasa tak sedap. duduk rasa tak kena, berjalan pun rasa tak kena. dan memang aku 'kena' dgn agak hebat la dengan makcik urut tu. rasa macam nak nangis je, tapi tahan dan istighfar banyak2. so scary (tapi sedap!) sampai aku boleh dengar urat aku bunyi keletak keletuk. makcik tu pun macam terkejut, siap tanya, "adik ni kerja apa?". =_=" sy kerja angkat batu makcik. hakhak. of cos la aku tak jawab macam tu, aku cuma mampu gelak2 je (dalam kesakitan..hehe). alhamdulillah, dengan bantuan makcik tu, dan dengan kehendak Allah juga, aku sihat seperti sedia kala. dah tak rasa macam nenek bongkok tiga. hehe. tapi sekarang aku duk sakit gigi bongsu nak tumbuh! tsk. takpe2 sakit itu kaffarah dosa. semoga sakit ni menghapuskan dosa2 aku yang banyak tu.

oh ya, walaupun aku agak sibuk, aku bersyukur kerana Allah sentiasa cukupkan masa aku. ya, memang kadang2 kita rasa 24 jam tu tak cukup, tapi sikit nasihat aku nak bagi, cukupkan masa kita untuk Allah, nescaya Allah akan cukupkan masa kita. aku kadang2 rasa nak lewatkan solat sebab nak buat kerja dulu, tapi aku selalu ingatkan diri sendiri, "cukupkan masa untuk Allah, nanti Allah cukupkan masa untuk kau". alhamdulillah! semua projek dan assignment dapat di deliver on time. ada sekali aku karang email untuk lecturer sebab nak mintak permission hantar assignment lambat, tp in the end email tu tak pernah dihantar.





so peeps, make Allah as your main priority! you'll be amazed at how He will make your life ease afterwards.

till then, selamat bercuti semua!

Wednesday, 12 October 2011

Wordless Wednesday


somehow I hope this is true, though I think usually its the other way around

p/s: mungkin hari ni takde kerja lagi. :)

Tuesday, 11 October 2011

Wordless pre-Wednesday


because i'm bored and have nothing to do

wrong number!

Assalamualaikum..

korang pernah hadapi situasi ni?

ada orang salah no, terdail no korang, pastu bila dah sedar salah no tu, orang tu masih contact2 dan konon nya nak berkenalan lah.

so pernah tak?

ok, sepanjang hidup aku, aku pernah la alami benda ni, ada la dalam 2-3 kali. tapi aneh betul, bila salah2 no ni mesti yg salah no nye lelaki, ataupun mungkin ada jugak terjadi dengan perempuan, tapi apa barang beb perempuan nak berkenalan dengan perempuan kat telefon ni kan.

haha. pengalaman aku yg 2-3 kali tu memang tak berhasil la kan.. zaman aku muda-mudi (eh sekarang muda jugak), aku rasa aku memang expert buat satu conversation tu jadi bosan, and I intentionally did that! yelah, this is real life man! dalam novel boleh la kau nak berkenalan2 then jatuh cinta bagai sampai kahwin dapat anak semua. hoho. in real life, things don't work that way. especially zaman sekarang yang banyak scam, jenayah etc. seriau du-uh!

ok2 aku dah nak masuk cerita punca aku cerita pasal mende ni.

punca nya, sebulan yang lepas (omaigod! aku tak percaya aku akan hadapi lagi benda ni), aku mesej la kawan aku, without knowing yang dia ni dah tukar no fon.

"Weh F***, ko jadi tak nak pegi blablabla..."

pastu lama tak reply aku pun pi la tanya kawan2 aku no baru kawan aku ni. ok fine, memang dia da tukar no fon. ok aku ingat kisah ni dah abes la kat sini.

tup tup.. 2-3 hari lepas tu ada call masuk dari no lama kawan aku ni..
aku pun main angkat je la, dengan niat nak bagitau aku tersalah no. tapi aku angkat takde suara orang pun. aku je sorang yang macam pandai cakap sorang2, "Hello.. Hello.. Hello???"
dah camtu aku pun apa lagi, hang up la kan.

tup tup 2-3 minit lepas tu orang tu mesej, "Ni siapa ye?"
aduhai lemah betol la, aku pun cerita la kedudukannya, pasal aku salah no sume, ok setel kat situ.

then few weeks later, aku tatau la apa lagi dia ni nak, dia miscall aku tengah2 malam, pukul 12 tepat hokeyy. walaupun aku tak tido lagi, memang kejadah kalau aku layan dia ni. mende ni berlarutan untuk beberapa malam. dan sampai ke sudah aku tak layan. kehkehkeh.

until................semalam! aku tengah kelas, dia mesej, "Nk tny ckit bleh x?"
ok, thats another reason why aku malas layan dia.. sebab mesej dia macam kanak2 sekolah. cuba eja elok2 sikit. huhu.

tapi sebab dia ni nampak macam tak putus asa, semalam aku rasa macam, ahh why not give it a try? and kata2 membe aku masa reU sekolah dulu pun terngiang2 kat telinga aku, "kita ni jgn selalu tolak jodoh, takut nanti jodoh tu tak dtg dah". haha. jauh kan aku fikir? tp betul kan, who knows if Allah dah tetapkan jodoh aku nak datang dengan cara ni.

ok sambung balik.. then dia ni pun tanya la nama aku and aku tinggal kat mana.. aku jawab paling simple, "Nama sy A*** (bukan nama sebenar), tinggal kat KL (KL tu luas yaw!)" :P

and then aku tanya dia "Awak umo berapa?"

dia jawab "Umo sy 20 thn", huh bosan betul, budak2 lagi.. haha!

aku pun terus reply, "oh saya umo 24", dia tak tanya pun,aku saje nak bagitau sebab aku excited sgt nak tau apa reaction budak tu.

and reply yang aku tunggu2 pun tiba, "oh takpe la macam tu eh, maaf ya"

-_-"

hohh? kenapalah budak ni buat aku rasa tua sangat??

(oke skg aku rasa nak tampar diri sendiri, korang jgn gelakkan aku pls? :P)

ok ok gelak la, aku memang sengaja nak hiburkan korang pun, kalau tak takkan aku cerita kat sini kan.. heheh..

so conclusion yang aku dapat semalam, don't open the "door" to strangers. :P

and jgn main text msg dalam kelas, you'll regret it! :P sib baik aku sempat catch up jugak dalam kelas tu. tehee~





don't you know, things don't work like that anymore?

Monday, 10 October 2011

post-reading symptom

Assalamualaikum..

Penat dah kan dgr aku membebel pasal dah lama tak update blog?
Aku pun penat. So biar je la masa yg menentukan bila momentum aku akan kembali. keh3.

Okeh. Sebenarnya aku sedang mengalami simptom novel post-reading.. haha suka hati je kan aku kasi nama.
berikut adalah simptom post-reading yg aku alami:

1. aku membayangkan alangkah indah kalau hidup aku macam dalam novel. (tapi aku sedar, aku kena bersyukur dengan apa yang aku ada)
2. aku tak boleh tidur malam, sebab segala apa yang aku baca akan terbayang2 kat fikiran aku. especially part-part yang best.
3. aku akan rasa one kind of loneliness, like semua excitement yg aku dapat masa membaca tu dah hilang. kadang2 aku harap novel yg aku baca tu takkan ada penghujung. pernah dengar, The Neverending Story? hmm.
4. kalau ending yg aku baca tu macam takde penyelesaian, aku akan rasa menyesal yg tak sudah sbb baca cerita macam tu. that's why i prefer to read the ending first, then baru beli. aku tau, tak best kan revealing the best part of a novel, which is the ending. tp lagi tak best kalau buku tu dah seronok2 tapi ending nye hampeh.
5. menulis blog ni adalah salah satu simptom nya. sebab aku rasa ada sesuatu yang aku nak luahkan. tapi aku masih tak dapat luahkannya dengan tepat, or aku tak boleh luahkan benda yang sebenar, sebab ia adalah salah satu rahsia terbesar aku.

apa yang aku bebel ni? terima je lah ye. untuk orang yg dah tepu nak menulis, this is better than nothing.



sometimes i feel like i'm ready, but i don't know how to say i'm ready, in a way that people don't take it as its just another joke i made.

Wednesday, 28 September 2011

Wednesday, 21 September 2011

Wordless Wednesday - Down The Memory Lane



Bukit Nasah Kenayat, Gerik.
credit: Maisarah Ridzwan

Wednesday, 24 August 2011

Al-Miski

Assalamualaikum

Here's more from tehsecawan

Kisah ini terjadi di tanah Syam. Kisah yang banyak disebut dari mulut ke mulut sampai abad ini. Ini adalah kisah ketakwaan seorang pemuda. Seorang pemuda yang bekerja sebagai penjual kain keliling. Ia berkeliling dari satu daerah ke daerah. Dari satu kawasan ke kawasan lain. Dari lorong ke lorong. Dari rumah ke rumah. Ia berkeliling sambil memanggul kain dagangannya. Akhirnya masyarakat mengenalinya sebagai Si Penjual Kain Keliling.

Diantara kelebihan pemuda ini adalah bentuk tubuhnya yang gagah. Kulitnya yang putih. Wajahnya yang mempesona. Dan keramahannya yang luar biasa. Sehingga siapapun yang melihatnya akan terpesona kerananya. Itulah kurnia Allah yang dianugerahkan kepadanya.

Suatu hari, ketika dia sedang berkeliling menjajakan dagangannya, tiba-tiba ada seorang wanita memanggilnya. Dia pun segera menghampiri. Wanita ini menyuruhnya masuk ke dalam rumah. Rumah itu sangat mewah. Agaknya wanita itu termasuk golongan bangsawan. Apabila si pemuda masuk ke dalam rumah, wanita itu terus menguncikan pintu. Wanita itu sangat terpesona dengan ketampanannya. Wanita itu sudah lama tergila-gila padanya. Sudah berkali-kali wanita itu memerhati ketampanannya secara diam-diam ketika pemuda itu melalui depan rumahnya.

Wanita itu berkata, "Wahai pemuda tampan. Sebenarnya aku memanggilmu bukan untuk membeli barang daganganmu, tapi semata-mata kerana aku sangat mencintaimu. Selama ini aku tergila-gila pada ketampananmu. " Pada saat itu, tak ada seorang pun didalam rumah selain mereka berdua. Wanita bangsawan itu dengan penuh harap merayunya untuk berzina. Si pemuda pun mengingatkannya akan pedihnya seksa Allah.

Namun, semua usahanya sia-sia belaka. Setiap perkataan yang diucapkan pemuda itu membuat wanita itu semakin menggila dan nekad. Wanita itu semakin bersungguh-sungguh untuk menakluk pemuda itu. Namun pemuda itu tak berganjak imannya. Dia menolak dengan tegas. Oleh kerana si pemuda sentiasa menolak, wanita itu mengancam, "Jika kamu tidak menurut apa yang kuperintahkan, aku akan berteriak sekuat-kuatnya dan mengatakan kepada orang ramai bahawa ada orang yang masuk kerumahku dan ingin memperkosaku. Mereka pasti mempercayai ucapanku kerana kedudukanku dan kamu telah masuk dalam rumahku. Akibatnya kamu akan binasa. Kau akan dianggap penjahat paling nista bahkan orang ramai akan marah dan menggantungmu hidup-hidup !" wanita itu mengancam dengan serius.

Pemuda itu terus berfikir bagaimana mencari jalan keluar. Dia tidak mahu melakukan maksiat tapi juga tidak ingin dapat musibah yang lain. Dianggap oleh masyarakat sebagai penjahat lalu digantung tanpa ampun. Sungguh, ini hal yang sangat menyakitkan. Beberapa detik kemudian tiba-tiba terbitlah idea nekadnya. Kadang-kadang tindakan nekad mesti dilawan dengan nekad juga. Sambil tersenyum ia berkata, "Baiklah. Bolehkah aku ke bilik mandi untuk membersihkan diri terlebih dahulu ? Lihatlah tubuhku penuh dengan peluh yang baunya tidak sedap ! " Mendengar katanya, wanita tersebut sangat gembira kerana menganggap dia akan menuruti keinginannya dan berkata dengan hati yang gembira, "Oh, tentu saja boleh wahai kekasihku."

Si pemuda pun segera masuk ke bilik mandi. Penyataan itu tadi sekadar untuk menyelamatkan diri sesaat. Mencari tempat yang tenang untuk berfikir. Sampai di dalam bilik mandi tubuhnya gementar kerana takut jatuh dalam kemaksiatan. Wanita adalah perangkap syaitan. Tidak ada seorang lelaki dan wanita yang berduaan, kecuali ada yang ketiga iaitu syaitan, demikianlah sabdaan Rasulullah SAW. Dia pasrah kepada Allah. Ya Allah, apa yang mesti aku lakukan ? Berilah hambaMu petunjuk ya Allah.

Tiba-tiba tercetus sesuatu dalam fikirannya, dia bergumam, "Aku tahu pasti, diantara golongan yang akan mendapatkan naungan pada hari tidak ada naungan lagi di hari kiamat adalah seorang pemuda yang diajak berzina oleh seorang wanita cantik dan berkedudukan, lalu ia mengatakan, 'Sungguh aku takut pada Allah !' Aku juga tahu bahawa orang yang meninggalkan sesuatu kerana takut kepada Allah, maka Allah akan menggantinya dengan yang lebih baik. Tidak sedikit orang yang menurutkan hawa nafsunya yang mana akhirnya membawa kepada penyesalan hingga akhir hayatnya. Jika aku lakukan kemaksiatan ini, Allah akan menghilangkan cahaya dan kenikmatan dari hatiku. Wahai Tuhan, tidak, tidak ! Sekali-kali aku tidak akan melakukannya ! Tapi apa yang mesti aku lakukan ? Apakah aku harus menyelinap dari jendela ? hal itu mustahil kerana jendela ini dikunci dengan kuat dan sangat sukar membukanya. Kalau begitu aku harus melumuri tubuhku dengan kotoran. Ya aku harus melumuri tubuhku dengan kotoran. Semoga jika dia melihatku seperti itu, dia akan merasa jijik lalu mengusirku."

Benar saja, lalu dia buang air besar dan melumuri seluruh tubuhnya dengan kotoran buang air besarnya. Seluruh rambutnya, mukanya, dada, tangan, dan semuanya. Dia sendiri sebenarnya merasa jijik. Bahkan ia mual dan sempat muntah. Sambil menangis ia berkata, "Ya Allah ya Rabbi, kerana rasa takutku padaMu aku melakukan ini ! maka gantikanlah untukku yang lebih baik." Lalu iapun keluar dari bilik mandi dan wanita tersebut tersebut terkejut melihat keadaannya. Dia merasa jijik sambil menjerit dan berteriak dengan kuat, "Keluarlah, hai orang gila ! Dasar pemuda gila, keluar kau jangan kau mengotorkan rumahku."

Dia pun berjalan keluar dan berpura-pura berlagak seperti orang gila. Sampai diluar rmah, dia cepat-cepat mencari tempat yang sunyi. Dia takut dilihat orang dan takut mereka akan menghinanya. Jika itu yang terjadi maka barang jualannya tidak akan laku lagi kerana dia akan dianggap benar-benar gila. Beberapa orang yang melihatnya merasa hairan dan menertawakannya. Dia terus berjalan menuju rumahnya melalui jalan yang lenggang. Dia merasa sangat lega ketika sampai dirumahnya terus melepaskan pakaiannya dan segera masuk ke bilik mandi untuk membersihkan seluruh tubuhnya.

Ketika ia keluar dari bilik mandi, Allah SWT menunjukkan kekuasaanNya. Allah menjadikan bau harum yang sangat luar biasa memancar dari seluruh pori-pori tubuhnya hingga ajal menjemputnya. Bau itu boleh dihidu dari jarak beberapa meter. Akhirnya dia dikenali sebagai "Al-Miski" atau Orang Yang Seharum Kesturi. Kisah ini menjadi bukti keagungan Allah. Kisah nyata ini masih dapat dilihat peninggalannya. Di tanah Syam, ada sebuah makam yang tertulis "Al-Miski". Itulah kubur orang mulia yang menjaga kesuciannya ini....

p/s: oh where do i find someone like u?

Lapan Perkara dari Lapan Jenis Manusia

Assalamualaikum

Sempena encik team leader tak masuk lagi, dan kerja pun dah setel, meh aku nak share ni sikit. Aku dapat dari blog ni tehsecawan . Bagus jugak entri2 dalam blog ni, tapi aku tgk last update dia bulan Julai. Takpelah, ilmu kalau bermanfaat boleh pakai sampai bila2 pun ye dok?

Ok here it goes,


Kata sesetengah Ulama :

Sesiapa yang duduk bersama lapan jenis manusia ini, Allah SWT akan tambahkan baginya dengan lapan perkara:

1) Sesiapa duduk bersama pembesar-pembesar, Allah SWT akan tambahkan kepadanya sifat membesar diri dan keras hati.

2) Sesiapa duduk bersama golongan orang kaya, Allah SWT akan tambahkan kepadanya sifat tamak akan dunia.

3) Sesiapa duduk bersama golongan orang faqir, Allah SWT akan tambahkan kepadanya sifat redha dengan apa yang dikurniakan oleh Allah SWT.

4) Sesiapa duduk bersama kanak-kanak, Allah SWT akan tambahkan kepadanya sifat suka bermain-main.

5) Sesiapa duduk bersama perempuan, Allah SWT akan tambahkan kepadanya kejahilan dan nafsu syahwat.

6) Sesiapa duduk bersama golongan orang soleh, Allah SWT akan tambahkan kepadanya sifat suka beribadat.

7) Sesiapa duduk bersama ulama, Allah SWT akan tambahkan kepadanya ilmu dan warak.

8) Sesiapa duduk bersama golongan orang fasiq, Allah SWT akan tambahkan kepadanya dosa dan menangguhkan taubat.

Maka pilihlah apa yang engkau kehendaki sekiranya engkau mempunyai akal dan hati.


I'm not very sure dengan statement no 5 tu, sebab aku kan duduk dengan perempuan. ataupun statement tu ditujukan untuk lelaki sahaja. Wallahua'lam.

Alhamdulillah, aku rasa aku sekarang dikelilingi orang2 yang baik, jadi perasaan nak buat jahat tu memang jauh sekali lah. :)

So kawan2, choose your friend wisely ok? Salam~

p/s: 2 more days to holidayyyyyy... :DD

Friday, 19 August 2011

stumble stumble






p/s: bila bosan main stumble. eh tak, boss takde main stumble. :)

Tuesday, 16 August 2011

separuh masa pertama

Assalamualaikum..

semalam 15 Ogos 2011
bersamaan 15 Ramadhan 1432H
tarikh yg menandakan
dah 15 hari kita dalam bulan Ramadhan
adakah ibadah kita semakin meningkat, atau semakin merudum?
semalam juga menandakan genap 2 minggu aku di company baru
Alhamdulillah, Tuhan dah banyak mudahkan urusan aku
sekejap saja tempoh aku bergelar penganggur
aku kini berada dalam suasana baru
tidak lagi berada dalam 'comfort zone' aku
persekitaran baru ini, memerlukan aku lebih banyak berkomunikasi
terutamanya dengan yg berlawanan jantina
dan komunikasinya bukan dalam bahasa 'mother tongue' aku
ok, aku anggap ini peluang untuk aku belajar.
oh ya! semalam juga menandakan genap 2 tahun setelah aku melangkah keluar dari alam universiti
rata2 rakan semua sibuk dengan kerjaya
jarang ada masa nak bersua (lain la yg duk satu rumah tu kan..hehe)
jadi aku berharap kita semua masih kita yang dulu
cuma mungkin lebih matang
lebih bijak
dan lebih menunduk ke bumi
cari rezeki, cari rezeki jugak ye..
bekalan akhirat jangan lupa! :)

ok, harap masih tak terlambat nak wish Selamat Menyambut Ramadhan! gunakan kesempatan 15 hari lagi ni dengan sebaiknya ok?




p/s: status? haha. status aku masih sama macam 2 tahun yg dulu. takpe kasik can kawan2 dulu. :P


-first entry dari South Tower, The Gardens-

Thursday, 14 July 2011

pelangi datang lagi

Assalamualaikum,

Lama tak menjengah ke sini.
Sebulan yang lalu, hidup aku agak huru-hara.
Something has happened.
Aku dah takde mood nak berblog.
Kadang2 rasa nak delete je blog ni.
Tapi mengenangkan aku dengan blog ni dah 4 tahun,
rasa sayang pulak.
So aku akan bear dengan blog ni selagi boleh.

Ok2 aku bukan nak bersedih hari ni.
Hari ni aku nak menyampaikan rasa syukur aku,
sebab Allah sentiasa kurniakan rezeki yg tak putus2 buat aku,
dalam kelalaian aku,
Allah masih ingat aku,
Allah masih memberi pada aku,
satu nikmat ditarik, Allah gantikannya pula dengan yg lebih baik.
Aku tak sangka secepat ini Allah menggantikannya,
dan Allah telah memudahkan segalanya buat aku,
Alhamdulillah.
Kekecewaan yang aku alami sejak sebulan lalu,
bagaikan terbayar hari ini.

Untuk sahabat-sahabat yang senasib dengan aku,
jangan putus asa dengan Allah,
selalu ingat Dia,
insyaAllah Dia akan cukupkan segala apa yang tidak cukup itu.
Be strong! Have faith in Allah!
Have faith in yourself!

Bulan segala rahmat dah nak datang sikit masa lagi,
gunakan peluang ini sebaik-baiknya,
semoga kita semua akan dapat kebaikan daripadaNya, insyaAllah.



p/s: pelangi aku dah muncul kembali. aku tahu ia sentiasa disitu walau tersorok dek panas mentari atau diselebungi mendungnya hari. :)

Thursday, 23 June 2011

Sayonara

Assalamualaikum.

Hari ni hari terakhir aku bersiaran dari UNIFI.

Semoga lain kali ada lagi rezeki aku nak pakai UNIFI.

Terima kasih untuk semua movie, lagu2, software dan apa2 je lah.

Akan ku kenang segala jasamu.

Semuanya telah membuatkan aku gembira sepanjang setahun ini.



p/s: who would have guess it all ends like this~

Tuesday, 7 June 2011

how 2 years has past

this is about a boy who had captured my heart the first time I met him...
2 years has past, but this feelings will remain...

last time he only ate his baby biscuits

now i enjoyed feeding him anything he wants to eat.. and he eats A LOT! :D


last time i can goo goo gaa gaa him

now he prefers to run around the table...and making me exhausted to run after him! :D


last time he can't actually focus at the camera.

now he can, but he prefers not to.. especially when he's busy playing the Ipod. look what's in his hand! haih. :D

you're big boy now, baby! you don't even know how to point your tongue back then. tehee. :P

i love you Adzryl Faheem!

i miss you thisssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss much! (a lot more than that but it'll be ridiculous to write that long. tehee.)

p/s: another 1 month to reach your big 2! what you want for your birthday baby? *love love*

Friday, 3 June 2011

kerana nyawa itu bukan milik kita

i'm speechless.
another shocking news!
angah ym-ed me just now
saying her friend's 7-months-old son just passed away last night
I had been her friend's blog's silent reader since forever
coz I just love reading her updates about her son
I like seeing his sweet smile, added with his cute dimple
I silently became his fans
just past few days I see his latest picture
in his cute grey-ish leggings
and today he's gone
suddenly I'm feeling some pain in my chest
it must've be even painful for the mother
to lose her first child
her bundle of joy
her angel
I hope you will be stronger sister
your son's in good hand now
Allah must've love him so much that he could not lend him to you too long
Jannah is for him for sure, InsyaAllah for you too.

May you be in peace, Aidan Iman....

Monday, 30 May 2011

end result

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, hari Sabtu lepas aku dah berjaya menggodek meatballs seperti yang dirancang. Klik sini untuk resipi. Inilah hasilnya!

350g daging boleh menghasilkan 36 biji meatballs.





Ok presentation macam plain je kan.. sebab aku dah penat menggodek meatballs ni, lalu malas nak buat side dish nye pulak. lagipun ada kenduri kawen, plus kat umah mesti la aku nak makan masakan mak aku. hakhak.

Menurut pembacaan aku, side dish boleh terdiri daripada mashed potato, french fries, coleslaw, salad etc etc.

Rasa dia? Aku rasa ok2 je la. Tapi terlalu meaty. Sebagai penggemar daging, aku rasa aku tak boleh makan meatballs ni banyak2, pening kepala, too much cholesterol and oily kot. Sos pun macam agak muak, jadi aku tambah pepper banyak3x and add sauce summore. hee.

Others opinion? Papa cakap sedap. Mama cakap sedap jugak. tapi Mama's first impression is... "abby buat bergedil ke ni?" lol!

Overall? Ok je la. Next time aku nak try alter resipi ni. Ini pun aku dah alter2 jugak ikut selera anak tekak. We'll see how it turns out next time. :D

p/s: special sem aku dah nak start esok. aku harap blog ni tak suram semula, but thats too early to tell. lets hope class dis sem tak hectic sangat. yolah tu tak hectic, kalau class from tuesday to friday ape ke yg tak hectic nya tu? huhu.

Saturday, 28 May 2011

Years From Now

Assalamualaikum.

I cannot help but to post an entry tonite. The reason is because of this song! I had to post it and share it here after I heard Aizat sang them in AF. Oh my! I love it to bits! :D I just heard it for the first and quickly googled for the lyrics. You really nailed it Aizat, great job!


Aizat – Years From Now Lyrics

What will I be years from now
What will I wear, how will I look
I think too much, I think too much

Sometimes it’s scary over thinking
What you have or haven’t done
You think too much, you think too much

Will the rain smell the same
Will our loosing treacherous game
And the star much shine
The colours seem so blurry
Will I end up all alone
Without a shoulder to cry on

What will I be years from now
I have answered them but none have answered me
And when my time has come
I hope my last seconds in this life will have you
Will have you

Will the rain smell the same
Will our loosing treacherous game
And neglect most people who
Seems so worthy


p/s: Or I'm being biased? Coz I love all of his song, he's so talented! OMG. tak sangka rupanya aku minat Aizat. :DD

Friday, 27 May 2011

Something Unexpected

Assalamualaikum wbt

Semenjak dua menjak ni, begitu banyak berita kematian yg mengejutkan aku dengar. Seorang blogger yg beberapa hari sebelumnya sempat mengupdate blog. Ibu kepada sahabat aku yg tidak pernah aku dengar khabar beliau sakit atau apa-apa. Mangsa tragedi tanah runtuh Hulu Langat. Ramai lagi lah.

Sungguh, bergetar hati aku setiap kali, dan beberapa malam tidur aku terganggu kerana memikirkan, "bagaimana jika aku tak bangun lagi esok pagi?". Mungkin benar ada sesetengah pendapat bahawa, jika manusia ni benar2 mengingati mati, nescaya dia tidak akan betah membuat pekerjaan2 lain melainkan hanya beribadah kepada Allah. (oh aku benci diri aku yg akhirnya masih boleh tidur hingga lewat bangunnya).

Aku sebenarnya tak mampu bayangkan, kesunyian di alam kubur tu. Apatah lagi kalau amalan tak cukup, kena seksa hingga Hari Kiamat yang tak pasti bila kunjung tibanya.


Dari Anas bin Malik : Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasalam bersabda:

“Aku diutus, dan kiamat (demikian dekat) sebagaimana (dekatnya) dua jari ini.” Beliau rapatkan jari telunjuk dan jari tengah.


Memang benar, kiamat itu sudah dekat. Tapi bagaimana definisi "dekat" itu? Apakah satu tahun itu dekat? Atau sepuluh tahun pun dikira dekat? Atau seratus tahun? Itu semua rahsia Allah. Kita seharusnya tidak peduli Kiamat itu bila tibanya. Yang pasti, persediaan untuk menghadapinya perlu sentiasa berjalan.

Oh. Aku mahu menegur sesuatu. Zaman serba canggih ni, kita boleh mengetahui berita tentang kematian seseorang melalui gadget2 kita yang canggih sahaja. Cepat saja beritanya akan tersebar di laman2 sosial, blog2 dll. Jadinya bila si waris, atau si pengkhabar berita mengharap kita mendoakan atau menyedekahkan Al-Fatihah, alhamdulillah memang ramai yang akan kembali 'reply' dengan ucapan takziah, doa dan 'tulisan' Al-Fatihah. Aku harap semua yang menulis itu tidak sekadar menulis kosong saja. Pastikan lebihkan praktiknya daripada hanya menulis sesuatu yang tidak bermakna.

Dan adalah lebih baik jika doa itu tidak dituju hanya untuk si mati, tapi doalah untuk semua orang telah pergi sebelum kita. Dan janganlah doa itu dikirim hanya sekali, kerana menurut permintaan si pengkhabar berita tadi. Amalkan mendoakan untuk mereka setiap kali lepas solat, bila2 masa yang kita teringat untuk berdoa, 'attach'kan sekali doa buat mereka. baca Al-Quran jangan hanya untuk diri sendiri, niat untuk hadiahkan buat mereka, hatta untuk yang masih hidup pun boleh juga.mereka perlukan kita disaat mereka sudah tidak berdaya melakukan apa2 lagi. insyaAllah, apa yang kita doakan untuk mereka, kebaikan itu akan kembali semula kepada kita. Wallahualam.

Selamat Hari Jumaat semua! :)
bagi aku sunyi tu macam, rumah kau tgh blackout, ada satu je cahaya dari lilin, lepas tu dtg angin padam cahaya tu. kalau 7-feet under 'there' kau agak2 macam mana?


p/s: pergi melawat sahabat yg kehilangan ibunya minggu lalu, aku tahu pelukan aku tidak mampu mengembalikan ibunya, cuma berharap sedikit kekuatan aku mampu meresap ke jiwanya untuk menempuh hari2 mendatang tanpa ibu disisi. kawan2 tolong doa untuk kekuatan dia, dan kesejahteraan ibunya ya! jangan lupa doa untuk orang juga. :)